window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022!

Haris · Mar 5, 2022 06:00 PM

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 01

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, segmen SUV / MPV 7-penumpang kompak kurang mendapat perhatian. Dua pelancaran paling menonjol sejak kebelakangan ini termasuk penampilan sulung Honda BR-V pada 2017 dan pelancaran Perodua Aruz pada 2018.

Menjelang 2022, jangkakan keadaan akan berubah sedikit demi sedikit. Sejak beberapa bulan lalu, Toyota, Honda dan Mitsubishi telah memperkenalkan versi baharu atau terkini bagi SUV/MPV 7 penumpang mereka, di mana kesemuanya membuat penampilan pertama di Indonesia.

Oleh sebab itu, model spesifikasi Indonesia akan menjadi sebagai titik rujukan dalam prebiu artikel ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 01

Nampak sama tapi berbeza

Toyota Veloz 2022 serba baharu, Honda BR-V 2022, dan Mitsubishi Xpander 2022 yang dikemas kini dijangka dilancarkan di Malaysia hujung tahun ini.

Sebelum bermula, kami turut menjangkakan mengapa nama Avanza akan digantikan dengan nama Veloz. Buktinya, 2 pasaran ASEAN yang menggunakan nama Avanza sudah berubah menjadi Veloz dan situasi yang sama mungkin menyusul ke Malaysia.

Baca: 2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k!

Baca: Toyota Avanza Veloz sudah dieksport ke Vietnam tapi kini guna nama berbeza

Dimensi – Xpander adalah yang terbesar

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 02

Dengan panjang keseluruhan yang menjangkau 4,595 mm, Mitsubishi Xpander adalah model terpanjang dalam perbandingan ini, lebih panjang daripada Veloz (4,475 mm) dan BR-V (4,490 mm).

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 03

Model pra-facelift

Tetapi bukan itu sahaja - Xpander juga mempunyai jarak roda terpanjang di sini, iaitu 2,775 mm. Tidak kira Veloz atau BR-V, jarak roda itu malah mengatasi Toyota Innova (2,750 mm).

Dimensi
Model Veloz BR-V Xpander
Panjang (mm) 4,475 4,490 4,595
Lebar (mm) 1,750 1,780 1,750
Tinggi (mm) 1,700 1,685 1,750
Jarak Roda (mm) 2,750 2,700 2,750

Fakta menarik, jarak roda Veloz serba baharu sepanjang 2,750 mm sebenarnya sama dengan Toyota Innova, walaupun dengan panjang keseluruhan yang lebih pendek.

Bahagian Luaran – Veloz yang kemas, BR-V yang elegan atau Xpander yang futuristik?

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 04

Setiap SUV / MPV 7 penumpang di sini mengambil pendekatan yang jauh berbeza antara satu sama lain dari segi reka bentuk: Toyota Veloz serba baharu dihiasi dengan sudut yang tajam, dengan lampu hadapan LED mengapit gril hadapan besar berbentuk heksagon. Bahagian tepi yang tajam tidak berakhir di situ: Veloz juga mendapat tiang-D yang boleh menonjol dan lampu ekor LED tipis.

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 05

Bagi Honda BR-V 2022 serba baharu, ia meneruskan bahasa reka bentuk yang lasak dan gagah daripada model terdahulu. Tidak seperti Avanza, Honda BR-V serba baharu menawarkan perincian fender berwarna hitam, rel bumbung dan pelapisan badan hitam keliling.

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 06

Akhir sekali dan pastinya tidak terkecuali ialah Mitsubishi Xpander yang dikemas kini. Mitsubishi telah mereka bentuk semula bampar hadapan dan belakang Xpander sepenuhnya dengan gril hadapan baharu dan lampu depan LED yang direka bentuk semula. Rim aloi dwi-tona baharu dan lampu belakang LED yang diolah semula melengkapkan penampilan Xpander yang dikemas kini. 

Rekaan dalaman - Toyota buat magis

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 07

Tak percaya ini Toyota?

Bagi mereka yang pernah duduk di dalam Toyota Avanza generasi lama pasti tahu betapa suramnya kabin itu: ia merupakan dinding plastik kelabu gelap, manakala konsol tengah yang mempunyai kawalan infotainmen dan penghawa dingin terasa begitu generik.

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 08

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 09

Tetapi hal yang sama tidak boleh dikatakan untuk model baharu Toyota Veloz. Tiada lagi plastik kelabu gelap, kini digantikan dengan perincian hitam-beige yang berbeza, menaikkan suasana kabin. Terdapat juga sistem infotainmen gaya terapung, gugusan instrumen digital, serta brek letak kereta elektronik (EPB). Keris pada sampin yang melengkapi kabin ini adalah pencahayaan ambien - sesuatu yang unik untuk Veloz sahaja dalam trio ini.

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 10

Honda BR-V generasi kedua

Honda juga telah menarik banyak minat apabila ia tampil dengan Honda BR-V 2022 serba baharu generasi kedua. Ia mendapat papan pemuka yang diperbaharui dengan perincian perak yang menarik pada corong penghawa dingin, serta kemasan pintu. Walau bagaimanapun, tidak seperti Veloz, BR-V terhad dengan brek tangan mekanikal dan kluster instrumen meter jenis analog biasa.

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 11

Xpander yang dikemas kini kini mendapat kawalan iklim digital. Warna perang/coklat ini mungkin tidak akan ditawarkan di sini

SUV / MPV 7 penumpang paling lama dalam kumpulan ini adalah Mitsubishi Xpander. Tentu anda tidak sangka kerana ia kabin dalamannya kelihatan agak moden. Mitsubishi Xpander yang dikemaskini ini juga menawarkan sistem infotainmen gaya terapung dan EPB. Xpander juga menawarkan pelbagai ruang simpanan yang cukup bijak di keseluruh kabinnya.

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 12

Perlu dinyatakan bahawa ketiga-tiga SUV / MPV 7 penumpang ini menawarkan perehat lengan di konsol tengah – sesuatu yang tiada pada Toyota Avanza dan Honda BR-V lama.

Sokongan Android Auto dan Apple CarPlay hadir pada semua SUV / MPV 7 tempat duduk juga, mengikut peredaran masa. Entah mengapa pengeluar tempatan sukar untuk menawarkan fungsi ini.

Trenkuasa – Tiba masa untuk BR-V memintas

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 13

Toyota Veloz (kiri) dan Toyota Avanza (kanan)

Sejak Mitsubishi memperkenalkan Mitsubishi Xpander yang dikemas kini, memberikannya transmisi CVT baharu untuk menggantikan transmisi penukar tork empat kelajuannya, kini ketiga-tiga SUV / MPV 7 penumpang dalam perbandingan ini mempunyai konfigurasi trenkuasa yang sama: enjin 4-silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi petrol disambungkan pada transmisi CVT. Semua SUV / MPV 7 tempat duduk di sini juga adalah pacuan roda hadapan.

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 14

Perbezaannya terletak pada setiap hamburan kuasa SUV / MPV 7 penumpang masing-masing: yang paling berkuasa dalam perbandingan ini ialah Honda BR-V, yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm.

Baca: Pandu uji Honda BR-V generasi baru di Indonesia, lebih baik daripada Avanza dan Xpander?

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 15

Transmisi CVT baharu pada Xpander

Bagi Veloz dan Xpander pula, hamburan kuasa mereka boleh dinilai setara: 106 PS dan 137 Nm untuk Veloz, manakala Xpander melakukan 105 PS dan 141 Nm.

Ketiga-tiga SUV / MPV 7 tempat duduk juga tersedia dengan transmisi manual di Indonesia, tetapi mungkin sekali ia tidak akan ditawarkan di Malaysia.

Keselamatan – BR-V mendahului dengan suite Sensing

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 16

Toyota Veloz varian teratas menawarkan tidak kurang daripada 6 beg udara, serta suite ADAS Toyota Safety Sense (TSS), merangkumi ciri seperti Pre-Collision System (PCS, AEB), Front Departure Alert (FDA), Lane Departure Assist (LDA), Pedal Misoperation Control (PMC), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), dan Blind Spot Monitoring (BSM).

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 17

Walaupun Honda BR-V kalah kepada Veloz dalam ciri kabin dalaman, ia memintas kembali dengan kit keselamatan yang sedikit maju, kerana ia termasuk Adaptive Cruise Control (ACC) dan Auto High Beam (AHB), di samping Collision Mitigation Braking System (CMBS, AEB), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), dan Lead Car Departure Notification System (LCDN).

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 18

Mengekori di belakang kedua-dua pesaing tersebut ialah Mitsubishi Xpander. Dengan ketiadaan suite ADAS, kiraan beg udara adalah kekal 2 kerana ia kehilangan beg udara sisi dan tirai seperti yang terdapat dalam BR-V dan Veloz. Sekurang-kurangnya masih ada kawalan kestabilan.

Komentar Wapcar:

MPV baru anda? Ini prebiu Toyota Veloz, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baru 2022! 19

Secara sepintas lalu pada helaian spesifikasi setiap model menunjukkan bahawa pengeluar mendengar keperluan pelanggan mereka dan melengkapkan model masing-masing dengan sewajarnya. Malah, memberikan pelanggan apa yang mereka inginkan seperti: kecekapan bahan api yang lebih baik (Veloz diubah dari pacuan roda belakang ke pacuan roda hadapan), kelancaran transmisi (Xpander), serta peningkatan dalam peralatan keselamatan (BR-V).

Segmen yang dahulunya agak suram bakal dipenuhi dengan model serba baharu dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Mereka yang sedang mencari SUV / MPV 7 penumpang mesra keluarga sudah pasti akan sukar membuat pilihan, dari Honda BR-V hingga Mitsubishi Xpander. Tak lupa juga, jenama nasional kita.

Persoalannya, SUV / MPV 7 penumpang yang manakah akan menjadi pilihan anda?

Baca: Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Veloz 1.5 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda