window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Motosikal 'tua' di Singapura perlu patuhi piawaian emisi baharu bermula 2023 atau sedia didenda!

Khairil ยท May 20, 2021 04:00 PM

Motosikal 'tua' di Singapura perlu patuhi piawaian emisi baharu bermula 2023 atau sedia didenda! 01

Singapura akan menguatkuasakan peraturan emisi terbaharu terhadap motosikal lama bermula 6 April 2023 sebagai usaha mengurangkan pencemaran udara dan meningkatkan kualiti udara di negara berkenaan.

Terkenal sebagai negara yang memiliki peraturan yang ketat, pemilik motosikal yang didaftarkan di negara berkenaan sebelum 1 Julai 2003 tertakluk kepada polisi berkenaan.

Motosikal 'tua' di Singapura perlu patuhi piawaian emisi baharu bermula 2023 atau sedia didenda! 02

Sumber imej: TODAYonline

Jika tidak, mereka perlu bersedia untuk berdepan denda yang tinggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura, (NEA), motosikal yang berada dalam kategori berkenaan masih boleh digunakan sehingga 30 Jun 2028 jika mereka mematuhi standard piawaian emisi yang diperketatkan.

Kata NEA, turut tertakluk dalam peraturan berkenaan adalah semua motosikal dari luar negara sama ada dibawa masuk ke Singapura atau ditunggang di atas jalan dalam negara itu.

Motosikal 'tua' di Singapura perlu patuhi piawaian emisi baharu bermula 2023 atau sedia didenda! 01

Sumber imej: TODAYonline

"Ia adalah sama seperti peraturan sedia ada yang menetapkan motosikal asing perlu patuh kepada had bunyi bising ekzos seperti motosikal tempatan dan tidak mengeluarkan sebarang asap atau wap yang boleh dilihat."

Begitupun, kata NEA, mmasih ada peluang untuk pemilik yang mahu 'menyimpan' dan menunggang motosikal lama mereka selepas 1 Julai 2028 namun ia bersyarat.

Motosikal 'tua' di Singapura perlu patuhi piawaian emisi baharu bermula 2023 atau sedia didenda! 02

Sumber imej: MoneySmart blog

“Kepada pemilik yang mahu menyimpan motosikal lama mereka sebagai kenderaan klasik, NEA sebenarnya sedang mengkaji skim sementara yang akan membenarkan semua motosikal tempatan yang mula didaftarkan antara 2 Julai 1993 dan 30 Jun 2003 untuk dikekalkan selepas 30 Jun 2028 melalui Skim Kenderaan Klasik."

Untuk melayakkan motosikal berkenaan mendapat status ‘klasik’ di Singapura, motosikal berkenaan perlu berusia 35 tahun atau lebih daripada tarikh asal pendaftaran dan tertakluk kepada beberapa sekatan penggunaan.

Motosikal 'tua' di Singapura perlu patuhi piawaian emisi baharu bermula 2023 atau sedia didenda! 03

Sumber imej: TODAYonline

Selain itu, untuk itu juga NEA berkata pihaknya akan berbincang dengan industri yang kumpulan berkepentingan untuk melaksanakan skim berkenaan.

Sumber: MotoPinas

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda