window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MotoGP: Razlan tak 'rindu' Yamaha, puas hati 'keserasian' Oliveira, Fernandez dengan Aprilia RS-GP di Sepang!

Khairil ยท Feb 13, 2023 06:00 PM

MotoGP: Razlan tak 'rindu' Yamaha, puas hati 'keserasian' Oliveira, Fernandez dengan Aprilia RS-GP di Sepang! 01

Bos Cryptodata Aprilia RNF MotoGP, Dato' Razlan Razali 'tersenyum' melihat prestasi yang ditampilkan kedua pelumbanya, Miguel Oliveira dan Raul Fernandez ketika ujian rasmi pra-musim MotoGP yang berakhir semalam di Sepang.

MotoGP: Razlan tak 'rindu' Yamaha, puas hati 'keserasian' Oliveira, Fernandez dengan Aprilia RS-GP di Sepang! 02

Selepas beberapa tahun bersama Yamaha, Razlan membuat keputusan untuk menyertai jenama Itali, Aprilia sebagai pasukan satelit bermula musim ini dengan kedua-dua pelumbanya menggunakan jentera Aprilia RS-GP 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiba di Sepang dengan semangat yang tinggi, lokasi yang boleh dianggap 'rumah' buat Razlan, catatan masa yang dilakukan kedua-dua pelumbanya memang boleh dianggap baik terutama pada hari kedua ujian.

MotoGP: Razlan tak 'rindu' Yamaha, puas hati 'keserasian' Oliveira, Fernandez dengan Aprilia RS-GP di Sepang! 01

Sekalipun tidak dapat merangkul catatan terbaik yang dikuasai Ducati, Oliveira menamatkan sesi dengan catatan kedua terbaik, 1 minit 58.839 saat manakala Fernandez di tangga ke-6.

"Ia tiga hari yang positif buat kedua-dua pelumba kami, Miguel dan Raul dan kami gembira dengan apa yang mereka sudah lakukan," kata Razlan yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

MotoGP: Razlan tak 'rindu' Yamaha, puas hati 'keserasian' Oliveira, Fernandez dengan Aprilia RS-GP di Sepang! 02

"Sudah tentu, dengan keadaan cuaca di Malaysia yang tidak menentu, kami menamatkan ujian terakhir dalam keadaan hujan renyai. Begitupun, kami berjaya memperoleh banyak data untuk dikaji dan bersedia untuk ujian kedua di Portimao dalam tempoh beberapa minggu lagi.

"Ia pasti menjadi ujian yang mengujakan di Portimao dan selepas itu, ia adalah perlumbaan pertama MotoGP musim 2023 di laman sendiri Miguel Oliveira."

MotoGP: Razlan tak 'rindu' Yamaha, puas hati 'keserasian' Oliveira, Fernandez dengan Aprilia RS-GP di Sepang! 03

Keputusan di Sepang itu jelas lebih baik daripada catatan masa yang dilakukan dua pelumba 'kilang' Yamaha, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli yang juga bekas pelumba Razlan beberapa musim lalu.

Mengulas mengenai keputusan meninggalkan Yamaha, Razlan berkata tiada rasa sesal dalam dirinya kerana meninggalkan pengeluar itu yang seakan tidak mempercayai kemampuan RNF sebagai pasukan satelit selepas hanya diberikan kontrak setahun selepas musim lalu berakhir.

MotoGP: Razlan tak 'rindu' Yamaha, puas hati 'keserasian' Oliveira, Fernandez dengan Aprilia RS-GP di Sepang! 04

Bersama Aprilia, RNF diberikan kontrak lebih panjang selama dua tahun dengan Razlan mempunyai kontrak bersama Dorna sebagai pasukan satelit sehingga 2026.

"Berbanding Yamaha, Aprilia tidak berselindung, malah saya mengetahui proses pembangunan jentera Aprilia RS-GP dari awal hingga akhir. Kami juga mendapat bantuan penuh dari Aprilia  selepas kru Maverick Vinales iaitu ketua mekaniknya datang bantu Olivera.

MotoGP: Razlan tak 'rindu' Yamaha, puas hati 'keserasian' Oliveira, Fernandez dengan Aprilia RS-GP di Sepang! 05

"Ini sekaligus menyaksikan kami turut mempunyai barisan kru pengalaman dengan jentera RS-GP dan membantu kami bersaing kelompok hadapan," katanya.

Pada musim ini, pasukan Cryptodata Aprilia RNF MotoGP akan menggunakan jentera RS-GP 2022 namun turut mendapat bantuan pasukan 'kilang' terutama penggunaan komponen baharu termasuk dari sudut aerodinamik.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda