MPV keluarga dengan gaya unik, lihat di sebalik tabir pembuatan Mitsubishi Xpander Motorsport!
Zamil Syaheer · Nov 21, 2022 06:00 PM
0
0
Jika semua orang menyukai perkara yang sama, maka kehidupan ini mungkin jauh lebih bosan, kan? Keperibadian adalah dalam struktur kewujudan kita, dan walaupun ramai yang mempunyai pendapat yang berbeza-beza tentang Mitsubishi XpanderMotorsport, perlu kami ingatkan bahawa Malaysia adalah negara bebas.
Jom, kita lihat di sebalik tabir untuk melihat bagaimana Speedline Industries mengimbas setiap panel dengan laser, mencetak kit badan ini dengan penggunaan teknologi 3D kit badan ini, dan menambah beberapa kit prestasi untuk menjadikan Xpander yang paling liar di jalanan (nak lagi liar, ada Xpander AP4, tapi yang tu tak boleh beli lah).
Jika anda tidak melihat pilihan ini dalam risalah, jangan risau. Kit badan ini boleh didapati secara eksklusif melalui Speedline Industries; sama ada anda mahu kereta anda kelihatan kereta rali jalanan atau ingin menaikkan seri Xpander, anda tahu siapa untuk dihubungi.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.