Untuk memudahkan pengiraan, kami akan gunakan kadar faedah sebanyak 2.27% dan bayaran pendahuluan sebanyak 10%.
Untuk itu, bayaran bulanan minimum yang diperlukan ialah RM 1,312,33. Tetapi, pengiraan ini adalah untuk varian G mengikut tempoh pinjaman selama 9 tahun.
Berdasarkan nasihat umum yang menyarankan pembeli untuk membayar kereta tidak melebihi 20% dari gajibulanan, anda seharusnya bergajikan sekurang-kurangnya RM 6,561,65 sebulan.
Bayaran bulanan yang paling mahal sekalipun adalah untuk varian V dengan tempoh pinjaman selama 5 tahun. Untuk ini pula, bayaran bulanan yang diperlukan ialah RM 2,311.50. Umumnya, tempoh pinjaman yang pendek memerlukan gaji bulanan yang lebih tinggi sebagai syarat pelepasan pinjaman dari pihak bank.
Bayaran bulanan untuk pinjaman 5 tahun
Varian
Harga (RM)
Bayaran bulanan (RM)
1.8 G
124,000
2,139.00
1.8 V
134,000
2,311.50
Bayaran bulanan untuk pinjaman 7 tahun
Varian
Harga (RM)
Bayaran bulanan (RM)
1.8 G
124,000
1,607.57
1.8 V
134,000
1,737.21
Bayaran bulanan untuk pinjaman 9 tahun
Varian
Harga (RM)
Bayaran bulanan (RM)
1.8 G
124,000
1,312.33
1.8 V
134,000
1,418.17
Setakat manakah bezanya komitmen bulanan Toyota Corolla Cross berbanding pesaing?
Untuk ini, kami akan meletakkan fokus untuk perbandingan varian teratas.
Harga Toyota Corolla Cross hampir serupa dengan Subaru XV. Bertuahnya, Subaru XV bukanlah SUV yang popular di Malaysia, Jadi, tiada apa yang perlu Toyota Corolla Cross risaukan.
Bagi anda yang belum tahu, Subaru XV adalah pilihan terbaik untuk mereka yang perlukan SUV AWD. Namun demikian, Toyota Corolla Cross menawarkan lebih praktikaliti dengan ruang but belakang yang lebih besar daripada Subaru XV (perbezaan sebanyak 100 liter).
Apa yang lebih menarik dari segi harga dan bayaran bulanan ialah Honda HR-V RS.
Namun begitu, Honda HR-V yang ada di pasaran Malaysia sekarang adalah model yang dibangunkan pada tahun 2013. Toyota Corolla Cross pula baru sahaja dibangunkan tahun lepas.
Apapun, bayaran bulanan Toyota Corolla Cross sebenarnya RM 300 lebih daripada Honda HR-V. Tambahan RM 300 untuk sebuah SUV yang serba baru dengan teknologi yang paling terkini? Renung-renungkanlah.
Bayaran bulanan untuk tempoh pinjaman 7 tahun
Varian
Harga (RM)
Bayaran bulanan (RM)
Mazda CX-30 High 2WD
159,109
2,062.73
Toyota Corolla Cross 1.8 V
134,000
1,737.21
Subaru XV GT
133,788
1,734.47
Proton X70 Premium X
122,800
1,592.01
Honda HR-V RS
118,581
1,537.32
Kemudiannya, kita ada Proton X70, antara SUV yang paling popular di Malaysia kerana harga dan spesifikasi yang luar biasa.
Untuk perbandingan varian tertinggi, bayaran bulanan diantara Corolla Cross dan Proton X70 hanya berbeza sebanyak RM 200.
Namun begitu, harga Proton X70 Premium X sebenarnya lebih dekat dengan harga Toyota Corolla Cross 1.8 G.
Jika dibandingkan dengan Mazda CX-30, walaupun untuk varian paling rendah (2WD High), anda perlu menambah RM 400 setiap bulan.
Konklusi
Dengan hadirnya ia di pasaran Malaysia, Toyota Corolla Cross dapat bersaing dengan SUV dari kedua-dua segmen B dan C sekaligus. Varian permulaan sahaja sudah bersaing terus dengan SUV popular seperti Proton X70.
Walaupun sambutan Toyota RAV4 dan C-HR yang lalu tidak berapa menggalakkan di pasaran Malaysia, impak yang diberi oleh Corolla Cross terbukti berbeza. Tidak sampai seminggu dilancarkan, model CBU telah dilaporkan habis licin. Kalau anda berminat, tempahan yang boleh dibuat sekarang hanyalah untuk model CKD.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.