window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak beli Hyundai Kona 2021? Ini gaji bulanan minimum yang diperlukan

Mersita Β· Apr 27, 2021 09:00 AM

Nak beli Hyundai Kona 2021? Ini gaji bulanan minimum yang diperlukan 01

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini telah memperkenalkan Hyundai Kona 2021 facelift baharu di pasaran negara kita. Cuma ada 2 varian yang boleh didapati dengan harga bermula dari RM 119,888 untuk varian Standard hingga RM 136,888 untuk Active.

Kali ini, kami akan tolong kirakan pendapatan bulanan minimum yang diperlukan sebelum anda pohon pinjaman untuk Kona baharu ini. Rujukan harga untuk kiraan bayaran bulanan ini adalah dari laman sesawang rasmi Hyundai Malaysia.

Nak beli Hyundai Kona 2021? Ini gaji bulanan minimum yang diperlukan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga bersih yang perlu disediakan pembeli selalunya bergantung kepada beberapa faktor seperti penyedia insurans yang digunapakai, diskaun yang diberi pengedar, aksesori yang anda pilih, dan macam-macam lagi.

Nak beli Hyundai Kona 2021? Ini gaji bulanan minimum yang diperlukan 01

Panduan kami adalah untuk memberi gambaran tentang kadar gaji minimum yang disarankan serta anggaran asas bagi bayaran bulanan.

Baca juga: Hyundai Kona facelift 2021 dilancarkan – enjin SmartStream G2.0 + CVT, bermula RM 119,888!

Nak beli Hyundai Kona 2021? Ini gaji bulanan minimum yang diperlukan 02

Hyundai Kona varian Standard

Berapakah gaji bulanan minimum diperlukan untuk Kona baru?

Kona varian standard berharga RM 119,888. Dengan bayaran pendahuluan/downpayment 10 peratus dan kadar faedah 2.27 peratus bagi pinjaman 9 tahun, bayaran bulanannya adalah sekitar RM 1,200.

Jika diambil kira garis panduan yang disarankan, anda tidak seharusnya menggunakan lebih dari 20 peratus daripada pendapatan bulanan anda untuk membayar bayaran bulanan kereta. Oleh itu, gaji bersih minimum yang diperlukan untuk membeli sebuah Kona Standard adalah RM 6,000 sebulan.

Nak beli Hyundai Kona 2021? Ini gaji bulanan minimum yang diperlukan 03

Ruang dalaman Hyundai Kona Active

Kona Active pula dijual pada harga RM 136,888. Dengan stuktur pinjaman dan kadar faedah seperti di atas, bayaran bulanannya adalah sekitar RM 1,370.

Oleh itu, gaji bersih minimum anda haruslah sekurang-kurangnya RM 6,900 sebulan.

Nak beli Hyundai Kona 2021? Ini gaji bulanan minimum yang diperlukan 04

Ruang dalaman Hyundai Kona Standard

Ditambah lagi dengan kos insurans, servis/penyelenggaraan, tayar, dan kos-kos penjagaan lain; perbelanjaan bagi kereta anda haruslah maksima 30 peratus daripada gaji bulanan anda.

Berikut adalah bayaran bulanan untuk Hyundai Kona 2021 baharu bagi tempoh pinjaman 5, 7, dan 9 tahun. Kadar yang disenaraikan sudahpun mengambil kira bayaran pendahuluan 10 peratus serta kadar faedah 2.27 peratus.

Bayaran bulanan untuk pinjaman 5 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
Kona Standard RM 119,888 2,000
Kona Active RM 136,888 2,290

 

Bayaran bulanan untuk pinjaman 7 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
Kona Standard RM 119,888 1,490
Kona Active RM 136,888 1,700

 

Bayaran bulanan untuk pinjaman 9 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
Kona Standard RM 119,888 1,200
Kona Active RM 136,888 1,370

Pastinya tempoh pinjaman pendek 5 tahun sentiasa dianggap sebagai pilihan paling bijak kerana anda tidak perlu membayar faedah/bunga terlalu banyak.

Namun, perlu diingatkan yang kadar faedah sentiasa berubah-ubah. Misalnya, keadaan ekonomi negara yang kini sedang dalam fasa pemulihan memaksa kadar faedah menjadi lebih rendah daripada yang sebelumnya.

Nak beli Hyundai Kona 2021? Ini gaji bulanan minimum yang diperlukan 05

Kami sarankan supaya anda periksa kadar faedah terkini yang ditawarkan oleh pelbagai bank yang ada.

Di sini kami ada sediakan perbandingan ringkas untuk kadar bayaran bulanan antara Hyundai Kona, Proton X50, dan Honda HR-V.

Perbandingan bayaran bulanan
Model Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
Hyundai Kona Active 136,888 1,370
Proton X50 1.5T Flagship 103,300 1,040
Honda HR-V V 118,582 1,190

*Harga anggaran yang disenaraikan dikira dengan bayaran pendahuluan 10 peratus serta kadar faedah 2.27 peratus untuk pinjaman bertempoh 9 tahun.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda