window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MoF: Kerajaan mahu kereta rasmi Toyota Vellfire kerana ia lebih selamat dan selesa

Mersita · Nov 19, 2021 04:00 PM

MoF: Kerajaan mahu kereta rasmi Toyota Vellfire kerana ia lebih selamat dan selesa 01

Faktor keselamatan dan keselesaan jadi salah satu faktor di sebalik keputusan kerajaan Malaysia untuk menggantikan ‘fleet’ kenderaan rasminya yang terdiri daripada Proton Perdana lama kepada Toyota Vellfire, jelas Menteri Kewangan Tengku Zafrul di Dewan Rakyat semalam.

Penjelasan ini diberikan bagi menjawab soalan diutarakan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

MoF: Kerajaan mahu kereta rasmi Toyota Vellfire kerana ia lebih selamat dan selesa 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Kos pajakan yang dibelanjakan untuk setiap kenderaan rasmi menteri-menteri Persekutuan memberi nilai faedah yang terbaik. Ini dapat dilihat daripada reputasi kenderaan yang bercirikan teknologi yang canggih.

“Kita tengok ruang kabin (Vellfire) lebih besar, konfigurasi pacuan roda belakang (WapCar: Ini komen Zafrul. Vellfire pacuan roda hadapan, Hiace pacuan roda belakang), dan macam-macam lagi – ini menjamin keselesaan dan keselamatan seseorang pegawai pentadbiran,” kata Zafrul.

Tambahan pula, kereta anggota pentadbiran telah tamat pajakan dan perlu digantikan memandangkan ianya melibatkan soal keselamatan dan keselesaan.

MoF: Kerajaan mahu kereta rasmi Toyota Vellfire kerana ia lebih selamat dan selesa 01

“Di samping itu, kos alat ganti, pembaikan, dan penyelenggaraan akan menjadi tinggi dan ketersediaan alat ganti di pasaran pun dah semakin berkurangan, kerana (Proton Perdana) dah tak dibuat lagi, serta menjejaskan kelancaran penyelenggaraan anggota pentadbiran,” jelasnya.

“Proton telah memaklumkan secara rasmi kepada Kementerian Kewangan pada 21 November 2019 berhubung pemberhentian pengeluaran Proton Perdana 2.4 Premium. Jadi, perkara ini sekaligus telah menjejaskan penggantian kereta menteri-menteri Persekutuan. Maka, kerajaan tiada pilihan lain selain beralih kepada model lain untuk menggantikan Proton Perdana ini,” kata Zafrul.

Baca juga: Dari RM 5.8k sebulan, Toyota Vellfire ganti Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri!

MoF: Kerajaan mahu kereta rasmi Toyota Vellfire kerana ia lebih selamat dan selesa 02

Menurutnya, kerajaan pada Jun 2019 telah menjalankan perbincangan untuk menukarkan Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyota Vellfire berikutan Proton telah menghentikan pengeluaran Proton Perdana dan ini sekaligus menjejaskan penggantian kereta kerajaan kepada menteri-menteri Persekutuan.

“Kerajaan pada masa tersebut telah mengarahkan Proton untuk mengeluarkan kenderaan baru. Namun demikian, memandangkan Proton masih lagi tidak dapat mengeluarkan model kenderaan baru,” katanya.

Baca juga: Proton Perdana tamat pengeluaran, Toyota Vellfire lebih jimat - MoF

MoF: Kerajaan mahu kereta rasmi Toyota Vellfire kerana ia lebih selamat dan selesa 03

Apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mahu memilih Proton X70 sebagai kenderaan rasmi, Zafrul membalas dengan mengatakan malah kerajaan-kerajaan negeri juga menggunakan model kenderaan Toyota, Honda, Mercedes-Benz, sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri.

Selain itu, Zafrul juga berkata bahawa syarikat konsesi untuk mengurus dan membekal fleet kenderaan kerajaan Malaysia iaitu Spanco Sdn. Bhd. juga dilantik secara telus menerusi tender terbuka dan bukannya menerusi perundingan secara langsung.

MoF: Kerajaan mahu kereta rasmi Toyota Vellfire kerana ia lebih selamat dan selesa 04

Spanco setelah sekian lama membekalkan dan menguruskan ‘fleet’ kenderaan rasmi kerajaan, selain daripada melaksanakan semua urusan pembaikan, penyelenggaraan, urusan pendaftaran, dan pemeriksaan kenderaan. Perkhidmatan mereka adalah bagi tempoh 24 jam sehari sepanjang tahun di seluruh Malaysia.

Baca juga: PH tidak pernah luluskan Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi – LGE

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda