window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k!

Khairil · Apr 23, 2022 09:30 AM

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 01

Moto Morini X-Cape 650 (2022) akhirnya mempunyai tanda harga rasmi di Malaysia dengan motosikal yang bersaing dalam segmen 'Adventure' itu tampil dengan dua varian dan dijual pada angka cukup menarik bermula RM 39,999 (asas).

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 02

Dipertontonkan pada Januari lalu dalam satu majlis di utara tanah air, dua varian yang dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh pengedar eksklusif jenama Itali itu oleh MForce Bike Holding (MForce) adalah: 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Moto Morini X-Cape 650X 

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 01

Pilihan warna: Carrara Grey, Dolomites Red, Monte Blanco White 
Perbezaan: Rim jejari, tambahan aksesori (Pelindung terotel, pelindung enjin, 'crash bar'), Tinggi pelana 835 mm
Harga: RM 43,499

  • Moto Morini X-Cape 650 

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 02

Pilihan warna: Carrara Grey, Dolomites Red, Monte Blanco White 
Perbezaan: Rim aloi, asas, Tinggi pelana 810 mm 
Harga: RM 39,999

Harga yang diumumkan oleh MForce itu seperti kebiasaan tanpa insurans, yuran pendaftaran dan cukai jalan. Info lanjut, Moto Morini X-Cape 650 juga datang secara import  pemasangan tempatan (CKD).

Juga baca: Moto Morini mendarat di Malaysia melalui MForce, X-Cape 650 dijual suku kedua 2022!

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 03

Tampil dengan rekaan cukup moden dan agresif, Moto Morini X-Cape 650 adalah penawaran terbaharu jenama yang berpangkalan di Bologna itu dan baru saja dilancarkan secara global pada November tahun lalu.

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 04

Seperti gayanya, Moto Morini X-Cape 650 sememangnya mempunyai kemampuan untuk meredah laluan lasak yang menyeronokkan.

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 05

Tiada perbezaan dari sudut trenkuasa untuk kedua-dua varian. Ia menggunakan enjin bersesaran 649 cc, 2 Silinder Sebaris, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, Euro5 yang dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Juga baca: Moto Morini X-Cape 650 hampiri tarikh pelancaran di Eropah, harga RM 36k!

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 06

Kuasa yang dihamburkan jentera ini adalah 60 Hp pada 8,250 rpm dan tork 56 Nm pada 7,000 rpm dengan MForce mendakwa motosikal ini memiliki kelajuan maksimum lebih 170 km/j.

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 07

Begitupun, kotak simpanan aluminium sisi dan belakang yang dapat dilihat dalam gambar motosikal itu ketika pelancaran ini adalah tambahan 'opsyen'.

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 08

Ciri-ciri menarik dan informasi penting lain adalah seperti berikut:

  • Sistem lampu penuh, termasuk lampu siang (DRL) menggunakan LED 
  • Visor angin boleh laras (manual)
  • Panel meter TFT berwarna 7 inci yang memiliki sistem sambungan ke telefon
  • Tangki bahan api 18 liter
  • Set roda -  110/80-19 inci (depan), 17 inci (belakang)
  • Berat 213 kg 

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 09

Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) Marzocchi 50 mm boleh laras dan penyerap hentak tunggal KYB boleh laras pra-beban (belakang). Sistem brek pula datang dengan cakera berkembar bersaiz 298 mm 2 Piston (depan) dengan brek belakang cakera tunggal bersaiz 255 mm (1 Piston).

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 10

Sistem henti itu lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch 9.1 Mb yang mempunyai fungsi boleh nyah aktif untuk menukar mod tunggangan kepada off-road.

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 11

Kepada yang berminat, Moto Morini X-Cape 650 (2022) dan Moto Morini X-Cape 650X (2022) akan tiba ke rangkaian pengedar pada pertengahan bulan depan dengan MForce menyasarakan jualan antara 250 ke 500 unit setahun.

Juga baca: MForce tayang Moto Morini X-Cape 650 2022, QJ Motor SRT 800, SRK 600, cukup padu!

Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k! 12

Seperti penawaran baharu lain, jaminan yang diberikan kilang adalah selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 (mana satu tiba dahulu).

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Moto Morini (@motomorini.eu)


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda