window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Modenas tayang kelibat Karisma 125S 2022, pelancaran 24 Februari 2022 ini!

Khairil ยท Feb 19, 2022 07:30 PM

Modenas tayang kelibat Karisma 125S 2022, pelancaran 24 Februari 2022 ini! 01

Syarikat pengeluar motosikal tempatan, Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas) bakal meningkatkan penawaran dalam segmen skuter menerusi pengenalan model Karisma 125S 2022 yang dijadual dilancarkan pada 24 Februari ini (Khamis).

Seperti tidak ingin berahsia, Modenas turut melancarkan satu video teaser yang menayangkan kelibat model berkenaan, baru-baru ini di laman sosial rasminya.

Juga baca: Modenas kemaskini pilihan warna untuk skuter Elegan 250 ABS, lagi ekslusif!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Modenas tayang kelibat Karisma 125S 2022, pelancaran 24 Februari 2022 ini! 01

Pelancaran itu akan dihoskan oleh pengacara popular, Nazrudin Rahman secara maya FB LIVE pada jam 8 malam.

Sekalipun video berkenaan hanya menayangkan bahagian depan dan sisi skuter berkenaan, dapat dilihat Modenas Karisma 125S 2022 ini tampil dengan rekaan yang serba baharu berbanding Modenas Karisma 125 generasi terdahulu.

Modenas tayang kelibat Karisma 125S 2022, pelancaran 24 Februari 2022 ini! 02

Ia selaras dengan 'tagline' untuk teaser berkenaan iaitu 'Kini tampil lebih BERGAYA & lebih TRENDY'!

Juga baca: Modenas Dominar D400 serba baharu dilancar, fork USD, spesifikasi dipertingkat, harga asas RM 13,997!

Modenas tayang kelibat Karisma 125S 2022, pelancaran 24 Februari 2022 ini! 03

Selain rekaan lampu depan yang bersegi menggunakan LED dan dilengkapi lampu siang DRL, ia turut datang dengan corak grafik yang lebih menarik.

Sebagai info, Modenas memperkenalkan Karisma 125 pada tahun 2016 lalu dan ia menggunakan platform skuter jenama terkenal Taiwan. 

Modenas tayang kelibat Karisma 125S 2022, pelancaran 24 Februari 2022 ini! 04

Tidak dapat dipastikan lagi mengenai spesifikasi penuh trenkuasa dan ciri-ciri menarik yang melengkapi skuter terbaharu ini namun apa yang diharapkan ia datang dengan ciri-ciri model termasuk dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Tetapi apa yang amat diharapkan adalah penawaran harganya yang 'mesra rakyat'. Sama-sama kita nantikan.

Juga baca: Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda