window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Moratorium Pemulih: Buat aduan jika pihak bank kenakan faedah berganda, denda lewat bayar

Mersita ยท Jun 29, 2021 07:30 PM

Moratorium Pemulih: Buat aduan jika pihak bank kenakan faedah berganda, denda lewat bayar 01

Moratorium pinjaman selama enam bulan dalam pakej bantuan Pemulih yang diumumkan Kerajaan semalam bukannya bebas faedah, namun hanya dikecualikan daripada faedah berganda serta caj penalti/denda lewat bayar, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata Kerajaan telah membangkitkan isu faedah berganda dan penalti lewat bayar dengan pihak bank dalam satu perbincangan, dan pihak bank telahpun bersetuju. Oleh itu, kadar faedah asal sebelum moratorium (penangguhan bayaran 6 bulan) dilaksanakan sepatutnya kekal mengikut perjanjian pinjaman dengan bank masing-masing.

“Laporkan dan buat aduan jika bank mengenakan faedah berganda dan mengenakan caj penalti (keatas moratorium),” tegas beliau.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Moratorium Pemulih: Buat aduan jika pihak bank kenakan faedah berganda, denda lewat bayar 01

Beliau menasihati para peminjam untuk mendapatkan maklumat terus daripada bank masing-masing berkenaan kaedah bayaran balik jika mereka ingin memohon moratorium tersebut.

“Setiap bank mempunyai skim-skim tersendiri dan anda sebagai peminjam perlu berbincang tentang perkara ini dengan bank masing-masing. Kami telah menasihati bank untuk teruskan kelulusan automatik kepada peminjam yang terjejas, termasuklah mereka yang tergolong dalam kategori B40, M40, dan T20,” katanya.

Baca juga: Subsidi bahan api RM 6 bilion, 6 bulan lanjutan moratorium – bantuan Pemulih

Menurut Tengku Zafrul, perbincangan beliau dengan pihak bank mendapati bank juga terkesan, namun beliau berpendapat yang moratorium ini adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan bagi membantu rakyat dalam kesusahan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda