window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Muncul di Eicma 2022, Vespa GTV (2023) bakal masuk pasaran Malaysia tahun ini!

Khairil ยท Feb 26, 2023 07:00 PM

Muncul di Eicma 2022, Vespa GTV (2023) bakal masuk pasaran Malaysia tahun ini! 01

Vespa sah akan membawa masuk beberapa penawaran baharu ke pasaran Malaysia, tahun ini antaranya Vespa GTV (2023), model yang dipertontonkan ketika acara berprestij, Eicma 2022 di Itali.

Muncul di Eicma 2022, Vespa GTV (2023) bakal masuk pasaran Malaysia tahun ini! 02

Kepada peminat Vespa, model dengan nama GTV memang tidak asing dan dikenali sebagai model paling 'Sporty' jenama Itali itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Vespa memperkenalkan model GTV buat pertama kali pada tahun 2006 dan ia pantas menjadi salah satu model ikonik dan 'diburu' peminat jenama itu. 

Muncul di Eicma 2022, Vespa GTV (2023) bakal masuk pasaran Malaysia tahun ini! 01

Untuk versi terbaharu Vespa GTV (2023), pembaharuan yang dilakukan oleh syarikat pengeluar skuter mewah Itali itu boleh disifatkan menyeluruh termasuklah di bahagian rekaan, peningkatan teknologi dan mungkin paling mengujakan, prestasi.

Dari sudut rekaan, Vespa GTV (2023) kekal dengan gaya ikonik 'Sei Gironi'. Tetapi paling menonjol pastinya penggunaan lampu utama yang diposisikan di bahagian 'mudguard' yang menjadi ciri unik model GTV.

Juga baca: Edisi Terhad Vespa X Justin Bieber rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 28k!

Muncul di Eicma 2022, Vespa GTV (2023) bakal masuk pasaran Malaysia tahun ini! 02

Selain itu, ia turut menggunakan skema warna yang menarik 'Beige Avvolgente Opaco' yang disepadukan dengan corak garisan berwarna jingga di panel sisi dan pelindung angin di bahagian depan.

Bagi menyerlahkan penampilannya, bahagian pelana pula menggunakan warna dua tona.

Muncul di Eicma 2022, Vespa GTV (2023) bakal masuk pasaran Malaysia tahun ini! 03

Mengulas trenkuasa, Vespa GTV (2023) berkongsi trenkuasa dengan Vespa Sei Giorni 300. 

Justeru ia dikuasakan dengan trenkuasa 300 HPE, enjin bersesaran 278 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang menghasilkan kuasa setinggi 23.8 Hp.

Muncul di Eicma 2022, Vespa GTV (2023) bakal masuk pasaran Malaysia tahun ini! 04

Sebagai antara model terbaharu dan termoden, Vespa GTV (2023) turut didatangkan dengan ciri bantuan tunggangan seperti Kawalan Traksi ASR dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Ciri-ciri menarik lain termasuklah sistem lampu LED penuh, Sistem Tanpa Kunci, Panel Meter Digital Penuh dengan rekaan yang 'serasi' dengan gaya skuter berkenaan. 

Muncul di Eicma 2022, Vespa GTV (2023) bakal masuk pasaran Malaysia tahun ini! 05

Agak unik, unit kluster instrumen meter skuter ini diposisikan di bahagian bar hendal menerusi braket khas. 

Muncul di Eicma 2022, Vespa GTV (2023) bakal masuk pasaran Malaysia tahun ini! 06

Seperti anda jangka, ia turut dilengkapi dengan teknologi sambungan ke telefon bimbit menerusi Bluetooth via sistem konektiviti Vespa MIA namun ciri ini datang secara pilihan.

Muncul di Eicma 2022, Vespa GTV (2023) bakal masuk pasaran Malaysia tahun ini! 07

Piaggio Malaysia tidak mendedahkan perincian mengenai pelancaran itu terutama mengenai harga tetapi tarikh pelancarannya dijangka pada suku ketiga tahun ini.

Juga baca: Vespa lancar GTV (2023), model paling 'Sporty' dari Vespa dipertonton di EICMA 2022!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda