window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nadi N52 BMW - antara enjin 6 silinder NA terbaik di dunia, 'maintenance' ringan atau berat?

Faisal · Nov 9, 2022 12:33 PM

Nadi N52 BMW - antara enjin 6 silinder NA terbaik di dunia, 'maintenance' ringan atau berat? 01

Kalau anda tanya peminat-peminat kereta berkenaan ciptaan yang paling agung dalam sejarah industri automotif, majoriti daripada mereka pasti akan menjawab enjin 6 silinder sebaris BMW. Sebelum era turbo seperti yang anda dapat lihat sekarang, enjin N52 BMW merupakan kemuncak nadi 6 silinder mereka yang mana ia diguna pada model BMW dari tahun 2005 hingga 2015.

Direka sebagai pengganti kepada unit M54, enjin ini sebenarnya selalu mendapat rungutan bahawa ia terlalu sensitif. Menariknya, ia adalah enjin 6 silinder NA BMW yang terbaik pernah dihasilkan.

Latar belakang enjin N52

Nadi N52 BMW - antara enjin 6 silinder NA terbaik di dunia, 'maintenance' ringan atau berat? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi anda yang belum tahu, enjin 6 silinder sebaris BMW terkenal dengan perhalusan, kelancaran dan penghantaran kuasa yang cukup linear. Perkara ini tidak menghairankan kerana mereka telah membina enjin 6 silinder sebaris sejak era 30-an lagi.

Secara amnya, enjin NA mereka ini ada 7 generasi iaitu M30, M20, M50, M52, M54, N52 dan N53 (tiada di Malaysia).

Nadi N52 BMW - antara enjin 6 silinder NA terbaik di dunia, 'maintenance' ringan atau berat? 01

Selepas daripada itu, BMW menerapkan teknologi turbo melalui keluaran N54, N55 dan B58 (sekarang).

Juga bacaRebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan?

Kembali kepada nadi N52, apa yang ditambah baik daripada unit M54 adalah pengunaan blok enjin Magnesium-Aluminium supaya enjin lebih ringan.

Nadi N52 BMW - antara enjin 6 silinder NA terbaik di dunia, 'maintenance' ringan atau berat? 02

Untuk lebih kuasa dan lebih menjimatkan minyak, enjin N52 BMW juga menerapkan teknologi variable valve timing Vanos dan variable valve lift Valvetronic.  Sistem variable-length inlet manifold ‘DISA’ juga diperkenalkan yang mana ia meningkatkan tork dan tindak balas pedal minyak.

Untuk makluman anda, enjin ini diguna pada model BMW di pertengahan era-2000 sehingga pertengahan 2010. Antaranya seperti 3 Series E90, 5 Series E60 dan F10, 7 Series E65 dan bermacam-macam lagi.

Nadi N52 BMW - antara enjin 6 silinder NA terbaik di dunia, 'maintenance' ringan atau berat? 03

5 Series F10 pra-facelift merupakan antara model terakhir yang guna enjin N52

Dari segi teknikal, enjin N52 ditawarkan dengan pilihan kapasiti 2.3L, 2.5L dan 3.0L. Kuasa yang dihembuskan pula adalah pada julat 177 PS/230 Nm (2.3L) hingga 272 PS/315 Nm (3.0L “high-output”).

Penjagaan enjin N52

Sama seperti mana-mana enjin, unit N52 BMW juga perlu diselenggara secara berkala dan ada beberapa perkara yang perlu dibuat awal supaya jangka hayatnya dapat bertahan lama.

Nadi N52 BMW - antara enjin 6 silinder NA terbaik di dunia, 'maintenance' ringan atau berat? 04

Dalam kebanyak isu yang berlaku, kebanyakkan pemilik sebenarnya tidak diberitahu akan perkara tersebut, sekaligus mengakibatkan pelbagai masalah atau kegagalan enjin sepenuhnya. Tetapi dengan disiplin yang baik, enjin N52 BMW sebenarnya boleh tahan cukup lama walaupun sudah mencecah ratusan ribu km.

Senarai di bawah menunjukkan item penjagaan yang berkait dengan nadi ini

Penyelenggaraan dan isu enjin N52 BMW 
Item Simptom Penyelenggaraan (km)
Gasket housing penapis minyak Kebocoran minyak pada blok enjin dan tali serpentin Periksa dan ganti (100k km)
Gasket penutup injap Kebocoran bahagian tepi enjin Periksa dan ganti (100k km)
Penyejuk bendalir Kegagalan boleh menyebabkan cecair penyejuk bercampur dengan minyak enjin / kerosakan enjin Periksa dan ganti (110k km)
Penyambung cecair penyejuk Kebocoran / enjin terlebih panas Ganti plastik tulen asal dengan bahan logam (110k km)
Solenoid Vanos Kehilangan kuasa / isu idle Ganti yang perlu atau sewaktu menukar head gasket

Kalau anda ikut, enjin N52 anda tidak akan mudah merungut. Dalam kebanyakan situasi, cuba elak menggunakan barang OEM yang murah. Kalau boleh, pilih alat ganti tulen dari BMW.

Nadi N52 BMW - antara enjin 6 silinder NA terbaik di dunia, 'maintenance' ringan atau berat? 05

Gasket housing penapis minyak sebenarnya murah untuk diganti tapi kalau buat hal, boleh mengakibatkan macam-macam masalah. Paling teruk, minyak boleh tertumpah ke tali serpentin dan boleh mengakibatkan ia tergelincir atau termakan terus oleh enjin.

Selain itu, minyak enjinnya perlu ditukar setiap 8,000 km (sintetik penuh). Menariknya, untuk sesetengah pasaran, BMW mengesyorkan minyak enjin 5W-30 dan selang servis 10,000 km. Tetapi menurut pakar BMW sendiri, penggunaan jenis 5W-40 dan selang servis yang lebih pendek akan memanjangkan lagi jangka hayat enjin.

Juga bacaBMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'?

Nadi N52 BMW - antara enjin 6 silinder NA terbaik di dunia, 'maintenance' ringan atau berat? 06

Bekas minyak pada bahagian tepi adalah petanda bahawa gasket penutup injap sudah perlu diganti.

Apapun, transmisi automatik ZF 6 dan 8 kelajuan yang dipadankan pada enjin N52 BMW tiada isu dari segi jangka hayat sekiranya anda ada disiplin untuk menukar minyak dan penapis transmisi pada masa yang ditetapkan.

Juga bacaPanduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan?

Konklusi

Nadi N52 BMW - antara enjin 6 silinder NA terbaik di dunia, 'maintenance' ringan atau berat? 07

Enjin 6 silinder sebaris N52 dari BMW bukan setakat hebat, malah ia juga mewakili 50 tahun kehandalan mereka dalam mencipta nadi yang penuh dengan jiwa. prestasi dan penjimatan minyak.

Kalau anda teringin merasai pemanduan enjin 6 slinder BMW, nadi N52 sememangnya permulaan yang cukup baik dan mengasyikkan. Untuk pengetahuan anda, senarai Carlist ada banyak BMW terpakai dengan enjin N52. Selamat membeli.

Juga bacaBMW 5 Series E60 terpakai - Sedan eksekutif kegilaan Malaysia, serendah RM 35k tapi apa isu?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda