window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MotoGP: Tanpa Vale, kejayaan di Argentina adalah 'mustahil' - Bezzecchi

Khairil · Apr 4, 2023 01:00 PM

MotoGP: Tanpa Vale, kejayaan di Argentina adalah 'mustahil' - Bezzecchi 01

Juara Grand Prix (GP) Argentina, Marco Bezzecchi tak dapat menahan diri daripada menghamburkan pujian kepada mentornya, Valentino Rossi ketika memenangi perlumbaan sulung karier MotoGP di Termas de Rio Hondo, kelmarin.

MotoGP: Tanpa Vale, kejayaan di Argentina adalah 'mustahil' - Bezzecchi 02

Marco Bezzecchi

Memulakan perlumbaan di petak kedua, Bezzecchi dari pasukan satelit Ducati, Mooney VR46 Racing memimpin perlumbaan seawal selekoh pertama dan tidak lagi menoleh ke belakang untuk melepasi garisan penamat sebagai pemenang.

MotoGP: Tanpa Vale, kejayaan di Argentina adalah 'mustahil' - Bezzecchi 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekalipun menunggang jentera edisi terdahulu, Ducati Desmosedici GP22, pelumba kelahiran Itali itu meneruskan prestasi hebatnya di Portugal dan berkata dirinya seperti sudah 'bersatu' bersama jenteranya ketika perlumbaan.

"Saya tidak menjangkakan ini ketika saya meninggalkan rumah saya," kata Bezzacchi. "Sejurus saya mula menunggang di sini, perasaan saya amat baik dan seperti saya bersatu dengan jentera saya.

"Saya benar-benar rasa selesa sejak mula tiba namun ketika sesi latihan, apabila saya melihat hujan, saya rasa amat sedih kerana saya berkata 'tidak, saya cukup baik dalam keadaan kering dan sudah tentu sukar apabila basah'.

MotoGP: Tanpa Vale, kejayaan di Argentina adalah 'mustahil' - Bezzecchi 01

"Tetapi apabila saya berada di atas jentera ketika sesi pemanas badan, ia menakjubkan. Saya mula percaya dan berfikir saya boleh melakukannya. Saya amat selesa dan amat fokus dan segala-galanya berjalan dengan baik."

MotoGP: Tanpa Vale, kejayaan di Argentina adalah 'mustahil' - Bezzecchi 02

Turut disentuh Bezzecchi ketika ditemuramah adalah legenda dan juara dunia lapan kali MotoGP, Rossi yang disifatkan insan penting dalam perkembangan kariernya.

MotoGP: Tanpa Vale, kejayaan di Argentina adalah 'mustahil' - Bezzecchi 03

Valentino Rossi

"Untuk Vale, tanpanya dan sokongan daripada keluarga saya, ia pastinya mustahil. Vale memberikan saya peluang untuk membesar sebagai seorang manusia, sebagai pelumba, meningkat ke kejuaraan motosikal dunia dan kemudian ke MotoGP. Terima kasih kepadanya!"

MotoGP: Tanpa Vale, kejayaan di Argentina adalah 'mustahil' - Bezzecchi 04

Johan Zarco

Kemenangan di Argentina turut menyaksikan Bezzacchi kini memimpin takhta kedudukan MotoGP selepas penyandang juara, Francesco Bagnaia gagal menamatkan perlumbaan dalam kelompok kedudukan mata.

MotoGP: Tanpa Vale, kejayaan di Argentina adalah 'mustahil' - Bezzecchi 05

Alex Marquez

Melengkapkan kedudukan podium di Argenina adalah dua lagi pelumba pasukan satelit Ducati iaitu Johann Zarco (Prima Pramac Racing) dan Alex Marquez (Gresini Racing MotoGP). Selain itu, Alex Marquez turut cemerlang dengan menjuarai perlumbaan 'Sprint'.

Kedudukan pelumba MotoGP 2023 selepas dua pusingan

  1. Marco Bezzecchi    (ITA) Ducati, Mooney VR46 Racing, 50 mata
  2. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati, Ducati Lenovo, 41 mata
  3. Johann Zarco (FRA) Ducati, Prima Pramac Racing, 35 mata
  4. Alex Marquez (SPA) Ducati, Gresini Racing MotoGP, 33 mata
  5. Maverick Vinales (SPA) Aprilia, Aprilia Racing, 32 mata
  6. Jack Miller (AUS) KTM, Red Bull KTM Factory Racing, 25 mata
  7. Jorge Martin (SPA) Ducati, Prima Pramac Racing, 22 mata
  8. Brad Binder (RSA) KTM, Red Bull KTM Factory Racing, 22 mata
  9. Franco Morbidelli (ITA) Yamaha, Monster Energy Yamaha MotoGP, 21 mata
  10. Fabio Quartararo (FRA) Yamaha, Monster Energy Yamaha MotoGP, 18 mata

* 10 terbaik

Sumber imej: FB Marco BezzecchiAlex MárquezJohann ZarcoValentino Rossi VR46 OfficialMooney VR46 Racing Team

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda