window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MyMAP dilancar, SYM VF3I 185 motosikal pertama dapat penarafan 5 bintang

Khairil · Mar 31, 2021 11:00 AM

MyMAP dilancar, SYM VF3I 185 motosikal pertama dapat penarafan 5 bintang 01

Motosikal SYM VF3I 185 muncul kapcai pertama menerima penganugerahan lima bintang menerusi program penarafan Motorcycle Assessment Program Malaysia (MyMAP) yang dibangunkan Miros dengan kerjasama MARii.

Anugerah berkenaan sekaligus mengiktiraf kesediaan dan kemampuan jenama keluaran MForce Bike Holdings itu dalam menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan tahap keselamatan motosikal di Malaysia, terutama dalam kelas mampu milik.

MyMAP dilancar, SYM VF3I 185 motosikal pertama dapat penarafan 5 bintang 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti program penarafan keselamatan Asean NCAP, program MyMAP yang direka Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) turut mempunyai tahap rating bermula pada satu hingga lima bergantung kepada ciri-ciri keselamatan sesebuah motosikal berkenaan.

Sebagai permulaan, program penarafan ini dibuat secara sukarela dan terhad kepada motosikal dengan kapasiti enjin bawah 250 cc.

MyMAP dilancar, SYM VF3I 185 motosikal pertama dapat penarafan 5 bintang 01

Pengerusi Miros, Datuk Suret Singh (dua kanan)

Bercakap ketika majlis pelancaran MyMAP, Pengerusi Miros, Datuk Suret Singh mendedahkan terdapat syarikat industri motosikal yang belum bersedia untuk mengintegrasikan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) kepada motosikal yang berkapasiti rendah.

“Kita mahu supaya semua motosikal yang dijual di pasaran dilengkapi dengan sistem ABS bagi keselamatan penunggang dan pembonceng. Dalam keadaan kecemasan, ia sangat penting.

“Kita dapat pelbagai brek yang kualiti terlalu rendah. Ada juga produk tiruan yang dijual di pasaran. Jadi kami sangat prihatin dan jalankan MyMAP untuk pastikan mereka mendapat keselamatan dengan brek yang berkualiti.

MyMAP dilancar, SYM VF3I 185 motosikal pertama dapat penarafan 5 bintang 02

“Selain itu, MyMAP juga ingin meningkatkan piawaian seperti tayar, lampu alat kawalan kelajuan dan kegunaan bahan pemantul cahaya pada rangka casis motosikal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Miros, Ir Ts Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, penarafan bintang tertakluk kepada empat kriteria utama iaitu pematuhan terhadap piawaian United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).

MyMAP dilancar, SYM VF3I 185 motosikal pertama dapat penarafan 5 bintang 03

“Kriteria seterusnya ialah kesesuaian pengeluaran, teknologi ciri keselamatan dan juga program sokongan keselamatan pengguna. Dalam fasa pertama ini, penekanan diberikan terhadap motosikal berkapasiti rendah kurang daripada 250cc kerana ia mendominasi lebih daripada 90 peratus pasaran,” katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Ketua Pegawai Teknologi MARii, Mohd Sharulnizam Sarip.

Sebagai info, teknologi ABS berfungsi sebagai menyelaraskan tekanan brek ketika kecemasan bagi menghalang penguncian roda dan membantu mengekalkan kestabilan motosikal selain mengurangkan jarak semasa brek.

MyMAP dilancar, SYM VF3I 185 motosikal pertama dapat penarafan 5 bintang 04

Sementara itu, syarikat pengeluar motosikal dialu-alukan untuk menyertai program MyMAP dengan membuat permohonan secara online di mymap@miros.gov.my.

MyMAP dilancar, SYM VF3I 185 motosikal pertama dapat penarafan 5 bintang 05

Selain meningkatkan tahap keselamatan yang diharap mengurangkan peratusan kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng serta pengiktirafan bintang, MyMAP juga boleh menjadi panduan kepada pengguna berpandukan kepada aspek keselamatan sesebuah motosikal berkenaan.

Sumber: Miros, Sinar Harian

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda