window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak cari SUV lasak 7 penumpang tapi bosan dengan Toyota Fortuner? Apa kata cuba Ford Everest!

Faisal Β· Mar 7, 2023 09:00 AM

Nak cari SUV lasak 7 penumpang tapi bosan dengan Toyota Fortuner? Apa kata cuba Ford Everest! 01

Model pra-facelift sewaktu sesi pandu uji media di Thailand.

Istilah bosan kalau dah ramai sangat yang pakai sesuatu kereta itu pasti ada dalam kalangan pembeli, lebih-lebih lagi untuk model popular macam Toyota Fortuner. Dalam pasaran SUV lasak 7 tempat duduk di Malaysia, takkanlah pembeli ada pilihan itu sahaja?

Nak cari SUV lasak 7 penumpang tapi bosan dengan Toyota Fortuner? Apa kata cuba Ford Everest! 02

Kalau anda betul-betul ingat, pasaran kita sebenarnya ada Ford Everest dan sekarang ini, model facelift generasi dahulu tahun 2019 misalnya sudah boleh dibeli pada harga serendah RM 167k sahaja. Sewaktu baru dahulu, SUV ini dijual pada harga RM 258,888.

Nak cari SUV lasak 7 penumpang tapi bosan dengan Toyota Fortuner? Apa kata cuba Ford Everest! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari segi teknikal, Ford Everest facelift varian atas iaitu Titanium menggunakan enjin 2.0L Bi-turbodiesel (213 PS, 500 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan. Bunyi macam gempak kan? Kalau dilihat secara am, ia memang sehebat Ford Ranger. Bercakap mengenai Ford, pembeli juga dijamin dengan kualiti pemanduan dan tahap keselesaan di kelas lebih atas berbanding Toyota Fortuner.

Nak cari SUV lasak 7 penumpang tapi bosan dengan Toyota Fortuner? Apa kata cuba Ford Everest! 01

Pada masa yang sama, Ford Everest juga mempunyai kelengkapan yang tinggi dan mewah. Antara ciri yang ada termasuklah sokongan Apple CarPlay/Android Auto, but belakang berkuasa, pelaras tempat duduk jenis elektrik, bumbung suria, audio 10 pembesar suara dan amaran titik buta. Yang paling menarik adalah sokongan soket plug 3 pin yang macam ada di rumah. Jadi, nak cas atau pakai peranti elektrik sewaktu berkelah di dalam hutan pun tiada masalah. Kalau tengok balik, Fortuner pun tiada ciri ini.

Nak cari SUV lasak 7 penumpang tapi bosan dengan Toyota Fortuner? Apa kata cuba Ford Everest! 02

Jadi, untuk anda yang berminat, bolehlah terus ke laman Carlist yang mana terdapat banyak Ford Everest facelift yang dijamin dalam keadaan baik. Kalau terjamin, barulah puas hati. Model pun β€˜rare’. Silap haribulan, pemilik Toyota Fortuner pun akan pandang anda sampai mata tak berkelip.

Juga baca2023 Ford Everest baharu dilancarkan - 2.0L Turbo, SUV 7-penumpang Amerika dari RM 263k!

@wapcar_adrian Malaysia jarang nampak Ford ni tapi Thailand banyak, kenapa ah πŸ€” #ReviewKereta #WapCar ♬ In Love With You - BLVKSHP

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Everest 2.0L Single turbo 4x2 6AT Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda