window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini

Mersita · Jul 24, 2021 08:00 PM

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 01

Anda ada kereta automatik yang masih elok, tapi dah rindu nak tekan pedal klac? Kalau anda sedang merancang untuk menukar atau ‘convert’ kereta auto anda kepada manual dan perlukan nasihat daripada orang yang pernah melakukannya, anda sudah tiba di artikel yang betul.

Walaupun ia berjaya dilakukan oleh ramai pemilik kereta, ia tak semestinya satu projek yang mudah untuk dilaksanakan.

Rakan penulis kami, Eric, pernah menjayakan projek ‘convert’ kereta Suzuki Swift automatik 4 kelajuan miliknya kepada manual 5 kelajuan. Menurut pengalamannya, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan supaya anda tidak membuang masa dan duit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bukannya semudah ‘plug-and-play’

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 01

Sistem transmisi automatik 4 kelajuan yang asal tiada sebarang masalah

Perkara pertama yang perlu anda ingat ialah penukaran sistem transmisi daripada automatik kepada manual bukanlah semudah ‘plug-and-play’. Selalunya, akan ada isu yang perlu diselesaikan tanpa mengira betapa bagusnya mekanik yang mengendalikannya.

Jika anda ada masa, kesabaran, dan duit yang mencukupi, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan – yang tinggal hanyalah samada anda boleh bertahan dengan isu-isu yang dihadapi.

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 02

Penderia kelajuan ini jadi punca tak tidur malam

Isu-isu apa yang anda boleh hadapi? Ia boleh jadi masalah ECU, lampu amaran pelik-pelik di kluster instrument, dan macam-macam lagi. Kegagalan penderia kelajuan di dalam kereta juga boleh terjadi akibat speedometer yang kurang tepat serta kegagalan VVT.

Bergantung kepada kereta, mencari dari mana datangnya kit penukaran transmisi manual (manual transmission conversion kit) yang digunakan juga satu perkara penting. Dalam beberapa kes, pengimpot mungkin membawa masuk set transmisi manual pemanduan sebelah kiri dan ini akan menyusahkan anda nanti.

Periksa betul-betul dan pastikan kit penukaran manual anda adalah jenis pemanduan sebelah kanan sebelum membeli.

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 03

Atas: Swift Sport sebelum facelift. Bawah: Swift Sport facelift

Anda juga perlu periksa perbezaan antara model facelift dan sebelum facelift. Bergantung kepada model kereta, selalunya ‘half-cut’ model facelift lebih bagus. Tapi, proses memuatkannya mungkin sukar, oleh itu anda perlu bersedia.

Bagi Swift Sport milik Eric pula, model facelift itu mempunyai ‘redline’ yang tinggi sedikit (6,800 rpm ke 7,200 rpm), nisbah gear yang diubah sedikit, dan bermacam-macam perbezaan lain. Beberapa bahagian kereta ini tidak boleh ditukar-ganti, walaupun modelnya sama.

Setelah anda lakukan kajian yang diperlukan, anda juga patut sudah jangkakan yang beberapa komponen akan rosak atau tidak berfungsi dengan baik walaupun ianya ‘plug-and-play’. Apa-apa pun, di penghujung hari, ianya masih alat-ganti terpakai dan bukannya baru – rosak itu jadi sebahagian daripada pengalaman.

Kaedah tanpa perlu pening kepala bukannya murah

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 04

‘Half-cut’ mahal harganya, tapi anda dah tak perlu pening kepala nanti

Mungkin bunyinya agak melampau – mencari ‘half-cut’ semata-mata untuk menukar transmisi – tapi berdasarkan pengalaman, inilah cara yang sebaiknya.

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 05

Ruang enjin kosong yang sedang menunggu half-cut

Dengan adanya ‘half-cut’, menukar kereta anda kepada manual menjadi semudah mengeluarkan trenkuasa asal kereta anda dan menggantikannya dengan unit 'half-cut' tersebut. Dah tak perlu potong wayar atau risau tentang komponen tertinggal – ‘half-cut’ dah ada semua pendawaian dan komponen yang diperlukan untuk projek ini.

Bagi komponen/bahagian yang diperlukan untuk perubahan, ini senarai amnya: ‘master pump’ brek, ‘slave pump’, pemasangan pedal klac, trim konsol gear, dan pengalih gear berserta sambungan. Bahagian transmisi manual merangkumi ‘drive shafts’, ‘flywheel’, dan juga klac.

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 06

Rim 15 inci dengan bolt pattern 5x114.3 bukannya murah

Apabila Eric menukar enjin 1.5 liternya kepada unit 1.6 liter untuk Swift Sportnya, dia juga perlu menukar rim kerana Swift biasa mempunyai rim ‘four-lug’ manakala Sport menggunakan rim ‘five-lug’. Anda perlu masukkan sekali kos untuk set rim baharu dalam proses ini.

Ada orang yang pernah buat projek yang sama?

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 07

Tak ramai pemilik Swift memilih opsyen 1.5 manual

Sebelum anda keluarkan lagi duit lebih untuk kerja-kerja penukaran, cari pemilik lain yang pernah lakukan benda yang sama dengan kereta mereka.

Mereka yang pernah menjalankan projek ‘convert’ serupa boleh beri saranan bengkel yang bagus untuk anda.

Bengkel cakap boleh buat, tapi adakah mereka berpengalaman?

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 08

Satu lagi aspek yang kami ingin tekankan ialah mengupah bengkel pakar untuk projek ini. Ada bengkel yang boleh ‘convert’ tanpa masalah, dan ada juga pakar yang mempunyai ilmu lebih tinggi daripada bengkel biasa – contohnya untuk bahagian-bahagian yang perlukan fabrikasi khas.

Jika ada bahagian yang perlukan fabrikasi khas, anda perlu ambil tahu tentang material, kos, dan kualiti.

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 09

‘Firewall’ Swift apabila dilihat dari dalam kabin kereta. Lubang pam klac dibulatkan warna merah

Perlu diingatkan juga yang bagi penukaran dari automatik ke manual, lubang perlu digerudi di ‘firewall’ untuk pam klac. Kereta automatik tak ada lubang pam klac mahupun pedal ketiga.

Oleh itu, pastikan bengkel tersebut merawat lubang yang baru saja digerudi dengan bahan anti-karat supaya ‘firewall’ anda tidak berkarat teruk di kemudian hari. Bergantung kepada kereta, lokasi pam klac itu juga perlu dikukuhkan lagi.

Bukan semua ‘half-cut’ sama

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 10

Ini perkara penting yang anda perlu tahu. Anda harus dapatkan ‘half-cut’ anda dari kedai yang dipercayai dan bukannya dari ‘seller’ tidak dikenali di Facebook. Anda perlu berhati-hati supaya anda boleh elakkan dapat kotak gear rosak.

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 11

‘Half-cut’ diperolehi Eric didatangkan dengan rekod servis terdahulu. Tak semua ‘half-cut’ didatangkan sekali dengan dokumentasi ini

Apabila membeli ‘half-cut’, anda juga patut minta waranti. Tempoh waranti berbeza antara satu kedai dengan kedai lain, oleh itu jadilah konsumer bijak dan bandingkan tempoh waranti yang ditawarkan.

Walaupun ada kedai yang benarkan anda untuk hidupkan enjin sebelum membuat pembelian, mereka mungkin tidak menawarkan sebarang waranti. Kedai ‘half-cut’ lain menawarkan polisi pemulangan semula jika enjinnya ada isu. Oleh itu, sebaik-baiknya anda ‘window shopping’ dulu, bandingkan, dan tanya apa yang patut.

Di mana enjinnya?

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 12

Bahagian yang datang sekali dengan set penukaran manual pertama diterima

Anda boleh beli kotak gear sahaja kalau anda tak jumpa ‘half-cut’ yang sesuai. Menukar beberapa kereta automatik di Malaysia kepada transmisi manual bukanlah sesuatu yang mudah dan ringkas kerana kereta versi manual tidak pernah dijual di sini, dan pengimpot kotak gear hanya membawa masuk barangan paling asas.

Pada mulanya, Eric memilih haluan ini untuk keretanya. Pada masa itu, ia nampak seperti kaedah yang cukup mudah, bukan?

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 13

Jalan terakhir, memandangkan tak ramai penjual akan menawarkan enjin sekali dengan kotak gear

Jangkaannya meleset sama sekali, kerana selain daripada kotak gear, pedal, pengalih gear, dan kluster meter; tiada barang lain lagi yang disediakan – ECU manual atau ‘wiring harness’ pun tak ada. Kedua-dua item ini amat penting bagi ‘conversion’ sempurna.

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 14

Penggunaan ECU automatik dengan transmisi manual akan mengakibat pelbagai isu pelik

Tanpa ECU manual dan ‘wiring harness’ yang betul, ECU automatik (atau TCU, bergantung pada kereta) asal kereta itu akan sentiasa mengesan kereta pada gear Neutral. Selain daripada ECU yang keliru dengan aturan baru ini, hal-hal lain tiada masalah.

Mutu kerja yang murah dan malas berpotensi untuk cetus kebakaran dalam kereta

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 15

Kredit gambar: DMS Tuners

Anggap ‘wiring harness’ kereta seperti sistem saraf badan anda. Hanya satu kesilapan berpotensi untuk ‘melumpuhkan’ kereta anda.

Apabila menukar transmisi, ambil langkah paling berhati-hati dengan ‘wiring harness’ kereta anda. Hanya kerana sambungan ‘shifter’ automatik anda tidak lagi digunakan, jangan ditanggalkan begitu saja tanpa bertanya pada mekanik bengkel anda. Ini kerana menanggalkan macam-macam jenis pendawaian boleh mengakibatkan masalah lebih besar di kemudian hari.

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 16

Malah, memotong dan menyambungkan wayar adalah tidak disarankan – melainkan ia dilakukan dengan betul. Bengkel yang sanggup meluangkan masa untuk memotong wayar dengan teliti dan betul menunjukkan tahap pengalaman bengkel tersebut.

Kalau nak lagi selamat, cari bengkel yang pernah menjalankan kerja-kerja ‘conversion’ pada model serupa dengan kereta anda supaya mereka tahu perkara-perkara yang patut dielakkan.

Namun, jika berkemampuan, anda boleh langkaui langkah ini dengan membeli ‘half-cut’ dan pada masa sama, jangan kedekut.

Usah biarkan keterujaan merosakkan kereta anda

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 17

Kredit gambar: Unsplash

Bagi membuahkan hasil yang baik, usah tergesa-gesa dan buat kerja dengan teliti. Ya, anda mungkin dah terlalu teruja dan seronok untuk ‘convert’ kepada manual, tapi jangan gesa bengkel anda untuk siapkan kereta cepat-cepat.

Biarkan orang bengkel anda buat kerja dengan aman dan tenang supaya hasilnya lebih sempurna. Semakin elok hasilnya, semakin kuranglah kunjungan anda ke bengkel untuk baiki benda yang rosak, duit pun jimat.

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 18

Satu lagi masalah yang boleh terjadi ialah berkenaan klac ganti (replacement clutch). Bagi kereta Eric, proses mencari kit klac bukanlah satu perkara mudah seperti yang dijangkakan kerana keretanya tidak pernah ditawarkan sebagai manual di Malaysia.

Satu-satunya pilihan yang ada adalah untuk mengimpot klac dari luar negara, dimana kos penghantarannya tinggi dan mungkin dikenakan cukai dalam perjalannya ke mari. Perkara yang sama berlaku untuk banyak kereta yang sudah diubah kepada manual, kerana pengganti klac tidak tersedia di kebanyakan stokis alat-ganti.

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 19

Seterusnya, benda-benda kecil seperti kluster meter. Beberapa kit penukaran manual tidak termasuk kluster meter. Walaupun ada yang tak kisah, tapi kadangkala, anda mungkin akan hadapi isu aneh, contohnya lampu ‘shift’ berkelip.

Nak ‘convert’ kereta auto kepada manual? Belajar dari kesilapan ini 20

Bagi Eric pula, selepas beberapa tahun memandu dengan transmisi baru ini dan ECU yang ‘gila’, dia akhirnya memilih ‘half-cut’ penuh untuk selesaikan masalah. Bukan sahaja ia menyelesaikan masalah perolehan klac, ia juga memberi sedikit peningkatan kuasa pada keretanya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda