window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Monopoli PUSPAKOM dihentikan, penyedia perkhidmatan dibuka untuk pihak lain selepas Ogos 2024

Mersita · Mar 24, 2023 03:00 PM

Monopoli PUSPAKOM dihentikan, penyedia perkhidmatan dibuka untuk pihak lain selepas Ogos 2024 01

Keistimewaan Puspakom sebagai satu-satunya syarikat penyedia perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bakal berakhir setelah konsesinya tamat tempoh pada 31 Ogos 2024.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata keputusan Jemaah Menteri pada 17 Mac lalu adalah untuk membuka perkhidmatan ini kepada mana-mana pihak yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan selain daripada Puspakom bagi mewujudkan persekitaran perkhidmatan yang berdaya saing serta memudahkan seluruh rakyat Malaysia, lapor The Vibes.

Monopoli PUSPAKOM dihentikan, penyedia perkhidmatan dibuka untuk pihak lain selepas Ogos 2024 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut beliau, konsesi untuk Puspakom akan diperbaharui, namun perkhidmatan yang disediakan syarikat berkenaan akan tidak eksklusif hanya untuk Puspakom. Ini bermaksud selain Puspakom, akan ada syarikat lain yang boleh menyediakan perkhidmatan sama.

Syarat yang dikenakan ke atas syarikat lain-lain itu nanti adalah sama dengan syarat yang dikenakan keatas Puspakom dalam perjanjian konsesinya. Kadar bayaran pemeriksaan bagi syarikat-syarikat ini juga akan mematuhi garis panduan yang disediakan, petik portal itu lagi.

Monopoli PUSPAKOM dihentikan, penyedia perkhidmatan dibuka untuk pihak lain selepas Ogos 2024 01

Polisi ini diharap dapat mengurangkan tempoh menunggu giliran ketika ramai pengguna terpaksa menjalankan pemeriksaan wajib atas kenderaan masing-masing, memandangkan isu berbangkit ini sering diutarakan pengguna sejak dari dahulu lagi.

Juga baca: "Baru RM 20, runner caj RM 500!" - Puspakom saran pelanggan hadir sendiri, guna CAR berdaftar

Monopoli PUSPAKOM dihentikan, penyedia perkhidmatan dibuka untuk pihak lain selepas Ogos 2024 02

“Proses pelawaan pihak-pihak yang berminat dalam perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor dijangka akan bermula selewat-lewatnya dalam suku pertama tahun 2024,” kata beliau dalam satu sidang media hari ini.

“Berkenaan Perjanjian Konsesi PUSPAKOM semasa yang pernah dilanjutkan selama 15 tahun pada tahun 2009, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk melanjutkan perjanjian tersebut untuk tempoh yang sama, berkuatkuasa 1 Sept 2024 dengan penambahbaikan terma-terma perjanjian sedia ada,” jelas beliau lagi.

Juga baca: Proses tukar nama kenderaan dikritik sukar, situasi ibu tunggal dijadikan contoh!

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda