window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MotoGP: Marc Marquez sah terlepas GP Argentina, patah jari susulan kecederaan di Portimao!

Khairil · Mar 28, 2023 11:00 AM

MotoGP: Marc Marquez sah terlepas GP Argentina, patah jari susulan kecederaan di Portimao! 01

Pelumba Honda yang mencipta kontroversi di Grand Prix (GP) Portugal, Marc Marquez sah terlepas aksi di GP Argentina, tetapi bukan disebabkan penggantungan, namun susulan kecederaan yang dihadapinya.

Ketika perlumbaan di Portimao, Marquez melakukan tindakan yang boleh disifatkan tidak wajar apabila gerakan agresifnya menyebabkan dia merempuh hero tuan rumah, Miguel Oliveira di awal saingan.

MotoGP: Marc Marquez sah terlepas GP Argentina, patah jari susulan kecederaan di Portimao! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kemalangan itu menyaksikan kedua-dua pelumba menamatkan aksi lebih awal dalam perlumbaan yang menjadi milik penyandang juara dunia dari Ducati, Fabio Quartararo.

Menurut pasukannya, Repsol Honda, Marquez sudah pun selamat menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialaminya itu di Sepanyol.

MotoGP: Marc Marquez sah terlepas GP Argentina, patah jari susulan kecederaan di Portimao! 01

Jika juara dunia enam kali MotoGP itu beraksi di Argentina, dia akan menerima penalti 'double long lap' susulan kemalangan yang berpunca daripadanya.

"Marquez didiagnosis mengalami patah intrartikular pada pangkal metakarpal pertama di ibu jari tangan kanan," menurut kenyataan dikeluarkan Repsol Honda.

MotoGP: Marc Marquez sah terlepas GP Argentina, patah jari susulan kecederaan di Portimao! 02

Sejurus tiba di Barcelona, Sepanyol, Marquez terus menjalani pembedahan. Pembedahan dilakukan untuk menutup kembali tempat yang patah bagi penyembuhan dalaman dengan cara meletakkan dua skrew dan ia berlangsung dengan baik.

Terlepas aksi di Argentina bakal memberi tamparan hebat dalam usaha Marquez memburu kejuaraan dunia musim ini ketika Bagnaia mengumpul mata penuh di Portugal.

MotoGP: Marc Marquez sah terlepas GP Argentina, patah jari susulan kecederaan di Portimao! 03

Marquez mengambil tanggungjawab penuh atas insiden di Portimao dan meminta maaf kepada Oliveira serta penyokong tuan rumah dan menerima penalti yang dikenakan kepadanya.

Tetapi, Marquez bukan satu-satunya pelumba dipalit kecederaan di Portimao. Malah, juara dunia lapan kali itu adalah pelumba ketiga yang disisihkan daripada aksi di Argentina akibat kecederaan.

MotoGP: Marc Marquez sah terlepas GP Argentina, patah jari susulan kecederaan di Portimao! 04

Sebelum itu, pelumba pasukan Gas Gas, Pol Espargaro mengalami masalah rahang selepas berdepan kecederaan pada Jumaat manakala pelumba Ducati, Enea Bastianini patah bahu susulan kemalangan ketika perlumbaan 'Sprint'.

Sumber imej: FB Marc Márquez

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda