window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Moto3: Damok lakar kebangkitan di Argentina, rakan sepasukan naik podium lagi!

Khairil ยท Apr 3, 2023 05:30 PM

Moto3: Damok lakar kebangkitan di Argentina, rakan sepasukan naik podium lagi! 01

Syarifuddin Azman atau Damok mengotakan janjinya untuk bangkit di pusingan 2 perlumbaan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia di Argentina apabila meraih 5 mata berharga di Litar Autodromo Termas de Rio Hondo, tengah malam semalam.

Selepas sekadar meraih tempat ke-22 pada aksi pembukaan di Portugal, pelumba tunggal negara di Kejuaraan Motosikal Dunia itu menamatkan perlumbaan di Argentina di tangga ke-11.

Moto3: Damok lakar kebangkitan di Argentina, rakan sepasukan naik podium lagi! 02

Damok. No.63

Tetapi keputusan lebih mengagumkan pastinya dilakukan rakan sepasukannya di pasukan MT Helmets โ€“ MSi, Diogo Moreira yang sekali lagi menamatkan perlumbaan di kedudukan podium, kali ini selaku naib juara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Portugal, Moreira dari Brazil menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.

Moto3: Damok lakar kebangkitan di Argentina, rakan sepasukan naik podium lagi! 01

Beraksi buat kali pertama di Termas de Rio Hondo dan lebih menyukarkan dalam keadaan litar basah, Damok yang memulakan perlumbaan di petak ke-20 mengakui berpuas hati dengan keputusan yang diraih.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZK Racing (@zkracingteam)

"Syukur Alhamdulillah saya berjaya menamatkan perlumbaan di posisi ke-11. Saya akui agak sukar berlumba dengan keadaan yang agak licin dan beberapa pelumba di hadapan saya turut terjatuh membuatkan ia menjadi bertambah sukar. 

Moto3: Damok lakar kebangkitan di Argentina, rakan sepasukan naik podium lagi! 02

"Apapun, saya amat gembira kerana dapat menghabiskan perlumbaan dan ini juga kali pertama saya berlumba di trek ini. 

"Saya ingin berterima kasih kepada pasukan saya yang bertungkus lumus dalam perlumbaan kali ini dan tak lupa buat semua penaja saya. Jumpa anda di Austin (Amerika Syarikat) nanti," katanya.

Moto3: Damok lakar kebangkitan di Argentina, rakan sepasukan naik podium lagi! 03

Memenangi perlumbaan di Argentina adalah pelumba Jepun, Tatsuki Suzuki dari pasukan Leopard Racing yang menggunakan jentera Honda diikuti Moreira yang menggunakan jentera KTM. Melengkapkan kedudukan podium adalah Andrea Migno dari pasukan CIP Green Power juga menggunakan jentera KTM.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda