window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MotoGP: KTM mengganas di Mandalika, Yamaha, Ducati jadi pelengkap podium!

Khairil ยท Mar 21, 2022 03:00 PM

MotoGP: KTM mengganas di Mandalika, Yamaha, Ducati jadi pelengkap podium! 01

KTM menerusi jentera RC16 membuktikan kejaguhan jentera mereka di litar basah dengan menakluk perlumbaan Grand Prix (GP) Indonesia 2022 di Litar Mandalika, semalam menerusi bintangnya, Miguel Oliveira.

Agak menakutkan, perlumbaan sulung MotoGP di Mandalika itu pada awalnya hampir dibatalkan susulan hujan lebat yang menyaksikan jaguh Honda, Marc Marquez terlepas aksi di litar selepas kemalangan ketika sesi pemanas badan.

Juga baca: 'Kepakaran' Malaysia ditagih, SIC hantar staf, marshal bantu Litar Mandalika anjur MotoGP Indonesia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MotoGP: KTM mengganas di Mandalika, Yamaha, Ducati jadi pelengkap podium! 01

Miguel Oliveira

Tetapi selepas penangguhan panjang, perlumbaan diteruskan dengan Oliveira yang memulakan saingan di petak ketujuh berjaya mencelah untuk berentap di barisan depan dan selepas beberapa kali pendahulu berpindah tangan, pelumba kelahiran Portugal itu melepasi garisan penamat selaku juara.

Sekalipun jentera KTM dilihat mempunyai 'kelebihan' di litar basah, Oliveira berkata permulaan sempurna di petak perlumbaan sebagai faktor utama kemenangannya di Mandalika.

MotoGP: KTM mengganas di Mandalika, Yamaha, Ducati jadi pelengkap podium! 02

Miguel Oliveira

"Tanpa permulaan yang bagus perlumbaan ini pasti berbeza untuk saya. Saya benar-benar tidak dapat melihat apapun di belakang pelumba lain," kata Oliveira. "Dengan semua percikan dan air hujan di visor, jelas sukar untuk saya melihat garisan dan menjadi tepat. 

"Selain itu, keadaan itu pasti menyukarkan saya untuk menilai tahap cengkaman. Saya fikir pada penghujung perlumbaan, saya mendapat pemahaman yang lebih dan sekuat mana saya boleh memberi tekanan.

MotoGP: KTM mengganas di Mandalika, Yamaha, Ducati jadi pelengkap podium! 03

"Tetapi untuk berlumba sebanyak 20 pusingan dalam pusingan atau membandingkan dengan latihan amat berbeza. Agak baik, saya memperoleh permulaan yang hebat dan selepas saya mengikuti Jack (Miller), saya dapat memahaminya dengan lebih baik."

Juga baca: Selepas isu 'konten', perlumbaan ATC di Mandalika batal gara-gara tak cukup 'marshal'!

Memulakan perlumbaan di petak utama, penyandang juara dunia dari Yamaha, Fabio Quartararo sedikit bergelut dalam keadaan litar basah namun masih berjaya meloloskan diri selaku pemenang podium.

MotoGP: KTM mengganas di Mandalika, Yamaha, Ducati jadi pelengkap podium! 04

Fabio Quartararo

Melengkapkan kedudukan podium adalah pelumba pasukan satelit Ducati, Johann Zarco dari pasukan Pramac Ducati sekaligus mengecewakan 'pakar litar basah', Jack Miller (Ducati Lenovo) dari Australia.

MotoGP: KTM mengganas di Mandalika, Yamaha, Ducati jadi pelengkap podium! 05

Johann Zarco (tengah) meraikan kejayaan bersama pasukannya.

Prestasi menakjubkan turut ditampilkan pelumba 'rookie' pasukan WithU Yamaha RNF, Darryn Binder yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 sekaligus mengumpul mata pertamanya di MotoGP musim ini.

Juga baca: Kejayaan Hakim Danish di Mandalika cipta kagum, menteri ucap tahniah!

Keputusan GP Indonesia

  1. Miguel Oliveira (POR) Red Bull KTM (RC16), 33m 27.223s
  2. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +2.205s
  3. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP22), +3.158s
  4. Jack Miller (AUS) Ducati Lenovo (GP22), +5.663s
  5. Alex Rins (SPA) Suzuki Ecstar (GSX-RR), +7.044s
  6. Joan Mir (SPA) Suzuki Ecstar (GSX-RR), +7.832s
  7. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1)    , +21.115s
  8. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +32.413s
  9. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP), +32.586s
  10. Darryn Binder (RSA) WithU Yamaha RNF (YZR-M1)*, +32.901s
  11. Enea Bastianini (ITA) Gresini Ducati (GP21), +33.116s
  12. Pol Espargaro (SPA) Repsol Honda (RC213V), +33.599s
  13. Alex Marquez (SPA) LCR Honda (RC213V), +33.735s
  14. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +34.991s
  15. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP22), +35.763s
  16. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP), +37.397s
  17. Raul Fernandez (SPA) KTM Tech3 (RC16)*, +41.975s
  18. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP21)*, +47.915s
  19. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +49.471s
  20. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP21)*, +49.473s
  21. Remy Gardner (AUS) KTM Tech3 (RC16)*, +55.964s

     Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP22) (Tak habiskan perlumbaan)
     Andrea Dovizioso (ITA) WithU Yamaha RNF (YZR-M1) (Tak habiskan perlumbaan)
     Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V) (Tak mulakan perlumbaan)

* Pelumba rookie

Sumber imej: FB Red Bull MotorsportsFB Monster Energy Yamaha MotoGP, FB Pramac Racing

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda