window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Moto Morini mendarat di Malaysia melalui MForce, X-Cape 650 dijual suku kedua 2022!

Khairil ยท Jan 7, 2022 05:00 PM

Moto Morini mendarat di Malaysia melalui MForce, X-Cape 650 dijual suku kedua 2022! 01

Salah satu jenama motosikal terkemuka Itali, Moto Morini sah mendarat di Malaysia susulan pelantikan MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MForce) selaku pengedar tunggal untuk pasaran tempatan.

Dan perkhabaran paling menarik membabitkan pengumuman itu adalah model yang baharu dilancarkan syarikat itu, Moto Morini X-Cape 650 bakal menerjah pasaran pada suku kedua tahun ini.

Juga baca: Moto Morini X-Cape 650 hampiri tarikh pelancaran di Eropah, harga RM 36k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Moto Morini mendarat di Malaysia melalui MForce, X-Cape 650 dijual suku kedua 2022! 01

Mendarat di Eropah pada Oktober lalu, Moto Morini X-Cape 650 adalah jentera 'Adventure' aras tengah yang tampil dengan reka bentuk menarik bersama spesifikasi yang mampu mencabar Yamaha Tenere 700 dan Aprilia Tuareg 660.

Moto Morini mendarat di Malaysia melalui MForce, X-Cape 650 dijual suku kedua 2022! 02

Menggunakan kerangka jenis steel trellis dengan swingarm aluminium, ia digandingkan dengan enjin bersesaran 649 cc, 2 Silinder, 8 Injap, Penyejuk Cecair, DOHC, Suntikan Bahan Api Bosch EFI dan patuh piawaian emisi Euro 5.

Juga baca: MForce kini pengedar sah QJ Motorcycle, motosikal berkuasa tinggi mampu milik dalam perancangan?

Moto Morini mendarat di Malaysia melalui MForce, X-Cape 650 dijual suku kedua 2022! 03

Kuasa yang dihasilkan kira-kira 60 Hp pada 8,250 rpm dan tork 56 Nm pada 7,000 rpm.

Moto Morini mendarat di Malaysia melalui MForce, X-Cape 650 dijual suku kedua 2022! 04

Sistem suspensi menggunakan fork Marzocchi 50 mm boleh laras dan penyerap hentak tunggal KYB di belakang manakala sistem henti menggunakan cakera berkembar 298 mm (depan) dan cakera tunggal 255 mm (belakang) bersama kaliper 2 piston Brembo bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dari Bosch.

Moto Morini mendarat di Malaysia melalui MForce, X-Cape 650 dijual suku kedua 2022! 05

Sedikit mengenai sejarah Moto Morini, ia adalah syarikat pengeluar motosikal Itali yang dibangunkan oleh Alfonso Morini di Bologna pada tahun 1937. 

Sejak itu, pelbagai inovasi berlaku dengan penghasilan beberapa model hebat seperti Corsaro Gran Turismo dan turut meraih kejayaan dengan memenangi beberapa kejuaraan Itali dari tahun 1951 sehingga 1967 dan juga Grand Prix. 

Moto Morini mendarat di Malaysia melalui MForce, X-Cape 650 dijual suku kedua 2022! 06

Dan sehingga kini, Moto Morini masih lagi diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 jenama terbaik Eropah. 

Juga baca: MForce lancar program bantuan pelanggan terjejas banjir, minyak motor, pemeriksaan percuma dan diskaun alat ganti!

Moto Morini mendarat di Malaysia melalui MForce, X-Cape 650 dijual suku kedua 2022! 07

Selain X-Cape 650, Moto Morini turut menawarkan beberapa model berkuasa tinggi iaitu Corsaro ZT, Corsaro ZZ, Milano dan Super Scrambler semuanya menggunakan enjin 1,200cc V-twin yang besar. 

Moto Morini mendarat di Malaysia melalui MForce, X-Cape 650 dijual suku kedua 2022! 08

Ketua Pegawai Operasi MForce, Asri Ahmad berkata pelantikan MForce sebagai pengedar tunggal Moto Morini secara tidak langsung meningkatkan kedudukan syarikat itu sebagai antara pengedar motosikal terkemuka di Malaysia. 

Menurutnya, prestasi jualan syarikat telah meningkat sebanyak 25 peratus pada 2021 berbanding tahun 2020 dan dengan perkembagan terbaharu ini, MForce akan terus meningkatkan lagi kualiti produk serta perkhidmatan selepas jualan bagi memastikan kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda