Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya?
Zamil Syaheer · Jul 4, 2021 06:00 PM
0
0
Sama ada di Malaysia atau di tempat lain, sebelum anda garu kepala nak pilih varian dan warna apa, mesti ada satu keputusan yang anda perlu buat (jika pilihan ini ada), iaitu memilih jenis badan.
Selalunya, ia diantara dua pilihan ini - hatchback atau sedan? Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan yang akan kami kongsikan untuk membantu anda mencari kereta yang sesuai dengan anda.
Pengalaman pemanduan – hatchback tak semestinya sporty
Dengan garisan bumbung yang lebih ‘bebas’ dan ‘proportion’ yang padat, hatchback umumnya kelihatan lebih sporty daripada versi sedan. Anda boleh lihat beza Yaris dan Vios seperti di atas.
Tetapi entah bagaimana, banyak yang ingat bahawa hatchback = ditala dengan lebih agresif. Maaf, ini tidak benar sama sekali. Model dengan pilihan badan hatchback dan sedan selalunya rasa lebih kurang sama sahaja ketika dipandu.
Kecuali ada beberapa perbezaan kecil diantara kedua-dua jenis badan ini…
Manuver - Hatchback lebih senang untuk parkir
Ada sebab mengapa kereta rali terkini semuanya menggunakan bentuk badan hatchback - dimensi yang lebih kompak membuatkannya lincah untuk dipandu.
Okeylah, anda bukannya nak beli kereta rali (melainkan geran anda menyebut 'Toyota GR Yaris') tetapi prinsip yang sama diturunkan kepada kereta biasa.
Overhang yang (biasanya) lebih pendek menyebabkan anda tidak perlu teragak-agak semasa memandu, kerana bahagian belakang berhenti sekali dengan cermin. Ini sangat berguna dalam kebanyakan situasi, terutama ketika sedang parkir secara mengundur.
Sebaliknya pula dengan sedan. Bagi pemandu baru, mereka selalunya akan berasa sedikit kekok sekiranya berada dalam situasi yang sedikit mencabar. Namun, ini juga subjektif kerana beberapa model seperti Honda City GM2 mempunyai overhang depan yang agak panjang, untuk standard sedan segmen B.
Keterlihatan - Lebih banyak cermin, lebih senang nak tengok
Lihat pada belakang Honda City Hatchback dan Toyota Yaris. Mereka mengikuti resipi hatchback tradisional dimana ianya lebih tegak daripada sedan. Ini membolehkan reka bentuk cermin belakang yang lebih besar, memberikan anda pandangan yang lebih baik dari cermin pandang belakang.
Walaupun pengelap belakang hatchback nampak lebih elok ketika hujan, ada alasan mengapa hatchback memerlukannya. Oleh kerana bentuknya yang lebih ‘petak’, aliran udara lebih bergolak di bahagian belakang, menyebabkan lebih banyak air dan serpihan terlekat di cermin belakang.
Namun begitu, hatchback mempunyai ruang bukaan yang jauh lebih luas. Jadi anda boleh ‘sumbat’ pelbagai jenis barang bersaiz pelik tanpa sebarang masalah.
Kebanyakan hatchback juga lebih tinggi daripada sedan, menawarkan ruang kepala yang lebih baik untuk mereka yang berada di belakang atau lebih banyak ruang untuk barang yang lebih tinggi. Duo City / City Hatchback adalah contoh, dimana hatchback 21 mm lebih tinggi daripada yang sedan
Dan jangan lupa, jika ada kemudahan seperti tempat duduk lipat atau tempat duduk ULTRA Honda, maka semua ruang itu dapat digunakan dengan lebih baik.
Mengenai harga, akan ada perbezaan antara hatchback dan sedan. Namun, ini berdasarkan model-ke-model dan bukan hanya kerana gaya badan individu.
Dari segi spesifikasi, kebanyakan kereta di pasaran hari ini cukup mantap ketika dalam bab keselesaan dan ciri keselamatan.
Konklusi – Tepuk dada, tanya selera
Selain daripada perbezaan kecil, kedua-dua gaya badan menawarkan faedah yang serupa. Anda boleh mengatakan bezanya terletak kepada gaya, tetapi itu subjektif dan anda tahu selera anda masing-masing.
Keputusan akhirnya terletak pada anda - fikirkan mengapa anda membeli kereta tersebut, melihat faedah kedua-duanya, pandu uji (apabila ia dibenarkan) dan cuba mengelakkan diri daripada menandatangani pinjaman 9 tahun.
Tetapi tunggu, masih ada lagi! Ketika anda menyangka anda dimanjakan dengan pelbagai pilihan terkini, akan ada lebih banyak model baru yang akan datang. Pasaran kereta baru akan terus bertambah dengan pengealan beberapa model baru dan facelift pada separuh kedua tahun ini.
Inilah beberapa hatchback dan sedan yang boleh kita nantikan:
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.