Pada zaman sekarang, terdapat pelbagai laman yang mengiklankan kereta-kereta terpakai. Di samping bersaing untuk berikan tawaran yang paling menarik, mereka juga menyenaraikan pelbagai pilihan yang berpandukan kriteria jenama, model, ataupun usia.
Juga baca: 6 kereta manual terpakai āsting akuā yang boleh dibeli di Malaysia dengan harga murah
Bagi anda yang belum tahu, pembeli kereta terpakai dapat menikmati kadar susut harga yang lebih rendah, lebih-lebih lagi kalau kereta itu berusia lebih dari 5 tahun (harga jatuh mendadak sebab waranti dari kilang sudah tamat).
Selepas tempoh itu, baki harga kereta akan stabil. Namun begitu, mencari kereta terpakai yang mempunyai āconditionā baik dan dijaga rapi bukanlah perkara yang mudah.
Oleh itu, amat penting untuk anda membuat kaji selidik terlebih dahulu. Kalau anda teliti iklan dengan lebih mendalam, anda akan perasan bahawa banyak yang anda boleh tahu terus.
Dengan itu, mari kami tunjukkan beberapa contoh yang baik untuk anda kenal pasti kereta terpakai yang dijamin dalam keadaan yang baik.
1. Kereta diparkir bawah bumbung
Melihat pada iklan ini, kita boleh tahu bahawa penjualnya meletakkan kereta di kawasan teduh. Aspek ini sahaja cukup untuk memberitahu anda bahawa kereta ini jarang terdedah kepada sinaran matahari. Jadi, warna dan bahagian badannya berkemungkinan ātak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasā.
Secara tidak langsung, bahagian dalamnya akan kurang terdedah kepada sinaran UV. Disebabkan itu, bahan dan kemasan dalam kabinnya berkemungkinan masih dalam keadaan yang baik.
Juga baca: Panduan kereta terpakai - Macam mana nak periksa saman kereta?
2. Bahagian dalam nampak baru
Toyota Camry yang diiklankan ini turut memperlihatkan bahagian kabin yang jelas dijaga dengan rapi. Papan pemuka dan panel pintunya nampak bersih. Malah, kemasan kulit pada kerusi juga masih tidak koyak ataupun lusuh.
Kalau anda perasan, pemilik ini juga mengenakan pelapik tambahan pada bahagian tempat duduk untuk melindungi permukaan daripada kotor ataupun buruk.
Juga baca: Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class!
3. Penjual berikan gambar yang jelas dan pelbagai
Usaha penjual dalam berikan gambaran yang menarik dan jelas boleh menarik ramai pembeli. Lagipun, tiada apa yang perlu diselidungkan, bukan?
Kalau anda lihat, penjual ini turut lampirkan gambar buku manual dan servis. Perkara ini meyakinkan pembeli kerana ia seolah-olah baru keluar dari kilang. Walau bagaimanapun, iklan ini tidak tunjukkan gambar enjin dan bonet. Kedua-dua gambar ini sebenarnya cukup penting.
Juga baca: Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai!
4. Penerangan yang ringkas dan jelas
Berpandukan iklan ini, anda boleh lihat bahawa penjual turut memberitahu bahawa ia diselenggara sepenuhnya oleh pusat servis Toyota. Jadi, rekod penjagaan boleh dirujuk dengan mudah. Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh tahu apa yang telah diganti dan bagaimana kereta tersebut dijaga.
Sekiranya pemilik asal tidak rujuk ke pusat servis Toyota sekalipun, sekurang-kurangnya rekod servis yang penuh kena ada jikalau anda betul-betul mahu beli kereta terpakai yang cun.
Juga baca: Penjualan kereta terpakai rancak walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan
5. Butiran pembelian kereta terpakai yang lengkap
Laman jualan kereta seperti Carsome sentiasa mencari dan mengiklankan kereta terpakai yang berada dalam keadaan yang baik. Oleh itu, anda tidak perlu risau atau bersusah-payah untuk menyiasat satu-persatu.
Tambahan pula, harga yang tertera adalah tetap dan termasuk segala kos yang diperlukan. Jadi, anda jelas akan segala cas yang dikenakan sebelum membawa pulang kereta tersebut.
Juga baca: Berhati-hati dengan cas-cas tersembunyi apabila membeli kereta terpakai!
Tidak cukup dengan itu, setiap kereta yang tersenarai turut dilampirkan dengan segala butiran teknikal yang penting (perbatuan, keadaan, dan kelengkapan ciri yang ada). Pembeli juga boleh melihat kereta tersebut secara 360-darjah tanpa perlu ke tempat itu.
Juga baca: 5 hatchback āpaduā yang boleh dibeli di Malaysia tanpa menelan kos anda
Apa yang lain pada Carsome juga adalah pemberitahuan mengenai komponen yang kurang sempurna berdasarkan pemeriksaan 175-mata yang wajib dijalankan untuk setiap kereta yang disenaraikan.
Integriti dan ketelusan sebegini bermakna anda tahu apa yang bakal anda dapat setelah membeli kereta tersebut. Tetapi usah risau kerana setiap pembelian akan disokong oleh waranti selama 1 tahun.
Juga baca: Kami mahu orang ramai tidak sabar untuk membeli kereta terpakai, kata Ketua Pegawai Eksekutif Carsome