window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MotoGP: Bos RNF, Razlan luah rasa bengang, Oliveira terlepas GP Argentina akibat kecederaan!

Khairil ยท Mar 28, 2023 06:30 PM

MotoGP: Bos RNF, Razlan luah rasa bengang, Oliveira terlepas GP Argentina akibat kecederaan! 01

Marah dan kecewa. Itu luahan bos pasukan CryptoData Aprilia RNF MotoGP, Dato' Razlan Razali selepas 'insiden' di Portugal akhirnya membawa kepada penarikan diri pelumbanya, Miguel Oliveira daripada Grand Prix (GP) Argentina, hujung minggu ini.

MotoGP: Bos RNF, Razlan luah rasa bengang, Oliveira terlepas GP Argentina akibat kecederaan! 02

Tangkap layar insiden babitkan Oliveira dan Marquez

Seperti Marc Marquez, yang turut terlepas aksi di Argentina, Oliveira sah tidak akan berlumba di negara Amerika Selatan itu susulan kecederaan yang dihadapinya akibat dirempuh pelumba Repsol Honda itu.

MotoGP: Bos RNF, Razlan luah rasa bengang, Oliveira terlepas GP Argentina akibat kecederaan! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Marquez ketika perlumbaan pembuka tirai MotoGP 2023 merempuh jentera Oliveira seawal selekoh ketiga pusingan pertama, insiden yang mencetus polemik dan menamatkan aksi kedua-dua pelumba lebih awal.

Sekalipun dikenakan hukuman penalti, Marquez sah terlepas aksi di Termas de Rio Hondo akibat kecederaan patah jari. Dia kemudian menjalani pembedahan dan proses pemulihan di Sepanyol.

MotoGP: Bos RNF, Razlan luah rasa bengang, Oliveira terlepas GP Argentina akibat kecederaan! 01

Oliveira dalam pada itu membuat kenyataan di laman sosialnya dia tidak akan beraksi di Argentina akibat kecederaan tendon kaki yang agak teruk. Mestipun tidak memerlukan pembedahan, kecederaan itu memerlukan rehat untuk pulih.

Susulan itu, pasukannya mengeluarkan kenyataan ringkas yang menyatakan pelumba kelahiran Portugal itu tidak beraksi di Argentina.

"Miguel Oliveira tidak akan mengambil bahagian dalam perlumbaan yang dijadual selepas ini GP Argentina," menurut pasukan itu.

Dan susulan ketiadaan Oliveira, Prinsipal CryptoData Aprilia RNF MotoGP, Razlan jelas tidak dapat menyimpan rasa kecewa dan meluahkan di laman sosial peribadinya.

MotoGP: Bos RNF, Razlan luah rasa bengang, Oliveira terlepas GP Argentina akibat kecederaan! 02

Sejurus kemalangan, Marquez mengunjungi garaj CryptoData Aprilia RNF MotoGP untuk meminta maaf kepada pasukan dan Oliveira.

Begitupun menurut Marquez, dia bukan cuba untuk memintas, tetapi menyatakan tayar depannya 'terkunci' menjadi punca kepada kemalangan itu.

MotoGP: Bos RNF, Razlan luah rasa bengang, Oliveira terlepas GP Argentina akibat kecederaan! 03

Oliveira menjadi pelumba keempat mengesahkan penarikan diri di Argentina selepas aksi di Portimao mengikuti Marquez, Enea Bastianini (Lenovo Ducati) dan Pol Espargaro (Gas Gas).

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda