window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

M'sia bakal ada polisi 'recycle' kereta lama menjelang 2025, lebih 10 tahun akan jadi mangsa?

Faisal ยท Aug 13, 2022 10:00 AM

M'sia bakal ada polisi 'recycle' kereta lama menjelang 2025, lebih 10 tahun akan jadi mangsa? 01

Sumbe foto: Media sosial.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba, Malaysia kini sedang menilai pendekatan yang sesuai untuk melaksanakan polisi pengurusan kenderaan akhir hayat atau end-of-life vehicle (ELV) menjelang tahun 2025.

M'sia bakal ada polisi 'recycle' kereta lama menjelang 2025, lebih 10 tahun akan jadi mangsa? 02

Kata beliau, kenderaan yang sudah habis jangka hayatnya boleh dimanfaatkan agar tidak menjadi bahan buangan yang sia-sia. Kalau anda nak tahu, 19 juta daripada 33 juta kenderaan yang berdaftar di Malaysia sudahpun berusia 10 tahun ke atas.

Juga bacaPolisi lupus kenderaan (ELV) tak semestinya 10 tahun, akan dikaji lebih mendalam - Pakar

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

M'sia bakal ada polisi 'recycle' kereta lama menjelang 2025, lebih 10 tahun akan jadi mangsa? 01

“Lambakan kenderaan using sampai menjadi habitat nyamuk aedes telah menjadi punca wabak denggi dan isu ini berlaku kerana negara kita masih belum ada polisi yang membolehkan tindakan sewajarnya diambil seperti penekanan kaedah pelupusan yang tepat.” katanya.

M'sia bakal ada polisi 'recycle' kereta lama menjelang 2025, lebih 10 tahun akan jadi mangsa? 02

Dalam merangka pelan hala tuju ELV yang sesuai, beliau mengulas bahawa Malaysia sebenarnya sedang melihat kepada Singapura dan Jepun kerana mereka mempunyai kepakaran dalam menguruskan ELV.

M'sia bakal ada polisi 'recycle' kereta lama menjelang 2025, lebih 10 tahun akan jadi mangsa? 03

Untuk makluman anda, 70% daripada leraian ELV boleh dieksport ke negara lain dan industri ini berpotensi menjana RM 10 bilion. Menurut Naib Canselor UTM iaitu Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail ketika menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) berkenaan Konsortium Penyelidikan ELV, 99% daripada komponen kenderaan yang sudah layak dilupuskan sebenarnya boleh digunakan semula.

M'sia bakal ada polisi 'recycle' kereta lama menjelang 2025, lebih 10 tahun akan jadi mangsa? 04

Untuk pengetahuan anda, pelaksanaan polisi ini ada harapan cerah kerana pihak Malaysia Automotive Recyclers Association (MAARA) yang turut terlibat dalam MoU itu juga mempunyai 200 ahli yang terdiri daripada pemain industri ELV. Mereka pula sudah bersedia untuk mengeksport bahagian komponen kenderaan yang sudah tamat jangka hayatnya untuk dikitar semula.

Juga bacaDokumen asal & pemilik meninggal antara punca kereta lama di Malaysia sukar dilupuskan

Sumber: Bernama

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda