window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan?

Mersita · Mar 20, 2021 11:59 AM

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 01

Sebelum membuat keputusan untuk memiliki kereta, eloklah jika kita kumpul seberapa banyak ilmu terlebih dahulu. Antaranya ialah memahami kadar debt-service ratio (nisbah bayaran hutang), kadar bunga untuk tempoh pemilikan tertentu, skor CCRIS, dan lain-lain. Perkara-perkara yang dinyatakan ini semuanya penting untuk merancang tahap kemampuan kita dalam pembelian kereta baharu.

Namun, bagaimana pula dengan kos penjagaan, penyelenggaraan, dan kos lain-lain yang akan datang hasil daripada pemilikan kereta ini?

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ilmu lain yang perlu ada sebelum membeli kereta termasuklah kadar bayaran insurans tahunan, NCD, cukai jalan yang bergantung kepada kapasiti enjin kenderaan (makin besar, makin mahal), kos servis tahunan, tahap kecekapan minyak kereta, kos alatganti, dan macam-macam lagi. Kos-kos ini sering kami sertakan dengan panduan membeli kereta-kereta baru mengikut model - contohnya Honda City dan Proton X50.

Baca juga: Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah?

Salah satu perkara yang perlu difikirkan juga ialah lot parkir yang sesuai dan selamat. Jika anda hendak membeli kereta namun tiada lot parkir yang boleh disewa (kos tambahan), takkanlah nak letak tepi jalan?

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 01

Baca juga: Bas Rapid KL tak dapat lalu, terpaksa angkat dan alih Bezza ke tepi jalan

Pemilikan kereta di kawasan urban

Ar. Lillian Tay, Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, pernah menyebut tentang hartanah di Kuala Lumpur yang terpaksa diasingkan harga lot parkirnya dengan harga unit kondominium/apartment yang dijual bagi merendahkan lagi harga unit tersebut. Harga tanah yang terlalu tinggi di kawasan Kuala Lumpur juga menjadi salah satu puncanya. Lagipun, penduduk yang tinggal di kawasan urban juga boleh memilih untuk tidak memiliki kereta kerana adanya kemudahan pengangkutan seperti e-hailing untuk bergerak kesana kemari.

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 02

Gambar: Business Insider

Sedangkan hartanah di kawasan metropolitan KL pun begitu, bagaimana pula keadaan kawasan-kawasan disekeliling pusat bandar? Kawasan perumahan berkepadatan tinggi sering dibelenggu masalah tempat letak kereta sehinggakan ramai penduduk dan penyewa terpaksa meletakkan kereta mereka di bahu jalan. Akibatnya pengangkutan awam seperti bas terpaksa melencongkan laluan asal kerana jalan raya semakin sempit dan yang paling parah, kereta terdedah dengan pelbagai risiko ataupun ditarik DBKL.

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 03

DBKL nak tarik, tow car DBKL sendiri tak dapat nak lalu

Pelbagai aduan diterima, contohnya penyewa rumah yang terdesak kerana ketiadaan lot parkir kereta yang sesuai. Dengan gaji yang cukup-cukup makan sehingga hujung bulan, apa perasaannya jika keluar rumah diwaktu pagi untuk pergi mencari rezeki tapi kereta sudah tiada di tempat ia ditinggalkan tengah malam tadi? Nak tuntut semula dari DBKL, kena bayar denda pula. Jika tidak dituntut sebelum tarikh yang ditetapkan, denda semakin bertambah.

Ingat, tak ramai yang mampu menyewa sebuah unit kondo/apartment berseorangan dengan lot parkir sendiri. Walau yang mampu pun kadangkala sukar menemui lot parkir kosong untuk disewa disebabkan kepadatan penduduk.

Baca juga: Rakyat Malaysia membayar cukai kereta sebanyak RM 10 bilion setiap tahun. Macam mana perkara ini boleh terjadi?

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 04

Kes parkir kereta di Sea Park Apartment, PJ - penduduk dipaksa oleh 'samseng' untuk bayar RM10 sehari untuk letak kereta di luar pagar apartment tersebut

Inilah sebabnya mengapa pemilikan kereta, terutama sekali bagi golongan muda yang duduk menyewa di bandar besar seperti Kuala Lumpur, adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan masak-masak terlebih dahulu. Jika anda terpaksa berpindah ke tempat yang lebih mahal sewanya semata-mata untuk dapatkan lot parkir untuk kereta baru anda, kos sara hidup bulanan anda pasti meningkat ditambah pula dengan komitmen kereta.

Di China, pihak berkuasa perbandaran meletakkan had harga jualan rumah bagi mengekang pertumbuhan gelembung perumahan (housing bubble) dan aktiviti spekulator. Dalam usaha mereka untuk menahan harga rumah dari terus naik di bandar-bandar besar, pemaju di sana menggabungkan harga rumah dengan harga lot parkir sebagai kaedah mengatasi had ini - satu unit apartment dijual serendah 2.4 juta yuan (RM 1,518,563) dan pembeli diwajibkan membeli lot parkir dengan harga setinggi 1 juta yuan (RM 632,734).

Suasana hartanah di Malaysia tidak jauh bezanya - banyak projek perumahan yang mengasingkan harga unit rumah dengan lot parkir persendirian bagi unit berkenaan.

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 05

Gambar: Reuters

Bandar seperti Shanghai dan Beijing juga mengalami pertumbuhan ketara dari segi harga lot parkir disebabkan oleh kekurangan ruang parkir yang serius. Oleh itu, jika pihak berkuasa di Malaysia mengambil langkah drastik dalam mengharamkan pemilik memarkir kereta di bahu jalan, adakah rakyat akan terus-terusan dibelenggu masalah pemilikan rumah? Ini menambah lagi masalah pemilikan kereta terutama bagi keluarga yang memerlukan lebih dari satu kenderaan.

Kini, teknologi 'Big Data' digunakan bagi menyelesaikan masalah ruang parkir di negara dengan pasaran automotif terbesar dunia itu. Qiqi Zhang, Pengarah Urusan Warburg Pincus di China berkata pemilikan kereta yang semakin meningkat, pembatalan peraturan pasaran serta penambahbaikan teknologi mampu menggerakkan pertumbuhan jangka-panjang.

Berbalik di Malaysia, warga kota yang tinggal di kawasan perumahan unit atas-tanah (landed) juga tidak terkecuali dari hal ini. Sebuah isi rumah kadangkala mempunyai sehingga 4 ke 6 buah kereta sehinggakan ada yang perlu diparkir di tepi jalan yang mengganggu laluan awam dan kawasan jiran tetangga. Selalunya kereta 'paling murah' akan jadi mangsa.

Ya, rumah 'landed' masalahnya mungkin tidak seberat kawasan apartment, namun tidak berbaloilah jika kereta yang dibeli menggunakan wang usaha keras sendiri didedahkan dengan risiko sambil mengganggu kesejahteraan awam.

E-hailing patut dipertimbangkan sebagai opsyen pengangkutan utama

Tidak dinafikan yang orang kita terlalu bergantung kepada kereta persendirian kerana ia dianggap lebih selamat dan selesa. Namun, pendapat penulis ialah memadailah kiranya jika kita, terutamanya yang bujang, untuk menyewa berhampiran dengan tempat kerja atau stesen pengangkutan awam dan gunakan khidmat e-hailing untuk ke tempat-tempat lain selain daripada tempat kerja.

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 06

Satu ‘trip’ mungkin tambangnya nampak mahal – selalunya lebih dari RM10 atau RM 20 – namun kos pemilikan kereta lebih besar daripada jumlah terkumpul kos e-hailing anda (contohnya untuk perjalanan keluar hujung minggu).

40 peratus belia Malaysia berbelanja lebih dari kemampuan

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 07

Gambar: AFP

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam satu kenyataan baru-baru ini memberitahu yang menurut Bank Negara Malaysia, 47 peratus golongan belia di Malaysia mempunyai hutang kad kredit yang tinggi. Tambahan pula, menurut data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 50 peratus ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM 200,000 dalam akaun mereka – lebih rendah daripada kadar RM 240,000 yang perlu disimpan apabila umur ahli mencecah 55 tahun. Perlukah kita korbankan kesenangan di hari tua bagi keseronokan sementara hari ini?

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 08

Dalam satu artikel dikongsi Sinar Harian pula, antara tahun 2015 dan 2019, sekitar 85,000 rakyat Malaysia berumur 25 tahun dan kebawah diisytiharkan muflis. Menurut pengasas Hijrah Wealth Management, Rohani Mohd Shahir, punca utama semakin ramai golongan belia jatuh muflis adalah disebabkan oleh 'pinjaman 5 serangkai' iaitu pinjaman peribadi, pendidikan, kereta, rumah, dan kad kredit.

“Antara punca muflis dikalangan golongan muda termasuklah menjadi penjamin (guarantor) bagi kereta ayah mereka dan ada yang muflis kerana mereka suka bergaya dan memiliki lebih daripada satu kad kredit,” tambah beliau.

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 09

Gambar oleh Clay Banks di Unsplash

Berbaloikah tambah komitmen macam-macam?

Nasihat semua orang pasti sama - beli hanya apabila mampu. Kemampuan bukan saja terletak pada kelulusan pinjaman dan bayaran bulanan kepada bank, namun terma "kemampuan" ini harus mengambil-kira kos-kos penjagaan dan situasi yang akan timbul setelah kereta dimiliki. Salah satunya ialah ruang letak kereta, dan ini pun memakan kos.

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 10

Tempat letak kereta menjadi satu bentuk pemilikan yang tinggi nilainya dan amat berharga di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Sanggup berkereta juga bermaksud anda sanggup menanggung kos dimana kemana saja anda pergi, hampir semua lot parkir berbayar. Pemaju pula bina projek-projek baru tanpa mengendahkan lot parkir yang mencukupi - samada mereka gunakan alasan 'bandar urban' dan 'kemajuan e-hailing' ataupun hanya untuk keuntungan.

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 11

Tayar hilang di stesen LRT. Sumber

Kadar sewa lot parkir di kawasan apartment atau parkir bertingkat di Kuala Lumpur saja sudah memakan kos sekurang-kurangnya dalam RM 300 sebulan, manakan lagi kos parkir di tempat kerja. Akhirnya, ada saja yang parkir kereta di rumah atau di stesen-stesen LRT/MRT (juga berbayar) dan turun-naik kerja dengan pengangkutan awam - itupun jika ada lot parkir yang elok di rumah. Kereta disimpan untuk berlibur di hujung minggu atau untuk balik kampung - penggunaannya singkat namun kos bulanannya tetap dibayar.

Namun, sebahagian besarnya juga adalah masalah perancangan bandar dan projek-projek perumahan yang tidak terkawal. Jika rakyat Malaysia sememangnya semakin mampu untuk membeli kereta, apa salahnya?

Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan? 12

Kesimpulan

Pemilikan kereta adalah pilihan dan tanggungjawab masing-masing. Ya, memang lebih selesa jika ada kereta sendiri, itulah resam dan pemikiran orang kita. Namun, jika pendapatan bulanan cukup-cukup saja tanpa simpanan, perlukah ada aset sebesar kereta yang hanya menambah komitmen anda setiap bulan?

Ramai yang menasihati komitmen bulanan anda haruslah tidak melebihi 36% daripada pendapatan bersih. Realitinya, ramai saja yang tiba-tiba demam sejuk bila tiba masanya cukai jalan dan insurans perlu diperbaharui sekali setahun ataupun kereta tiba-tiba buat hal. Berbelanjalah dengan bijak - anda sepatutnya tak perlu berikat perut dan regangkan bajet setegang-tegangnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda