window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak Honda City generasi GM6 anda LEBIH sedap & mantap? Ini 5 tips mudah yang cukup padu!

Faisal · Nov 21, 2021 06:00 PM

Nak Honda City generasi GM6 anda LEBIH sedap & mantap? Ini 5 tips mudah yang cukup padu! 01

Honda City generasi GM6 sinonim dengan pakej yang cukup bergaya, praktikal dan berbaloi untuk dibeli. Dengan kawalan badan yang bagus (berat kurang dari 1,106 kg) dan enjin 1.5L (120 PS, 145 Nm) yang cukup bertenaga, City GM6 sebenarnya kereta yang agak syok untuk dipandu.

Secara amnya, kereta keluarga seperti ini meletakkan fokus pada aspek keselesaan. Disebabkan itu, ada banyak lagi ruang untuk membuatkannya lebih seronok untuk dipandu. Penambahan beberapa suntikan sebenarnya boleh membuatkan ia pergi dan kendali dengan lebih mantap.

Nak Honda City generasi GM6 anda LEBIH sedap & mantap? Ini 5 tips mudah yang cukup padu! 02

Foto.

Apapun, kami tidak sarankan untuk ubah suai City anda dan pandu dengan cara bahaya. Peningkatan yang bakal kami rungkaikan ini lebih untuk buatkan kereta anda lebih selamat dan mantap untuk dipandu di jalan raya dan litar dimana anda boleh mengeksploitasi kemampuan Honda City GM6 anda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Tukar ke tayar lebih elok

Nak Honda City generasi GM6 anda LEBIH sedap & mantap? Ini 5 tips mudah yang cukup padu! 01

Kuasa enjin segempak mana sekalipun, kalau tidak dapat dimanfaat dengan sebaiknya pun tiada guna kan? Kalau anda nak tahu, tayar adalah cara mudah yang paling mujarab untuk buat pemanduan kereta anda lebih mantap dan selamat. Cengkaman tayar yang bagus membolehkan anda pandu dengan lebih laju dan stabil, tidak kisahlah di jalan lurus, selekoh ataupun sewaktu memperlahankan kenderaan.

Dari kilang, Honda City GM6 dilengkapkan dengan tayar jenis mesra alam. Dengan menukar ke tayar lebih mencengkam seperti Bridgestone, Michelin dan Goodyear, pengendalian kereta anda juga akan lebih jitu dan selamat.

2. Naik taraf brek

Nak Honda City generasi GM6 anda LEBIH sedap & mantap? Ini 5 tips mudah yang cukup padu! 02

Kiri: Pad brek, Kiri: Hos brek keluli.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa menaik taraf brek boleh membuatkan kereta lebih cepat untuk melengkap satu pusingan litar, berbanding menambah kuasa enjin. Untuk makluman anda, brek yang lebih padu bermaksud kereta anda boleh berhenti dengan lagi kuat dan mengambil jarak yang lebih pendek.

Brek standard Honda City GM6 sebenarnya boleh diperhebatkan lagi dengan menukar talian brek ke jenis keluli (boleh elakkan daripada mengembang sewaktu brek ditekan kuat). Penggunaan pad brek berprestasi tinggi pula boleh tahan suhu cakera brek yang tinggi. Perkara ini secara tidak langsungnya memberikan prestasi pemberhentian yang konsisten.

3. Naik taraf suspensi

Nak Honda City generasi GM6 anda LEBIH sedap & mantap? Ini 5 tips mudah yang cukup padu! 03

City GM6 dengan suspensi 'lowered'.

Mempertingkatkan sistem suspensi Honda City GM6 anda juga akan memberikan kadar kestabilan yang lebih tinggi. Dalam masa yang sama, ia boleh memastikan tayar sentiasa lekat ke permukaan jalan. Di samping itu, lantunan badan kereta sewaktu mengambil selekoh juga dapat dikurangkan.

Walau bagaimanapun, menaik taraf suspensi dengan spring sport ataupun jenis coilover boleh mengurangkan kadar keselesaan kereta anda. Disebabkan itu, anda disarankan membuat sedikit kaji selidik mengenai pengeluar dan pakar suspensi. Antara jenama yang boleh dipercayai ialah TEIN dan Eibach.

Lagi satu, suspensi lebih keras tidak semestinya bermaksud kereta boleh pergi lagi laju. Keseimbangan sebenarnya adalah perkara yang paling penting dalam hal ini.

4. Kurangkan olengan badan (body-roll)

Nak Honda City generasi GM6 anda LEBIH sedap & mantap? Ini 5 tips mudah yang cukup padu! 04

ARB pada Honda City GM6. Kredit.

Menambah Anti-Roll Bar (ARB) boleh meningkatkan kestabilan dan mengurangkan gulungan badan kereta sewaktu anda mengambil selekoh. Secara teknikal, bar yang cukup kukuh dan keras ini akan mengurangkan rasa kereta bersandar di tepi setiap kali selekoh diambil.

Tetapi sama seperti suspensi, ia juga tidak boleh dibeli secara sembarangan. Lebih baik anda tanya pendapat dari mereka yang sudah guna terlebih dahulu.

5. Naik taraf penapis udara

Nak Honda City generasi GM6 anda LEBIH sedap & mantap? Ini 5 tips mudah yang cukup padu! 05

Penapis udara 'drop-in'. Foto.

Kali ini, barulah kita masuk bab kuasa. Penapis udara berprestasi tinggi membenarkan enjin untuk bernafas lebih lancar. Malah, tindak balas minyak juga akan menjadi lebih padu dan intuitif. Dalam pasaran, terdapat penapis udara jenis drop-in dan open-pod.

Untuk pengetahuan anda, sistem open-pod terbukti cukup berkesan dalam menambah kuasa enjin tetapi harganya juga agak mahal. Penapis drop-in pula lebih murah, lebih tahan dan mudah untuk diurus. Apapun, carilah dari jenama yang bertauliah seperti K&N ataupun Blitz.

Juga baca:

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai?

Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda