window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak kurangkan kos pemilikan? Dapatkan Hyundai Grand Starex Smart Lease Programme

Faisal Β· Aug 20, 2021 11:00 AM

Nak kurangkan kos pemilikan? Dapatkan Hyundai Grand Starex Smart Lease Programme 01

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru sahaja melancarkan Hyundai Grand Starex Smart Lease Programme. Kerjasama yang mereka jalinkan dengan Sime Darby Rent A Car (SDRAC) ini menawarkan program pinjam tiga ke tima tahun yang menjimatkan kos dimana ia khusus buat syarikat, perniagaan, dan juga individu.

Nak kurangkan kos pemilikan? Dapatkan Hyundai Grand Starex Smart Lease Programme 02

Pelanggan yang daftar ke program Hyundai Grand Starex Smart Lease ini dijanjikan pengalaman pemilikan kereta baru tanpa perlu risau akan permohonan pinjaman, kos penyelenggaraan untuk jangka masa panjang, roadtax dan insurans, dan harga jualan semula.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nak kurangkan kos pemilikan? Dapatkan Hyundai Grand Starex Smart Lease Programme 01

Pelanggan yang berminat hanya perlu membayar ansuran bulanan yang dipersetujui, deposit dua bulan, dan fi tempahan sebanyak RM 500.

Antara kelebihan yang ada dalam program ini ialah:

  • Pengalaman pemilikan yang tidak membimbangkan langsung
  • Tiada susut harga
  • Bayaran bulanan yang tetap
  • Fi deposit yang lebih rendah daripada bayaran pendahuluan
  • Pilihan yang fleksibel setelah tempoh tamat
  • DIkenakan kadar cukai yang lebih rendah
  • Lease Rentals yang tampung segala kos (insurans, penyelenggaraan dan sebagainya)

Nak kurangkan kos pemilikan? Dapatkan Hyundai Grand Starex Smart Lease Programme 02

Secara umumnya, Smart Lease Programme buat Grand Starex ini ditawarkan untuk kesemua varian Standard Corporate, Executive Plus tanpa kit badan, Executive Plus dengan kit badan, dan Executive Prime.

Nak kurangkan kos pemilikan? Dapatkan Hyundai Grand Starex Smart Lease Programme 03

Bayaran bulanan buat varian Standard Corporate adalah serendah RM 2,800 untuk tempoh meminjam 5 tahun tetapi dengan perbatuan tidak melebihi 15,000 km setiap tahun. Bayaran ini juga termasuk kelebihan penggantian kereta untuk tiga hari. Pelanggan juga boleh pilih untuk lanjutkan perbatuan ke 30,000 km ataupun 40,000 km setiap tahun, masing-masing dengan bayaran bulanan sebanyak RM 3,250 dan RM 3,550.

Nak kurangkan kos pemilikan? Dapatkan Hyundai Grand Starex Smart Lease Programme 04

Setelah perjanjian meminjam ini tamat, pembeli boleh memperbaharui program ini dengan unit yang baru. Kalau untuk pemilikan lima tahun, program ini boleh memberikan penjimatan sehingga RM 17,000.

Nak kurangkan kos pemilikan? Dapatkan Hyundai Grand Starex Smart Lease Programme 05

Mereka yang berminat bolehlah ke bilik pameran Hyundai ataupun layaran laman rasmi di sini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Hyundai Grand Starex Executive Plus

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda