window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Monster Yamaha pilih Jakarta lokasi dedah jentera MotoGP 2023, Malaysia ada ke?

Khairil · Jan 11, 2023 06:00 PM

Monster Yamaha pilih Jakarta lokasi dedah jentera MotoGP 2023, Malaysia ada ke? 01

Saingan MotoGP musim 2023 akan membariskan 11 pasukan bertanding dan salah satu pasukan, Monster Yamaha MotoGP memilih Jakarta, Indonesia sebagai lokasi untuk mendedahkan seragam dan jentera baharu pasukan itu bagi musim ini.

Dan seperti tidak menunggu masa yang lama, pasukan itu meletakkan tarikh 17 Januari ini untuk majlis berkenaan.

Monster Yamaha pilih Jakarta lokasi dedah jentera MotoGP 2023, Malaysia ada ke? 02

Jentera dan liveri yang digunakan Monster Yamaha MotoGP bagi musim 2022

Menurut maklumat, tarikh pendedahan jentera dan seragam baharu Monster Yamaha MotoGP yang bakal digunakan Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli itu dipilih bersempena mesyuarat 'Yamaha Indonesia Motor Manufacturing 2023 '3S Dealer Meeting’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai info, mesyuarat itu adalah yang terbesar di dunia dalam rangkaian Yamaha.

Monster Yamaha pilih Jakarta lokasi dedah jentera MotoGP 2023, Malaysia ada ke? 01

Fabio Quartararo

Begitupun, tiada sebarang aktiviti membabitkan media dijadual berlangsung membabitkan pelumba dan pasukan.

Ia hanya berlangsung ketika ujian rasmi MotoGP yang dijadual di Malaysia pada Februari nanti.

Monster Yamaha pilih Jakarta lokasi dedah jentera MotoGP 2023, Malaysia ada ke? 02

Musim lalu, Quartararo yang juga juara dunia musim 2021 tewas dalam pemburuan mempertahankan kejuaraan kepada pelumba Ducati, Francesco Bagnaia sekalipun pada satu ketika memiliki kelebihan besar di depan pencabarnya itu.

Yamaha pada musim ini akan mempertaruhkan dua jentera di atas litar selepas pasukan satelit jenama itu, RNF memilih untuk menyertai Aprilia.

Monster Yamaha pilih Jakarta lokasi dedah jentera MotoGP 2023, Malaysia ada ke? 03

Krew dan pelumba pasukan Cryptodata Aprilia RNF Motogp Team

Selepas Monster Yamaha, pasukan berikutnya yang dijadual memdedahkan jentara dan seragam baharu bagi musim 2023 adalah Gresini Ducati iaitu pada 21 Januari diikuti Ducati (23-24 Januari).

Pasukan yang mempunyai 'kaitan' dengan Malaysia, Cryptodata Aprilia RNF Motogp dijadual melakukan pendedahan pada 16 Mac.

Monster Yamaha pilih Jakarta lokasi dedah jentera MotoGP 2023, Malaysia ada ke? 04

Francesco Bagnaia

Jika melihat kepada jadual 'pendedahan' jentera musim 2023, tiada pasukan dijangka mendedahkan jentera terbaharu mereka ketika sesi ujian rasmi MotoGP di Malaysia yang dijadual pada 10 hingga 12 Februari depan.

Hantaran MotoGP di Twitter di bawah adalah tarikh pendedahan jentera dan seragam bagi pasukan MotoGP 2023.

Sumber imej: FB Monster Energy Yamaha MotoGPFabio QuartararoCryptodata Aprilia RNF Motogp TeamFrancesco Bagnaia

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda