window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MSF SuperMoto musim ke-2 tutup tirai, ada aksi 'panas', Daniel Haiqal juara keseluruhan kelas elit 2022!

Khairil · Nov 29, 2022 06:00 PM

MSF SuperMoto musim ke-2 tutup tirai, ada aksi 'panas', Daniel Haiqal juara keseluruhan kelas elit 2022! 01

Kempen perlumbaan MSF SuperMoto musim ke-2 (2022) menutup tirainya minggu lalu yang menyaksikan pelbagai aksi menarik selain 'panas' menghiasi perlumbaan terakhir yang menobatkan Daniel Haiqal Ahmad sebagai juara keseluruhan kelas elit All Stars Pro.

Sebagai perlumbaan penutup tirai, perlumbaan di Litar Antarabangsa Go-Kart Sepang disertai pelbagai nama-nama besar perlumbaan dua roda tanah air antaranya Azlan Shah Kamaruzaman, Hafizh Syahrin Abdullah, Kasma Daniel Kasmayudin, Adam Norrodin, Ibrahim Norrodin, Danial Syahmi dan ramai lagi.

MSF SuperMoto musim ke-2 tutup tirai, ada aksi 'panas', Daniel Haiqal juara keseluruhan kelas elit 2022! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiba ke Sepang sebagai pendahulu kejuaraan, Daniel Haiqal menguasai sesi kelayakan untuk memulakan perlumbaan di petak utama.

Dan kelebihan itu dimanfaatkan Daniel Haiqal untuk menjuarai Perlumbaan 1 sekalipun dicabar sengit Azlan Shah dan Hafizh Syahrin dengan kemenangan itu mengesahkan kejuaraan buatnya.

MSF SuperMoto musim ke-2 tutup tirai, ada aksi 'panas', Daniel Haiqal juara keseluruhan kelas elit 2022! 01

Daniel Haiqal. Sumber imej: FB MME Racing Team Malaysia

Selepas sekadar menjadi naib juara Perlumbaan 1, Azlan Shah yang juga bekas pelumba Moto2 negara tampil dengan prestasi terbaiknya untuk memenangi Perlumbaan 2.

Kemenangan itu lebih manis dengan Azlan menafikan kemenangan buat Hafizh Syahrin di saat-saat terakhir sebelum situasi menjadi panas membabitkan dua pelumba dipercayai Lewish Cornish dari Australia dan Adam.

MSF SuperMoto musim ke-2 tutup tirai, ada aksi 'panas', Daniel Haiqal juara keseluruhan kelas elit 2022! 02

Sumber imej: Fb MME Racing Team Malaysia

Begitupun, situasi panas di selekoh pertama itu pantas diselesaikan krew perlumbaan dengan kedua-dua pelumba tampak tenang ketika tiba di pit perlumbaan.

Melengkapi kedudukan podium Perlumbaan 2 adalah juara keseluruhan yang jaguh SuperMoto negara, Daniel Haiqal.

MSF SuperMoto musim ke-2 tutup tirai, ada aksi 'panas', Daniel Haiqal juara keseluruhan kelas elit 2022! 03

Sumber imej: FB Azlan Shah Kamaruzaman

Berikut adalah senarai juara keseluruhan kelas perlumbaan MSF SuperMoto 2022

  • All Stars Pro - Daniel Haiqal Ahmad (KMTR Ravenol MY)
  • All Stars Legend - Eric Chia (HI-REV SoyaCincau Racing)
  • SM Advanced - Azizul Khairi ‘Ejoy’ (NK Racing)
  • SM Evo & Super Rookie - Amin Ashaari (HI-REV SoyaCincau Racing)

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda