window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Najib beri amaran ekonomi "huru-hara" jika subsidi minyak ditarik serta-merta

Haris ยท Jul 26, 2022 05:00 PM

Najib beri amaran ekonomi

Bekas Perdana Menteri Najib Razak telah membidas kerajaan mengenai keputusan untuk menghapuskan subsidi minyak menyeluruh semasa inflasi. Menurut beliau, subsidi minyak bersasar hanya akan membawa kepada kadar inflasi yang lebih tinggi.

Dalam satu hantaran di Facebook, Najib mengkritik kerajaan kerana memperkenalkan perubahan dasar ekonomi utama pada ketika ramalan inflasi masih tinggi. Beliau menyatakan bahawa langkah itu akan "mengejutkan sistem" dan mewujudkan pasaran domestik yang "huru-hara".

Najib beri amaran ekonomi

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai contoh, Najib merujuk kembali bahawa apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) memansuhkan subsidi menyeluruh pada November 2014 - untuk beralih kepada pemberian wang tunai terus kepada kumpulan sasar, terutamanya diesel - telah menjejaskan kos pengangkutan barangan dengan teruk.

Beliau menjelaskan bahawa beliau telah memilih November 2014 sebagai contoh kerana pada masa itu, harga minyak dunia sangat rendah dan berada dalam aliran menurun.

Najib beri amaran ekonomi

"Sebab itu apabila kita mansuhkan subsidi dan penetapan harga minyak RON95, harganya jatuh dari RM1.90 ke RM1.60.

"Dan sekiranya ianya naik semula pun, ianya dengan cara berdikit-dikit dan beransur untuk memberi impak paling rendah kepada kadar inflasi.

Baca: Tiada lagi subsidi minyak untuk semua, k'jaan sedang kaji mekanisme subsidi bersasar

Najib beri amaran ekonomi

"Tapi ketika ini apabila harga minyak dunia adalah tinggi, pemansuhan subsidi minyak untuk beralkih ke sistem subsidi bersasar TIDAK BOLEH dibuat sekiranya tidak mahu kadar inflasi bertambah lagi teruk dan pasaran domestik menjadi huru-hara.." jelas beliau dalam hantaran tersebut.

Walau bagaimanapun, Najib menegaskan bahawa beliau bukan peminat subsidi menyeluruh.

Selain memberi manfaat kepada kumpulan T20, beliau juga menegaskan bahawa subsidi menyeluruh membawa kepada pembaziran, penyeludupan berskala besar dan kesesakan lalu lintas. Ia juga tidak menggalakkan pengguna beralih kepada kereta elektrik atau cekap tenaga.

Najib beri amaran ekonomi

Pun begitu, Najib percaya kerajaan hanya perlu melaksanakan subsidi bahan api bersasar hanya apabila kadar inflasi telah menurun dan terkawal.

Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa mekanisme subsidi bahan api yang disasarkan baharu telah pun dalam fasa kajian, ia akan mengambil masa enam bulan untuk kementerian mengkaji dan menyelesaikan isu-isu yang akan timbul dalam mekanisme subsidi baharu itu.

Baca: MoF - Kajian sehingga 6 bulan diperlukan sebelum mekanisme subsidi bahan api bersasar boleh dilaksanakan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda