window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MPKj tayang tampalan lubang jalan 'asal ada' di FB, 'kenyang' makan kecaman netizen!

Mersita · Jan 26, 2023 06:00 PM

MPKj tayang tampalan lubang jalan 'asal ada' di FB, 'kenyang' makan kecaman netizen! 01

Jika dilihat laman Facebook rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), memang banyak kemaskini tentang kerja-kerja yang dijalankan di bawah bidang kuasa majlis itu. Namun, satu set foto dikongsikan MPKj beberapa hari lalu mengundang kecaman netizen kerana kerja-kerja tampalan lubang jalan yang ditayangkan nampak kurang kemas dan dikatakan tidak mengikut spesifikasi.

MPKj tayang tampalan lubang jalan 'asal ada' di FB, 'kenyang' makan kecaman netizen! 02

Menurut perkongsian berkenaan, gambar kerja penurapan lubang jalan tersebut merupakan sebahagian daripada laporan pemantauan kerja Unit Road Gang Jabatan Kejuruteraan MPKj. Penurapan yang dijalankan di Jalan Bougenvilla, Taman Bukit Belimbing, Cheras dan di Jalan Changkat, Kajang pada 19 Januari lalu masing-masing melibatkan dua dan satu lubang jalan besar di lokasi terlibat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MPKj tayang tampalan lubang jalan 'asal ada' di FB, 'kenyang' makan kecaman netizen! 01

Menurut foto-foto yang dikongsikan MPKj sendiri, lubang jalan berkenaan sekadar diisi dengan pracampuran asfalt sejuk, diratakan dengan pencakar tanah, kemudian di’set’ dengan mesin pemadat tar.

Rata-rata netizen berpendapat usaha penampalan lubang jalan sebegini adalah sia-sia dan membazir. Salah seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Syariffudin berkata inilah contoh pemikiran majlis perbandaran yang perlu diubah. “Bukan kat Changkat je, Balakong Jaya pun style mcm ni gak seolah-olah dah mcm jadi SOP lak. Tak sampai sebulan jahanam balik. Cmon MPK korang better than this,” katanya lagi.

MPKj tayang tampalan lubang jalan 'asal ada' di FB, 'kenyang' makan kecaman netizen! 02

Memetik laporan Sinar Harian, Pegawai Perhubungan Awam MPKJ Kamarul Izlan Sulaiman berkata kerja penurapan jalan yang dilaksanakan itu hanyalah penyelesaian sementara dan tampalan kekal telah dijadualkan pada pertengahan Februari nanti. Pada masa sama, pihaknya menghargai komen dan pandangan orang ramai.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda