window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Modifikasi Toyota Hilux dengan enjin V8 6.2 liter AMG ini tampil dengan input dari Malaysia!

Haris · Aug 19, 2021 10:00 AM

Modifikasi Toyota Hilux dengan enjin V8 6.2 liter AMG ini tampil dengan input dari Malaysia! 01

Ketika ramai pemilik Ford Ranger memberi rupa Raptor kepada trak pikap masing-masing, seorang pemilik trak dari Afrika Selatan dengan tenang memilih sebuah Toyota Hilux dan melakukan modifkasi yang bakal menerima pujian daripada segelintir daripada kita. 

Modifikasi Toyota Hilux dengan enjin V8 6.2 liter AMG ini tampil dengan input dari Malaysia! 02

Mana kan tidak, Toyota Hilux ini telah bernadikan enjin V8 6.2 liter daripada Mercedes-Benz - diubah daripada enjin empat silinder Toyota yang biasa. Enjin V8 tersebut lebih sinonim dengan model Mercedes berprestasi tinggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Modifikasi Toyota Hilux dengan enjin V8 6.2 liter AMG ini tampil dengan input dari Malaysia! 01

Pemiliknya, Quentin Boylan dilaporkan bahawa dia terinspirasi daripada Mercedes-Benz X-Class - kelas trak pikap berkuasa dari Mercedes.

Bagi mereka yang kurang arif, X-Class adalah cubaan menghasilkan trak pikap daripada Mercedes-Benz, rebadge daripada Nissan Navara dan hanya terjual dalam pasaran selama 3 tahun sahaja sebelum dihentikan pengeluaran. Mercedes-Benz X-Class boleh didapati dalam pilihan enjin 4-silinder atau V6.

Modifikasi Toyota Hilux dengan enjin V8 6.2 liter AMG ini tampil dengan input dari Malaysia! 02

Berpandukan kekurangan trak pikap yang boleh diteladani dalam pasaran, Boylan mahu merasai sendiri sebuah 'trak pikap Mercedes-Benz'. Hasilnya, Toyota Hilux, dengan jarak kelegaan tanah yang direndahkan, bernadi enjin V8 6.2 liter dan turut dilengkapi dengan brek AMG di sebalik rim 20-inci rekaan khas.

Modifikasi Toyota Hilux dengan enjin V8 6.2 liter AMG ini tampil dengan input dari Malaysia! 03

Modifikasi Toyota Hilux dengan enjin V8 6.2 liter AMG ini tampil dengan input dari Malaysia! 04

Bukan itu sahaja, Toyota Hilux ini juga mengenakan tema AMG pada bahagian dalam. Warna hitam-merah menjadi rona kabin dalaman yang disudahi dengan kemasan kulit dan Alcantara. Jika hanya melihat kerusi baris hadapan ini, boleh terkeliru dengan sebuah AMG sebenar.

Modifikasi Toyota Hilux dengan enjin V8 6.2 liter AMG ini tampil dengan input dari Malaysia! 05

Trak pikap, atau dikenali sebagai bakkie di Afrika Selatan ini turut menerima input daripada Malaysia. Ujar Boylan, beliau mahu Toyota Hilux ini mengenakan penampilan facelift, di mana ia masih belum dilancarkan di sana. Namun, beliau mendapatkan fasia depan ini dari Malaysia - mungkin kerana nilai tukaran wang yang, hmm, kurang kukuh? Terima kasih bekas menteri MITI.

Modifikasi Toyota Hilux dengan enjin V8 6.2 liter AMG ini tampil dengan input dari Malaysia! 06

Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya ia dimanfaatkan untuk menjadi sebuah trak pikap yang sasa, berkuasa dan kini terkenal seantero dunia. Kesemua ini boleh ditonton di klip video di bawah. Siapa tahu, bengkel tuner di Malaysia juga boleh mengambil inspirasi dari sini?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda