window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya?

Zamil Syaheer · Jul 4, 2021 06:00 PM

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 01

Sama ada di Malaysia atau di tempat lain, sebelum anda garu kepala nak pilih varian dan warna apa, mesti ada satu keputusan yang anda perlu buat (jika pilihan ini ada), iaitu memilih jenis badan.

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 02

Toyota Yaris dan Toyota Vios - muka depan sama, belakang yang berbeza.

Selalunya, ia diantara dua pilihan ini - hatchback atau sedan? Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan yang akan kami kongsikan untuk membantu anda mencari kereta yang sesuai dengan anda.

Pengalaman pemanduan – hatchback tak semestinya sporty

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 03

Yaris (atas), Vios (bawah)

Dengan garisan bumbung yang lebih ‘bebas’ dan ‘proportion’ yang padat, hatchback umumnya kelihatan lebih sporty daripada versi sedan. Anda boleh lihat beza Yaris dan Vios seperti di atas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan?

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 01

Tetapi entah bagaimana, banyak yang ingat bahawa hatchback = ditala dengan lebih agresif. Maaf, ini tidak benar sama sekali. Model dengan pilihan badan hatchback dan sedan selalunya rasa lebih kurang sama sahaja ketika dipandu.

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 02

Ini Civic hatchback atau sedan? Boleh bagitahu?

Kecuali ada beberapa perbezaan kecil diantara kedua-dua jenis badan ini…

Manuver - Hatchback lebih senang untuk parkir

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 03

Ada sebab mengapa kereta rali terkini semuanya menggunakan bentuk badan hatchback - dimensi yang lebih kompak membuatkannya lincah untuk dipandu.

Okeylah, anda bukannya nak beli kereta rali (melainkan geran anda menyebut 'Toyota GR Yaris') tetapi prinsip yang sama diturunkan kepada kereta biasa.

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 04

Perodua Axia - 525 mm lebih pendek dari Perodua Bezza

Overhang yang (biasanya) lebih pendek menyebabkan anda tidak perlu teragak-agak semasa memandu, kerana bahagian belakang berhenti sekali dengan cermin. Ini sangat berguna dalam kebanyakan situasi, terutama ketika sedang parkir secara mengundur.

Juga baca: Memparkir kereta anda: Alih ke “P” atau tarik brek tangan dahulu?

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 05

Minat nak beli? Jom baca panduan kami.

Sebaliknya pula dengan sedan. Bagi pemandu baru, mereka selalunya akan berasa sedikit kekok sekiranya berada dalam situasi yang sedikit mencabar. Namun, ini juga subjektif kerana beberapa model seperti Honda City GM2 mempunyai overhang depan yang agak panjang, untuk standard sedan segmen B.

Keterlihatan - Lebih banyak cermin, lebih senang nak tengok

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 06

Honda City Hatchback. Nampak cermin belakang dia 'wrap around' bahagian di separuh bahagian bonet. Imej dari Autofun.co.th

Lihat pada belakang Honda City Hatchback dan Toyota Yaris. Mereka mengikuti resipi hatchback tradisional dimana ianya lebih tegak daripada sedan. Ini membolehkan reka bentuk cermin belakang yang lebih besar, memberikan anda pandangan yang lebih baik dari cermin pandang belakang.

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 07

Walaupun pengelap belakang hatchback nampak lebih elok ketika hujan, ada alasan mengapa hatchback memerlukannya. Oleh kerana bentuknya yang lebih ‘petak’, aliran udara lebih bergolak di bahagian belakang,  menyebabkan lebih banyak air dan serpihan terlekat di cermin belakang.

Juga baca: Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu?

Ruang but – Hatchback ‘lebih luas’ daripada apa yang anda fikirkan

 

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 08

Ruang but Mazda 3 Sedan: 444 liter (atas)
Ruang but Mazda 3 Liftback: 295 liter (bawah)

Dalam bab ini, dan memang ketara, ruang but sedan jauh lebih besar TANPA perlu menurunkan tempat sandar kerusi belakang.

Juga baca: Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona?

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 09

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 10

Perodua Myvi serba boleh, dah nama pun 'supercar'.

Namun begitu, hatchback mempunyai ruang bukaan yang jauh lebih luas. Jadi anda boleh ‘sumbat’ pelbagai jenis barang bersaiz pelik tanpa sebarang masalah.

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 11

City Hatchback - tinggi 1,481 mm, manakala sedan pula 1,467 mm

Kebanyakan hatchback juga lebih tinggi daripada sedan, menawarkan ruang kepala yang lebih baik untuk mereka yang berada di belakang atau lebih banyak ruang untuk barang yang lebih tinggi. Duo City / City Hatchback adalah contoh, dimana hatchback 21 mm lebih tinggi daripada yang sedan

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 12

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 13

Tempat duduk ULTRA pada City Hatchback

Dan jangan lupa, jika ada kemudahan seperti tempat duduk lipat atau tempat duduk ULTRA Honda, maka semua ruang itu dapat digunakan dengan lebih baik.

Juga baca: Honda Jazz kini tular dengan praktikaliti tempat duduk ULTRA Seat!

Harga – perbezaan yang tidak terlalu ketara

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 14

Proton Iriz

Mengenai harga, akan ada perbezaan antara hatchback dan sedan. Namun, ini berdasarkan model-ke-model dan bukan hanya kerana gaya badan individu.

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 15

Mazda 2 Hatchback

Dari segi spesifikasi, kebanyakan kereta di pasaran hari ini cukup mantap ketika dalam bab  keselesaan dan ciri keselamatan.

Konklusi – Tepuk dada, tanya selera

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 16

Selain daripada perbezaan kecil, kedua-dua gaya badan menawarkan faedah yang serupa. Anda  boleh mengatakan bezanya terletak kepada gaya, tetapi itu subjektif dan anda tahu selera anda masing-masing.

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 17

Keputusan akhirnya terletak pada anda - fikirkan mengapa anda membeli kereta tersebut, melihat faedah kedua-duanya, pandu uji (apabila ia dibenarkan) dan cuba mengelakkan diri daripada menandatangani pinjaman 9 tahun.

Juga baca: Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78'

Bonus - Apa yang akan datang ke Malaysia 2021?

Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya? 18

Imej daripada @irizians

Tetapi tunggu, masih ada lagi! Ketika anda menyangka anda dimanjakan dengan pelbagai pilihan terkini, akan ada lebih banyak model baru yang akan datang. Pasaran kereta baru akan terus bertambah dengan pengealan beberapa model baru dan facelift pada separuh kedua tahun ini.

Inilah beberapa hatchback dan sedan yang boleh kita nantikan:

Ini adalaah senarai yang tidak lengkap. Untuk yang lain - termasuk SUV dan semua - klik pautan biru kecil ini.

 

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda