Nak lambang ‘H’? Jimat dengan rebat RM 5,000 untuk Honda City dan BR-V!

Mersita · Mar 23, 2021 03:00 PM

Nak lambang ‘H’? Jimat dengan rebat RM 5,000 untuk Honda City dan BR-V! 01

Honda Malaysia hari ini mengumumkan Rebat Istimewa Honda 1 Million Dreams bernilai RM 5,000 bagi Honda City serba baru dan Honda BR-V bersempena Kempen 1 Million Dreams yang dilancarkan untuk meraikan kejayaan pengeluaran unit kesejuta syarikat itu.

Rebat istimewa ini merupakan ganjaran tambahan bagi promosi yang sedang berjalan iaitu “Honda 1 Million Dreams March Special”.

Nak lambang ‘H’? Jimat dengan rebat RM 5,000 untuk Honda City dan BR-V! 02

Rebat “Honda 1 Million Dreams Special” menawarkan Rebat Tunai, Baucar Servis dan Baucar Alat Ganti bernilai sehingga RM 5,000 bagi pelanggan yang mendaftar untuk Honda City serba baru serta Honda BR-V dari 16 hingga 31 Mac 2021.

Nak lambang ‘H’? Jimat dengan rebat RM 5,000 untuk Honda City dan BR-V! 01

City serba baru dilengkapi dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC (121 PS/145 Nm) yang dipadankan dengan CVT. Varian V didatangkan dengan lampu hadapan LED baharu lengkap dengan Daytime Running Lights (DRL) LED, lampu kabus LED baharu, lampu brek LED baharu, serta rim aloi 16 inci. Varian V dan E dipadatkan dengan kelengkapan yang memudahkan pemandu seperti penghidup enjin jarak jauh (remote engine start) serta sambungan Apple CarPlay/Android Auto.

Dari segi kelengkapan keselamatan pula, varian V bagi City serba baru dilengkapi dengan enam beg udara serta teknologi Honda LaneWatch.

Nak lambang ‘H’? Jimat dengan rebat RM 5,000 untuk Honda City dan BR-V! 02

Bagi Honda BR-V pula, ia dikuasakan dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC (120 PS/145 Nm), dipadankan dengan CVT.

BR-V varian V didatangkan dengan ‘paddle shifters’ dan ia juga dikemaskini dengan rupa luaran yang menarik – jeriji (grille) hadapan baharu, bampar hadapan baharu dengan hiasan bampar di bahagian bawah, hiasan lampu kabus hadapan baharu, antena sirip jerung baharu, bampar belakang baharu dengan hiasan bahagian bawah, serta rekaan rim aloi dwi-tona 16 inci yang baharu.

Nak lambang ‘H’? Jimat dengan rebat RM 5,000 untuk Honda City dan BR-V! 03

Pada bulan ini, pelanggan-pelanggan Honda berpeluang untuk memenangi 7 model edisi istimewa secara percuma melalui Kempen 1 Million Dreams sebagai tanda penghargaan atas sokongan pelanggan terhadap Honda Malaysia. Anda boleh cuba menangi salah satu daripada 7 model istimewa yang unik ini sehingga tarikh akhir penyertaan iaitu pada 24 Mac 2021.

Nak lambang ‘H’? Jimat dengan rebat RM 5,000 untuk Honda City dan BR-V! 04

Selain dari itu, Honda Malaysia juga menjemput warga Malaysia untuk mengikuti program 1 Million Dreams Grand Finale di Stadium Nasional Bukit Jalil (lot parkir C) pada 27 dan 28 Mac 2021 dari 10 pagi – 10 malam.

Nak lambang ‘H’? Jimat dengan rebat RM 5,000 untuk Honda City dan BR-V! 05

Selain daripada pengumuman pemenang, Honda Malaysia juga menyediakan beberapa aktiviti-aktiviti menyeronokkan bagi pengunjung yang hadir ke acara istimewa ini.

Bagi kesejahteraan dan keselamatan pengunjung, Honda Malaysia mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi memastikan pengunjung sentiasa patuh SOP serta garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Baca juga: Honda nak bagi 7 model 1 Million Edition secara percuma! Apa syaratnya?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru