window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MOF: Dana masih mencukupi untuk teruskan subsidi minyak, bahan api

Mersita ยท Jun 15, 2022 01:00 PM

MOF: Dana masih mencukupi untuk teruskan subsidi minyak, bahan api 01

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mendedahkan yang kerajaan Malaysia sebenarnya masih ada dana yang mencukupi untuk meneruskan subsidi bahan api kepada rakyat Malaysia, walaupun harga minyak mentah global semakin meningkat.

Dalam satu laporan oleh Bernama, Tengku Zafrul yakin yang kerajaan akan terus membantu rakyat dalam menampung kos sara hidup, terutama sekali bagi golongan berpendapatan rendah.

MOF: Dana masih mencukupi untuk teruskan subsidi minyak, bahan api 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurutnya, sasaran inflasi Malaysia bagi tahun ini (2022) masih terkawal seperti yang telah diramal, iaitu antara 2.3 peratus dan 3.3 peratus.

Bagaimanapun, pihak kerajaan akan terus memantau harga minyak global bagi merangka rancangan jangkamasa panjang. Salah satu daripadanya ialah pelaksanaan subsidi bersasar.

Juga baca: Azmin: Pemilik BMW tak boleh dapat subsidi sama dengan pemilik Kancil, subsidi bahan api tertumpu mungkin dilaksanakan

MOF: Dana masih mencukupi untuk teruskan subsidi minyak, bahan api 01

Di samping itu, Tengku Zafrul juga mengesahkan yang jumlah dana subsidi untuk tahun ini akan mencecah RM 70 bilion, dimana subsidi bagi bahan api sahaja akan mencecah RM 30 bilion. Pada Mei lalu, subsidi bahan api sudah mencecah RM 5 bilion sebulan.

Katanya, hasil kutipan kerajaan juga telah meningkat, walaupun ia tidak setinggi peningkatan jumlah yang dibelanjakan kearah subsidi. Oleh itu, kerajaan masih mempunyai dana yang mencukupi untuk terus memberi subsidi kepada rakyat seperti yang sedia ada.

MOF: Dana masih mencukupi untuk teruskan subsidi minyak, bahan api 02

Selain itu, Tengku Zafrul juga memaklumkan yang kerajaan tiada hasrat untuk meminta dividen tambahan daripada Petronas bagi menampung kos subsidi kerajaan buat masa ini.

Kini, dana kerajaan meningkat kerana ia juga bergantung kepada harga komoditi. Walaupun Petronas juga telah mengumumkan kedudukan kewangan yang utuh, pihak kerajaan belum lagi membincangkan samada mereka akan meminta dividen lebih tinggi daripada Petronas.

Juga baca: "Mereka yang berhak akan terus terima subsidi" - Proses ganti subsidi minyak sudah bermula

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda