window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k!

Faisal · Apr 25, 2021 02:00 PM

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 01

Di Malaysia, sedan segmen B merupakan pilihan mutlak untuk ibu dan ayah yang ingin membelikan kereta pertama buat anak mereka. Antara kriteria yang sering diutamakan ialah boleh dipercayai dan tidak mendatangkan masalah. Senang cerita, tidak menyusahkan.

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 02

Tetapi hari ini, sedan segmen B hadir dengan pelbagai unsur yang menarik. Antaranya seperti ADAS dan interior yang mengagumkan. Malah, tidak keterlaluan untuk kami mengatakan bahawa sedan segmen B hari ini sememangnya kereta yang betul-betul berkualiti berbanding dulu. Jadi untuk harga dibawah RM 100,000, model manakah yang paling bagus?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pakej yang paling mengejutkan kami

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 01

Kacak kan?

Bagi anda yang belum tahu, Nissan Almera cukup padu. Kami sendiri cukup terpegun dengan generasi terbaru ini. Malah, sedan ini adalah pilihan kegemaran kami sendiri untuk Anugerah Kereta Terbaik Tahun 2020 sehinggakan kami tidak kisah untuk gunakannya setiap hari.

Juga bacaNissan Almera N18 baru sangat padu, tapi kenapa ramai beli Honda City dan Toyota Vios?

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 02

Antara perkara yang mengagumkan kami mengenai Nissan Almera ialah pada aspek perhalusan, keselesaan kerusi, dan pemanduan. Walaupun kuasa enjinnya agak kekurangan, tujahan tork oleh pengecas turbo yang dihasilkan membuatkan pemanduan harian dan memotong terasa senang. Pada masa yang sama, pengendaliannya cukup ‘steady’. Ditambah pula dengan kadar penggunaan minyak yang kami peroleh serendah 5.8 liter/100 km dan kesenyapan kabin serendah 66 dB pada kelajuan 90 km/j, Nissan Almera seperti di dalam kelas yang tersendiri. Malah, tidak keterlaluan untuk kami katakan bahawa Almera adalah kereta yang paling cantik di kelas ini.

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 03

Enjin 1.0L turbo 3 silinder yang cukup gagah.

Namun begitu, ia tidak hadir dengan sokongan Android Auto. Jadi, pengguna telefon pintar jenis Android hanya boleh bergantung pada Bluetooth sahaja. Di samping itu, sentuhan warna dwi-tona yang cantik pada bahagian dalam boleh menampakkan kekotoran dengan mudah. Tetapi perkara yang paling menghampakan kami mengenai Almera ialah namanya. Nama ini cukup ‘legend’ di Malaysia tetapi Almera yang dulu tidak bagus langsung. Disebabkan itu, Almera yang baru ini berhak untuk dapat nama yang baru (seperti Pulsar ataupun Versa) kerana ia sememangnya bagus.

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 04

Saingan abadi

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 05

Nampak agak gemok kalau tiada kit badan Modulo.

Di tangga yang kedua ialah Honda City. Ia sering menjadi pilihan utama oleh rakyat kerana pakejnya cukup lengkap. Sedan ini memberikan segala keperluan yang diharapkan oleh pengguna. Malah, ia amat mudah untuk dijaga. Seperti Almera, City juga hadir dengan casis yang cukup ‘steady’ walaupun ia sedikit lembut.

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 06

Tetapi apa yang Honda City betul-betul tapau Nissan Almera ialah dari segi susunan kabin - antara kekuatan utama Honda. Kabin Honda City mempunyai pelbagai tempah menyimpan dan meletak barang. Dengan kesenyapan kabin serendah 68 dB pada 90 km/j, perjalanan jauh juga seperti bersantai sahaja.

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 07

Untuk jenis aspirasi natural, agak bagus tapi enjin Almera lebih lancar.

Apa yang buatkan ia kecundang dengan Almera ialah pada aspek trenkuasa (spec V). Enjin 1.5L aspirasi natural yang didatangkan pada Honda City perlu bekerja keras untuk meningkatkan kelajuan ataupun memotong. Sebagai perbandingan, anda hanya perlu menekan minyak sedikit sahaja kalau memandu Nissan Almera kerana tenaga yang ada pada enjin turbonya cukup banyak. Menariknya, Honda City tidak menjimatkan minyak seperti Nissan Almera yang mana ia mencatatkan bacaan penggunaan minyak sebanyak 6.3 liter/100 km pada ujian kami.

Juga bacaKebaikan & Keburukan: Honda City 1.5V – paling luas di segmen tapi tiada AEB?

Untuk mereka yang menggemari elemen sporty

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 08

Penampilan yang paling agresif diantara ketiga-tiga saingan.

Toyota Vios pula adalah pilihan yang mutlak di segmen ini. Jadi, kenapa ia ditangga ketiga? Bagi kami, sedan ini kekurangan inovasi. Ia seperti terlalu konservatif dan tidak begitu berani. Tiada apa yang menyerlah mengenai elemen yang ditonjolkan oleh Toyota Vios.

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 09

Dengan Nissan dan Honda yang bertungkus-lumus untuk mengetengahkan teknologi trenkuasa (turbo ataupun hibrid), Toyota tetap kekal dengan teknologi yang terbukti sejak turun temurun. Kesannya, gabungan enjin 1.5L aspirasi natural dan transmisi CVT seperti tidak responsif langsung. Apa yang peliknya, format trenkuasa yang sama turut digunakan pada Honda City tetapi ia tidakpun semalas ini. Apa yang lebih mengecewakan ialah kadar penggunaan minyak yang mana berdasarkan ujian kami, Toyota Vios mencatatkan bacaan sebanyak 6.8 liter/100 km.

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 10

Beralih ke bahagian interior pula, Toyota Vios seperti di zaman purba kalau dibandingkan dengan kabin Nissan Almera dan Honda City. Sentuhan GR-S tidak dinafikan menaikkan suasana di bahagian dalam tetapi ia seperti tidak cukup. Malah, sterengnya juga tiada ciri pelarasan telekskopik.

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 11

Pengendalian yang padu, pemanduan yang selesa.

Namun demikian, Toyota Vios (GR-S) bangkit semula dalam aspek pemanduan dan pengendalian. Ia sebenarnya yang terbaik diantara ketiga-tiga saingan ini. Kalau Almera dan City lebih meletakkan fokus terhadap keselesaan, Vios pula lebih kepada arah sporty. Menariknya, ia tetap empuk untuk pemanduan harian. Kalau anda memang pentingkan pengalaman pemanduan, VIos GR-S adalah pilihan terbaik di kelas ini.

Juga bacaRebiu: Toyota Vios GR-Sport 2020 - juara kendalian pemanduan dalam kelasnya!

Konklusi

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 12

Nissan Almera, Honda City dan Toyota Vios adalah bukti betapa bagusnya sedan segmen B hari ini. Dahulunya hanya sebagai pengangkutan dari titik A ke B tetapi kini dinaikkan taraf kepada sesuatu yang canggih dan serba boleh. Untuk harga dibawah RM 100k, ketiga-tiga calon ini memberikan pengalaman pemilikan yang tidak memeningkan kepala langsung.

Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k! 13

Seperti yang kami maklumkan, Nissan Almera adalah calon kegemaran kami sendiri tetapi pilihan juga tertakluk pada citarasa masing-masing. Oleh itu, anda digalakkan mencuba ketiga-tiga saingan ini untuk tentukan yang mana paling sesuai dengan jiwa anda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda