window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda

Mersita Ā· Feb 19, 2023 06:00 PM

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda 01

Proses tukar nama atau tukar hakmilik kenderaan selalunya dianggap menyusahkan dan makan masa kerana terpaksa berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Puspakom. Kebanyakan pemilik kereta akan berdepan situasi ini apabila mereka terpaksa menjual kereta milik sendiri yang sedia ada atau ketika membeli kereta baru daripada ā€˜sellerā€™/penjual persendirian.

Jika anda tukar atau ā€˜trade inā€™ kereta anda untuk membeli kereta baru, pemilik selalunya terlepas daripada hal ini kerana ā€˜dealerā€™ kereta terpakai/baru akan tukar nama kereta anda kepada nama syarikat buat sementara waktu sebelum ia dijual kepada pembeli lain. Kebanyakan kes beginilah prosesnya.

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda 02

Penjual selalunya harus menjalankan ā€˜Transfer of Ownershipā€™ atau Tukar Hakmilik apabila mereka terpaksa menjual kereta sendiri sedia ada kepada pembeli persendirian

Tapi, bagaimana pula jika anda mahu menjualnya sendiri? Usah risau, proses tukar nama tidaklah sesukar yang disangka dan terdiri daripada hanya 3 langkah asas. Ini boleh menjimatkan kos anda berbanding menggunakan khidmat ā€˜runnerā€™ atau ejen.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Langkah 1: Hantar kereta untuk pemeriksaan Puspakom

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda 01

Pemeriksaan Puspakom boleh mengambil masa 2 ā€“ 4 jam untuk siap

Proses menjual kereta anda atau tukar nama sebarang kereta haruslah dimulakan dengan pemeriksaan Puspakom. Puspakom adalah satu badan swasta yang melindungi pembeli daripada membeli kenderaan haram atau tidak selamat. Terdapat dua jenis pemeriksaan utama yang berkaitan dengan tukar hakmilik.

Pemeriksaan B5 Puspakom: Tiada bayaran ā€˜loanā€™/pinjaman tertunggak pada kenderaan terlibat. Pemeriksaan B5 wajib untuk proses tukar nama/tukar hakmilik. Ia melibatkan pemeriksaan enjin kereta, nombor chassis, dan ā€˜undercarriageā€™ selain memastikan tahap ā€˜tintedā€™ cermin kereta menepati syarat JPJ.

Kos Pemeriksaan B5 Puspakom: RM 30.00

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda 02

Pemeriksaan B7 Puspakom: Satu pemeriksaan tambahan jika kenderaan terlibat mempunyai tunggakan ā€˜loanā€™ Sewa Beli ataupun pembeli kereta anda ingin membuat pinjaman bagi membeli kereta anda. Puspakom B7 melibatkan pemeriksaan kenderaan yang lebih komprehensif termasuk ujian kelengkapan penting, pelepasan ekzos, ā€˜suspensionā€™, ā€˜rolling roadā€™ dan ujian brek.

Kos Pemeriksaan B7 Puspakom: RM 60.00

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda 03

Sesudah kereta anda lulus ujian-ujian Puspakom, ia akan disahkan layak untuk tukar nama/hakmilik kepada pemilik baru. Penjual boleh memilih untuk membawa kereta sendiri ke cawangan Puspakom ataupun meminta unit pemeriksaan bergerak Puspakom untuk datang ke mana-mana lokasi yang dimahukan.

Kos pemeriksaan bergerak Puspakom: RM 100 (tidak termasuk kos pemeriksaan B5)

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda 04

Pegawai Puspakom akan mengimbas kod QR janjitemu sebelum pemeriksaan bermula

Dalam kedua-dua situasi ini, janjitemu dan pembayaran boleh dibuat secara ā€˜onlineā€™. Setelah pembayaran dibuat, anda akan menerima satu emel daripada Puspakom tentang maklumat kenderaan dan janjitemu berserta satu kod QR yang akan diimbas oleh pegawai Puspakom sebelum pemeriksaan dibuat.

Perlu diingatkan yang anda juga boleh membawa kenderaan orang lain ke Puspakom sebagai wakil ā€“ anda hanya perlu mengisi maklumat tambahan di borang ā€˜onlineā€™ semasa membuat tempahan janjitemu.

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda 05

Hasil pemeriksaan akan dihantar kepada anda

Laporan pemeriksaan B5 akan dihasilkan secara digital dan diemel kepada anda dalam masa beberapa minit sahaja selepas pemeriksaan selesai dibuat. Laporan pemeriksaan B7 pula selalunya akan siap dalam masa beberapa jam.

Langkah 2: Penjual mengesahkan tukar hakmilik

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda 06

Bagi Langkah 2, pemilik/penjual kenderaan mesti hadir secara fizikal ke mana-mana cawangan JPJ untuk mengesahkan Pertukaran Hak Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela. Ini pecahan prosesnya:

  • Muat turun app JPJeQ di telefon pintar anda
  • Pergi ke kaunter dan minta borang JPK K3
  • Gunakan app JPJeQ untuk mengimbas kod QR (yang selalunya diletakkan berhampiran kaunter utama)
  • Dapatkan nombor giliran dan tunggu nombor anda dipanggil
  • Sementara menunggu, isi borang JPJ K3 dengan maklumat penjual dan pembeli yang diminta
  • Apabila dipanggil ke kaunter, serahkan borang JPJ K3 yang sudah lengkap, Kad Pendaftaran kenderaan dan IC
  • Maklumat penjual akan disahkan dan diminta mengimbas cap jari (pengesahan biometrik)
  • Setelah proses ini lengkap, penjual akan diberi satu resit

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda 07

Kod QR hanya boleh diimbas menggunakan app JPJeQ

Perlu diingatkan yang si pembeli dan si penjual boleh pergi ke cawangan/berada di negeri berbeza, ataupun pergi ke JPJ bersama-sama, atau pergi secara berasingan pada waktu berbeza.

Walau bagaimanapun, hanya si penjual yang boleh memulakan proses tukar nama/hakmilik berkenaan. Resit diberi JPJ mempunyai tempoh sah 7 hari (termasuk bukan hari bekerja). Oleh yang demikian, si pembeli pula mestilah melengkapkan proses pertukaran hakmilik ini dalam tempoh masa tersebut.

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda 08

Sesudah e-Batal JPJ dikeluarkan, kad pendaftaran kereta berkenaan akan dikemaskini atau yang baru akan dicetak untuk pemilik. Imej 

Perlu diingatkan juga yang anda perlu melengkapkan prosedur e-Batal JPJ sebelum menukar hakmilik kenderaan anda (terutamanya jika anda menjual kereta anda selepas melangsaikan pinjaman Sewa Beli).

Secara amnya, e-Batal JPJ merupakan satu pengesahan bahawa semua bayaran ā€˜loanā€™ sewa beli tertunggak sudahpun dilangsaikan dengan bank. Bagi hal ini pula, anda perlu mendapatkan satu ā€˜release letterā€™ daripada bank anda dan menunjukkannya kepada JPJ.

Langkah 3: Pembeli melengkapkan bahagiannya dalam proses tukar hakmilik

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda 09

Bawa resit fizikal atau gambar resit dalam telefon bimbit ke cawangan JPJ

Langkah untuk pembeli lebih kurang sama dengan penjual. Lebih mudahlah jika si penjual dan si pembeli pergi ke JPJ bersama-sama.

Bagaimanapun, jika si pembeli hanya dapat pergi ke lokasi berbeza dan/atau pada waktu berbeza, si penjual hanya perlu menghantar gambar resit berkenaan kepada si pembeli untuk simpanan.

Sesudah si pembeli/pemilik baru kenderaan anda melengkapkan proses cap jari, dia akan menerima satu kad Pendaftaran Kenderaan baru sebagai pemilik baru kenderaan tersebut.

Kos Tukar Hakmilik JPJ: RM 100

Rumusan

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda 10

Setelah pemilik baru kenderaan berkenaan menerima kad Pendaftaran Kenderaan baru, proses Tukar Hakmilik/tukar nama pun selesaiā€¦

Seperti yang anda boleh lihat, proses tukar nama/hakmilik kenderaan bukanlah satu hal rumit. Ia cuma perlu sedikit perancangan dan ilmu proses yang sebenar.

Kos keseluruhan bagi proses pertukaran hak milik ini adalah kira-kira RM 130, berbanding lebih RM 400 jika gunakan khidmat ejen atau runner untuk ā€˜settleā€™ bagi pihak anda. Bagaimanapun, perlu diingatkan yang panduan dalam artikel ini hanya melibatkan proses asas Pertukaran Hak Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela.

Bagi pertukaran hakmilik kenderaan yang masih ada ā€˜loanā€™ tertunggak, prosesnya akan lebih sukar sedikit; sebahagian besarnya disebabkan keperluan kertas kerja pembiayaannya. Anda perlu dapatkan pengesahan dan perjanjian dari bank/peminjam seperti yang dinyatakan di atas terlebih dahulu sebelum proses tukar nama dimulakan bagi memudahkan urusan.

Nak jual kereta atau beli kereta dari 'seller'? Ini cara tukar nama kenderaan lama anda 11

Dah faham? Bagi kes-kes sebegini, Carsome masih lagi cara paling mudah dan telus dalam proses menjual kereta anda. Serahkan saja pada pakar-pakar di Carsome untuk menawarkan harga berpatutan bagi kereta anda, menguruskan semua dokumen serta hal-hal kewangan, dan anda akan boleh menikmati kereta baru anda sepantas mungkin tanpa perlu pening-pening kepala.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda