window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Moto Morini bakal masuk pasaran AS, X-Cape 650, Seiemmezzo jadi pertaruhan!

Khairil ยท Dec 23, 2022 09:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Moto Morini bakal masuk pasaran AS, X-Cape 650, Seiemmezzo jadi pertaruhan! 01

Moto Morini X-Cape 650X

Malah, jenama ia sudah pun tiba di pasaran Malaysia, tahun ini menerusi MForce bersama model 'Adventure Touring' Moto Morini X-Cape 650/X dengan maklum balas yang diperoleh khabarnya menggalakkan.

Mengenai kehadirannya di AS, maklumat mengenai kehadiran jenama itu diperoleh menerusi dokumen pendaftaran NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) AS.

Moto Morini bakal masuk pasaran AS, X-Cape 650, Seiemmezzo jadi pertaruhan! 02

Moto Morini Seiemmezzo STR

Tertera dalam dokumen berkenaan adalah pengeluar rasmi Moto Morini iaitu Zhejiang Morini Vehicle Co. Ltd yang turut menunjukkan model dalam sesaran 650 cc dan 750 cc.

Tidak diketahui mengenai model membabitkan sesaran 750 cc, tetapi dua penawaran baharu dalam katalog Moto Morini ketika ini menggunakan trenkuasa 650 cc hanya dua iaitu X-Cape 650 dan Seiemmezzo.

Juga baca: Moto Morini X-Cape 650/X tak cukup lasak, ini dia diperkenalkan X-Cape ADV-R!

Moto Morini bakal masuk pasaran AS, X-Cape 650, Seiemmezzo jadi pertaruhan! 03

Moto Morini Seiemmezzo SCR

Sedikit sejarah mengenai Moto Morini, jenama yang ditubuhkan pada tahun 1937 di Bologna, Itali itu mengharungi sejarah panjang kejayaan dan kegagalan serta bersaing bersama jenama elit Itali lain seperti MV Agusta dan Ducati.

Moto Morini bakal masuk pasaran AS, X-Cape 650, Seiemmezzo jadi pertaruhan! 04

Pada era 1970-an, enjin buatannya 344 cc, V-twin mendapat pujian menggunung tetapi pada era 80-an, Moto Morini bergelut dengan masalah kewangan dan dijual pada Castiglionis pada 1987, menyertai jenama seperti Cagiva, Ducati dan Husqvarna.

Moto Morini bakal masuk pasaran AS, X-Cape 650, Seiemmezzo jadi pertaruhan! 05

Syarikat itu kemudian ditutup pada 1993 dan bersama Ducati, ia diambil alih oleh Texas Pacific Group pada 1996 namun tidak aktif sebelum dibeli oleh Morini Franco Motori pada tahun 1999. 

Moto Morini bakal masuk pasaran AS, X-Cape 650, Seiemmezzo jadi pertaruhan! 06

Pengambilalihan itu membawa kepada pengenalan model yang menggunakan enjin bersesaran 1,187 cc, V-twin yang dilancarkan pada 2004 tetapi susulan masalah kewangan, ia sekali lagi berpindah pemilik kepada syarikat sedia ada, Zhongneng Vehicle Group pada 2018.

Juga baca: MForce bakal tambah penawaran Moto Morini di Malaysia tahun depan, Seiemmezzo 'dalam perjalanan'?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda