window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MotoGP umum kalendar sementara 2023, GP Malaysia pada November, bukan lagi kedua terakhir dan...

Khairil ยท Oct 3, 2022 06:00 PM

MotoGP umum kalendar sementara 2023, GP Malaysia pada November, bukan lagi kedua terakhir dan... 01

Antara yang dinanti-nantikan ramai peminat perlumbaan motosikal elit MotoGP seluruh dunia saban tahun adalah kalendar bagi musim berikutnya dan sekalipun belum rasmi, pengelola kejuaraan itu, baru-baru ini mengeluarkan kalendar sementara bagi edisi 2023.

Paling mendapat perhatian terutama untuk peminat di Malaysia pastinya perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia dan apa yang menarik bagi musim depan, perlumbaan itu di tanah air dijadual berlangsung pada November.

MotoGP umum kalendar sementara 2023, GP Malaysia pada November, bukan lagi kedua terakhir dan... 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun, tidak seperti beberapa musim sebelum ini (sebelum dua tahun tertangguh susulan Covid-19), GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang kini tidak lagi menjadi gelanggang pusingan kedua terakhir namun ketiga.

Mengikut jadual sementara yang dikeluarkan, GP Malaysia akan berlangsung pada 10 hingga 12 November diikuti GP Qatar (17-19 November) sebelum ia menutup tirai secara tradisi di Valencia, Sepanyol pada 24-26 November.

MotoGP umum kalendar sementara 2023, GP Malaysia pada November, bukan lagi kedua terakhir dan... 01

Jika melihat kepada jadual itu lagi, perlumbaan GP Malaysia berlangsung selepas pusingan GP Thailand dan sekalipun tempohnya mempunyai selang dua minggu, ia masih boleh disifatkan amat hampir.

SIC sebelum ini pernah berkata antara perbincangan dengan Dorna mengenai status GP Malaysia adalah perlumbaan tidak boleh berlangsung secara 'back to back' dengan GP di negara jiran.

MotoGP umum kalendar sementara 2023, GP Malaysia pada November, bukan lagi kedua terakhir dan... 02

Ini kerana ia boleh 'merosakkan' penjualan tiket seperti yang terjadi kepada perlumbaan F1 di Malaysia sebelum ini yang akhirnya dihentikan. Sekalipun tidak dinyatakan secara terus, perlumbaan GP Singapura boleh dikatakan sebagai antara punca penjualan tiket F1 GP Malaysia merosot teruk.

Berbalik kepada MotoGP, secara keseluruhan, sejumlah 21 pusingan perlumbaan dijadual berlangsung dengan beberapa venue baharu diperkenalkan antaranya Kazakhstan dan India.

MotoGP umum kalendar sementara 2023, GP Malaysia pada November, bukan lagi kedua terakhir dan... 03

Seperti diketahui lebih awal, perlumbaan pembuka musim tidak akan berlangsung di Doha, Qatar namun bermula di Eropah iaitu Grand Prix (GP) Portugal - yang pertama sejak tahun 2007.

Sebagai rekod, sejak musim 2014 GP Malaysia sentiasa menjadi perlumbaan pusingan kedua terakhir MotoGP sebelum saingan penutup tirai di Valencia, Sepanyol. 

MotoGP umum kalendar sementara 2023, GP Malaysia pada November, bukan lagi kedua terakhir dan... 04

Ia tidak berubah sehingga musim ini dengan perlumbaan GP Malaysia dijadualkan berlangsung pada 23 Oktober ini dengan kalendar terbaharu pasti memberi sedikit kejutan. Sama-sama kita tunggu kenyataan SIC.

Berikut adalah kalendar sementara perlumbaan MotoGP 2023 seperti dikeluarkan oleh Dorna

26 Mac - Portimao (Portugal)
2 April - Termas de Rio Hondo (Argentina)
16 April - Circuit of the Americas Texas (Amerika Syarikat)
30 April - Jerez (Sepanyol)
14 Mei - Le Mans (Perancis)
11 Jun - Mugello (Itali)
18 Jun - Sachsenring (Jerman)
25 Jun - Assen (Belanda)
9 Julai - Kazakhstan (Sokol)
6 Ogos - Silverstone (Britain)
20 Ogos - Red Bull Ring (Austria)
3 September - Barcelona (Sepanyol)
10 September - Misano (Itali)
24 September - Buddh (India)
1 Oktober - Motegi (Jepun)
15 Oktober - Mandalika (Indonesia)
22 Oktober - Phillip Island (Australia)
29 Oktober - Buriram (Thailand)
12 November - SEPANG (MALAYSIA) 
19 November - Doha (Qatar)
26 November - Valencia (Sepanyol)

Sumber imej: FB Sepang Circuit

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda