window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MotoGP: Ducati, Pecco menang 'besar' di Portimao, insiden Marquez, Oliveira curi tumpuan!

Khairil · Mar 27, 2023 11:00 AM

MotoGP: Ducati, Pecco menang 'besar' di Portimao, insiden Marquez, Oliveira curi tumpuan! 01

Jaguh Ducati, Francesco Bagnaia yang juga penyandang juara dunia MotoGP menjuarai perlumbaan pusingan pertama musim 2023 di Portugal yang turut dikejutkan insiden membabitkan Marc Marquez dan Miguel Oliveira.

MotoGP: Ducati, Pecco menang 'besar' di Portimao, insiden Marquez, Oliveira curi tumpuan! 02

Insiden babitkan Marquez, Oliveira dan Martin

Mengikuti format baru perlumbaan MotoGP musim 2023, Bagnaia atau Pecco turut merangkul dua kemenangan yang ditawarkan di Portimao selepas turut memenangi perlumbaan yang baru diperkenalkan, 'Sprint Race'.

MotoGP: Ducati, Pecco menang 'besar' di Portimao, insiden Marquez, Oliveira curi tumpuan! 03

Francesco Bagnaia

Memulakan aksi di petak utama, Bagnaia begitupun ditolak ke belakang menerusi persembahan hebat pelumba tuan rumah, Oliveira dari pasukan CryptoData RNF Aprilia seawal selekoh pertama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi tindakan gopoh jaguh Honda, Marquez menyaksikan dia merempuh dua pelumba, Jorge Martin dan Oliveira yang turut mengakibatkan kemalangan menakutkan di selekoh ketiga.

MotoGP: Ducati, Pecco menang 'besar' di Portimao, insiden Marquez, Oliveira curi tumpuan! 01

Martin dari Pramac Ducati terselamat namun terjerumus ke kelompok belakang tetapi Marquez dan Oliveira terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada perlumbaan itu.

Bagnaia yang tak terbabit dengan kemalangan itu mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu dan membawa jenteranya, Ducati GP23 ke garisan penamat selaku pemenang.

MotoGP: Ducati, Pecco menang 'besar' di Portimao, insiden Marquez, Oliveira curi tumpuan! 02

Miguel Oliveira

Tempat kedua menjadi milik pelumba Aprilia, Maverick Vinales manakala seorang lagi pelumba Ducati namun dari pasukan satelit Mooney VR46 Ducati, Marco Bezzecchi melengkapkan kedudukan podium.

Bagnaia ketika berkata punca kemalangan di Portimao bukan berpunca daripada pelarasan jentera, namun lebih kepada pendekatan yang diambil oleh setiap pelumba.

MotoGP: Ducati, Pecco menang 'besar' di Portimao, insiden Marquez, Oliveira curi tumpuan! 03

Francesco Bagnaia

"Saya tidak mahu berkata apa-apa mengenai apa yang pelumba lain katakan semalam (kelmarin) kerana saya pasti ia adalah sama hari ini (semalam)," kata pelumba kelahiran Itali itu.

"Ia sentiasa seperti ini. Ia tidak bergantung sama ada kamu menggunakan tayar jenis kompaun lembut, medium atau keras, atau pusingan ke-12 daripada 25 pusingan, ia bergantung kepada pendekatan yang diambil setiap pelumba.

MotoGP: Ducati, Pecco menang 'besar' di Portimao, insiden Marquez, Oliveira curi tumpuan! 04

Marc Marquez

"Litar ini, sudah tentu ia adalah litar yang mudah untuk melakukan kesilapan kerana ia lebih rapat. Lebar tarmac tidak sebesar Qatar dan Qatar juga tidak mempunyai selekoh tiga seperti di sini.

"Semua orang agresif kerana semua orang mahu dapat keputusan yang baik dan memulakan musim dengan cara yang baik. Ia tidak bergantung kepada perlumbaan utama atau Sprint. Ia bergantung kepada pendekatan pelumba."

MotoGP: Ducati, Pecco menang 'besar' di Portimao, insiden Marquez, Oliveira curi tumpuan! 05

Marco Bezzecchi

Marquez sejurus terjatuh dan melakukan ujian kesihatan terus pergi ke garaj RNF Aprilia untuk meminta maaf namun pelumba kelahiran Sepanyol itu turut diejek penyokong tuan rumah.

MotoGP: Ducati, Pecco menang 'besar' di Portimao, insiden Marquez, Oliveira curi tumpuan! 06

Maverick Vinales

Susulan kemalangan itu, Marquez dikenakan ‘double long-lap penalty’ ketika di GP Argentina yang dijadual hujung minggu ini.

Keputusan GP Portugal 2023

  1. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23), 41m 25.401 saat (s)
  2. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +0.687s
  3. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +2.726s
  4. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP22), +8.060s
  5. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP22), +8.125s
  6. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +8.247s
  7. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +8.381s
  8. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +8.543s
  9. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +9.294s
  10. Alex Rins (SPA) LCR Honda (RC213V), +11.591s
  11. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +16.992s
  12. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +17.448s
  13. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16)*, +21.723s
  14. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1)    +27.050s

     Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22), DNF (Tak habiskan perlumbaan)
     Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), DNF
     Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23), DNF
     Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22), DNF
     Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22), DNF
     Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V), DNF

Sumber imej: FB Francesco BagnaiaMooney VR46 Racing TeamMaverick ViñalesMarc MárquezMiguel Oliveira

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda