window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mulai 2022, kenderaan 2 roda nikmati diskaun 50% untuk tambang feri RORO Pulau Pinang

Haris · Dec 29, 2021 11:00 AM

Mulai 2022, kenderaan 2 roda nikmati diskaun 50% untuk tambang feri RORO Pulau Pinang 01

Seramai 300,000 pengguna feri RORO (roll on, roll off) membabitkan penumpang kenderaan dua roda akan menikmati pengurangan tambang sebanyak 50 peratus selama enam bulan bermula 1 Januari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, pihaknya membiayai 50 peratus melibatkan peruntukan RM 58,333 sebulan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mulai 2022, kenderaan 2 roda nikmati diskaun 50% untuk tambang feri RORO Pulau Pinang 01

Menurut beliau, manfaat peruntukan sebanyak RM350,000 turut akan dinikmati bukan warganegara.

"Tambang untuk motosikal sebanyak RM2 akan dikurangkan menjadi RM1 manakala basikal daripada RM1.20 kepada 60 sen sahaja," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Teik Cheng berkata, kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM30 juta kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selepas mengambil alih perkhidmatan feri roro Pulau Pinang untuk pembelian lima buah feri baharu.

Katanya, sebanyak RM15 juta diserahkan pada tahun ini manakala bakinya akan diserahkan pada tahun hadapan.

Mulai 2022, kenderaan 2 roda nikmati diskaun 50% untuk tambang feri RORO Pulau Pinang 02

"Kesemua feri baharu berkenaan akan menggantikan dua buah feri yang beroperasi pada waktu ini. Feri roro yang lama akan diserahkan kepada syarikat yang dipilih melalui tender terbuka untuk dijadikan restoran terapung dan muzium.

"Dalam pada itu, sebarang kerja menaiktaraf terminal dan harga feri akan ditanggung oleh PPSB sekiranya kos melebihi RM30 juta," katanya.

Feri lama yang ikonik serta berkemampuan untuk membawa kenderaan 4 roda dan ke atas telah ditamatkan perkhidmatannya buat masa ini. Dalam laporan berasingan, Kerajaan Persekutuan merancang untuk menaik-taraf feri tersebut sambil mengambil kira tahap keselamatan, daya tahan dan keselamatan penumpang feri bagi memastikan feri ikonik ini boleh terus dinikmati oleh pelancong dan penduduk tempatan. Fasa pemodenan ini akan dibuat secara berperingkat sehingga tahun 2022. - Sinar Harian

Baca: Feri Pulau Pinang ‘diserang’ pemandu kereta, ambil peluang kali terakhir. Feri baru akan tiba?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda