window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MSBK 2021: Tiga juara berbeza dinobat di Sepang, Azlan, Zaqhwan kembali pamer 'taring'!

Khairil ยท Oct 18, 2021 11:00 AM

MSBK 2021: Tiga juara berbeza dinobat di Sepang, Azlan, Zaqhwan kembali pamer 'taring'! 01

Sengit. Itu gambaran mudah dan menarik mengenai aksi pusingan 1 Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021 yang menyaksikan tiga juara berbeza dinobatkan dalam kelas elit 1000 cc sepanjang saingan berlangsung.

Selepas Kasma Daniel Kasmayuddin menakluk perlumbaan 1 pada Sabtu, giliran pelumba Honda, Zaqhwan Zaidi membuktikan kemampuannya menjuarai perlumbaan 2 dengan perlumbaan 3 menjadi milik Azlan Shah Kamaruzaman yang menunggang jentera BMW, semalam.

Juga baca: Dua jaguh 'mengganas' di Sepang, Kasma, Super KIP, takluk perlumbaan 1 MSBK 2021!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MSBK 2021: Tiga juara berbeza dinobat di Sepang, Azlan, Zaqhwan kembali pamer 'taring'! 01

Kedudukan podium perlumbaan 2 MSBK 1000

Beraksi dalam keadaan hujan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) jelas memberi kelebihan buat juara Asia dua kali, Zaqhwan untuk merangkul kemenangan yang agak selesa pada perlumbaan 2.

Begitupun, situasi litar yang kembali kering bagi perlumbaan 3 menyaksikan Azlan yang juga antara pelumba negara yang pernah beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia menunjukkan kehebatannya selepas dua pusingan bergelut dengan masalah pelarasan.

MSBK 2021: Tiga juara berbeza dinobat di Sepang, Azlan, Zaqhwan kembali pamer 'taring'! 02

Kedudukan podium perlumbaan 3 MSBK 1000

Bersaing sengit dengan Kasma (Yamaha Racing Team ASEAN) dan Daniel Haiqal (MME Racing Team Malaysia) di barisan hadapan, kemalangan yang menimpa kedua-dua pelumba muda itu memberikan kelebihan buat Azlan.

Lebih malang buat Kasma, dia dipersalahkan atas kemalangan berkenaan sekaligus menyaksikan perlumbaannya turut dibatalkan.

Juga baca: Nak berlumba guna Honda CBR250RR di Sepang? Ini peluang anda!

MSBK 2021: Tiga juara berbeza dinobat di Sepang, Azlan, Zaqhwan kembali pamer 'taring'! 03

"Pasukan berdepan tempoh yang sukar dari segi penyelarasan jentera untuk perlumbaan ini sepanjang minggu. Ia jentera BMW S1000RR yang baharu dan saya baru menunggangnya sebanyak tiga kali, termasuk pada minggu ini," kata Azlan.

"Kami akhirnya mendapat pelarasan yang sempurna pada perlumbaan 3 dan saya berjaya untuk mendapatkan rentak."

MSBK 2021: Tiga juara berbeza dinobat di Sepang, Azlan, Zaqhwan kembali pamer 'taring'! 04

Di perlumbaan 2, mengisi kedudukan podium adalah Kasma (kedua) dan Mohd Ramdan Rosli dengan kedudukan podium pada perlumbaan 3 diisi Ramdan (Kedua) dan Zaqhwan menduduki tangga ketiga. 

Dalam kelas MSBK 600, perlumbaan 2 dimenangi Mohd Helmi Azman Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Boon Siew Honda Racing manakala rakan sepasukannya, Azroy Hakeem Anuar mengungguli perlumbaan 3.

Juga baca: SIC buka 'pintu' kepada peminat berbasikal, larian

MSBK 2021: Tiga juara berbeza dinobat di Sepang, Azlan, Zaqhwan kembali pamer 'taring'! 05

Super KIP atau Khairul Idham Pawi turut berjaya mendaki kedudukan podium pada perlumbaan 2 selepas menamatkan perlumbaan di tangga ketiga namun paling konsisten pastinya Mohd Syarifuddin Azman (Kawasaki, SIC Racing) yang sentiasa mengisi kedudukan podium.

MSBK 2021: Tiga juara berbeza dinobat di Sepang, Azlan, Zaqhwan kembali pamer 'taring'! 06

Kedudukan podium perlumbaan 2 MSBK 600

Dan atas prestasi yang ditampilkannya, Syarifuddin yang juga dikenali sebagai Damok mengungguli carta keseluruhan MSBK 600 mengatasi Helmi dan Super KIP di kedudukan ketiga.

MSBK 2021: Tiga juara berbeza dinobat di Sepang, Azlan, Zaqhwan kembali pamer 'taring'! 07

Dalam kelas MSBK 250, penguasaan penuh ditampilkan pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing, Mohd Izam Ikmal yang memenangi ketiga-tiga perlumbaan.

Kedudukan keseluruhan selepas pusingan 1 MSBK 2021

MSBK 1000

  1. Azlan Shah Kamaruzaman (BMW, ONEXOX TKKR Racing Team), 58 mata
  2. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha, Yamaha Racing Team ASEAN), 45 mata
  3. Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda, Boon Siew Honda Racing Team), 41 mata

MSBK 600 

  1. Mohd Syarifuddin Azman (Kawasaki, SIC Racing), 56 mata
  2. Mohd Helmi Azman (Honda, Boon Siew Honda Racing Team), 54 mata
  3. Khairul Idham Pawi (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 51 mata

MSBK 250 

  1. Mohd Izam Ikmal (Honda, Boon Siew Honda Racing Team), 75 mata
  2. Mohd Danial Syahmi A. Shahril (Kawasaki, SIC Racing), 56 mata
  3. Mohd Syafieq Aiman Mohd Fauzi (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 46 mata

Sumber imej: FB MSBK

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda