window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia!

Zamil Syaheer ยท Mar 8, 2021 08:00 PM

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 01

Suatu masa dulu, sistem bantuan pemandu ADAS hanya ditawarkan pada kereta yang mahal dan premium. Tapi zaman dah berubah, kerana ciri ini kini banyak ditawarkan pada kereta yang lebih mampu milik.

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 02

Kereta seperti Perodua Axia pun dah ada ADAS, dan Nissan Almera yang agak ‘underrated’ pun menawarkan brek kecemasan autonomi (AEB) sebagai standard.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ciri bantuan keselamatan sebegini telah menaikkan standard piawaian keselamatan industri secara keseluruhan, sehingga ASEAN NCAP terpaksa merombak cara ujian kemalangan dilakukan bermula pada tahun 2021.

Juga baca: Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 01

Tetapi, antara semua ini, fungsi keselamatan yang paling menarik adalah lampu adaptif. Lebih maju berbanding lampu tinggi automatik, lampu yang pintar ini boleh laras secara automatik mengikut kelajuan atau posisi stereng, kadangkala dengan bantuan kamera atau radar.

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 02

Namun begitu, ia bukanlah teknologi yang baru, cuma kini kelengkapan sebegini kian banyak ditawarkan pada banyak kereta baru. Semestinya, ada yang tertanya-tanya kereta apakah yang mempunyai lampu adaptif ini, tetapi tidak terlalu mahal seperti Mercedes-Benz atau BMW?

Dalam artikel ini, kami dari WapCar mempunyai senarai 5 kereta paling murah dengan fungsi lampu adaptif ini, bermula dengan "budak baru", iaitu…

1. Perodua Ativa 1.0H 2021 – dari RM 66,100

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 03

Ativa varian H, boleh dikenal pasti dengan tiadanya warna hitam pada bumbung.

Bulan Mac kali ini memang milik Perodua Ativa. Tapi memang ia layak berada dalam senarai ini, kerana Ativa adalah kereta termurah dengan ciri lampu adaptif. Nanti lihat 4 lagi model seterusnya, ‘confirm’ anda akan ternganga dengan jurang harga untuk ciri sebegini.

Juga baca: Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k!

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 04

Apa yang mengagumkan adalah Perodua menawarkan ciri ini pada varian pertengahan H, bukan sahaja AV. Digelar sebagai Adaptive Driving Beam, ia adalah salah satu ciri yang diambil pada kereta yang menjadi asas kepada Ativa, iaitu Daihatsu Rocky dan Toyota Raize.

2. Subaru XV 2.0i-P – dari RM 127,788

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 05

Dengan harga dua kali ganda lebih mahal daripada Ativa, Subaru XV bukan saja dikenali dengan enjin Boxer dan sistem Symmetrical AWD, tetapi ia adalah kereta kedua termurah yang menawarkan lampu adaptif pada varian 2.0i-P.

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 06

Subaru mengelar lampu adaptif mereka sebagai Steering Responsive Headlights (SRH) dan seperti namanya, lampu depan berpusing dan dikendalikan oleh stereng, sama seperti Citroen DS lama.

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 07

Walaupun ia menawarkan lampu yang serba canggih ini, sayangnya XV tidak dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS pada kesemua varian. Kami berharap sistem ADAS Eyesight akan ditawarkan pada XV yang akan dikemas kini.

Juga baca: Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50!

3. Mazda CX-5 2.0G 2WD High – dari RM 148,563

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 08

Pada sesiapa yang rasa SUV agak boring untuk dipandu, kami yakin persepsi anda akan berubah setelah memandu Mazda CX-5. Ia antara salah satu SUV popular di Malaysia dengan dinamik pemanduan yang sedap dan dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan.

Juga baca: Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan?

Justeru, kami syorkan anda varian 2.0 2WD High walaupun ia tidak dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS sepenuhnya. Varian ini, dengan 2.5G 2WD High dilengkapi dengan Adaptive Front-lighting System (AFS), terma Mazda untuk lampu adaptif.

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 09

4. Subaru Forester 2.0i-S – dari RM 149,788

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 10

Lagi satu Subaru dalam senarai ini, Forester bukanlah sebuah SUV yang hensem mahupun berkuasa, tetapi ianya lebih senyap dan dilengkapi dengan ciri keselamatan yang lebih menyeluruh berbanding Honda CR-V.

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 11

Walaupun varian pertengahan Forester 2.0i-S tidak dilengkapi dengan EyeSight ADAS, tetapi ia bukanlah varian rendah. Sama seperti varian tertinggi 2.0i-S ES, ia dilengkapi dengan SRH.

Ianya berfungsi sama dengan XV, dimana lampu nya berpusing mengikut stereng.

Juga baca: Rebiu: Subaru Forester 2.0i-S ES, kualiti yang sukar digambarkan?

5. Mazda 3 2.0 High Plus – dari RM 154,679

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 12

Akhir sekali dalam senarai ini adalah salah satu kereta paling cantik pernah ditawarkan oleh Mazda. Ciri lampu adaptif ini ada pada kedua-dua Mazda 3 sedan dan hatchback varian tertinggi. Sama seperti CX-5, ia dikenali sebagai AFS.

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 13

Walaupun ia jauh lebih mahal berbanding pesaingnya seperti Toyota Corolla Altis atau Honda Civic, Mazda 3 kena dengan harganya kerana ia tampak premium baik di luar ataupun dalam.

Juga baca: Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan?

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 14

Disebabkan itu, kedua-dua pesaingnya tidak ada lampu adaptif pada varian tertinggi (Corolla Altis 1.8G dan Civic 1.5 TC-P), sebaliknya dilengkapi dengan automatic high beam (AHB).

Juga baca: Kenapa Mazda 3 jauh lebih mahal daripada Honda Civic/Toyota Corolla Altis?

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 15

Cuma Mazda 3 punya kawalan pelayaran adaptif (MRCC) hanya berfungsi pada kelajuan lebih 20 km/h, berbanding Corolla Altis dan Civic dimana ianya berfungsi walaupun anda sedang merangkak di trafik.

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 16

Berbanding kebanyakan ciri keselamatan lain, lampu adaptif bukanlah fungsi yang ada secara meluas pada kereta dibawah julat harga RM 200,000 didalam senarai ini. Selain daripada Perodua, dua jenama lain ini bukanlah apa yang dikira sebagai kereta yang laku keras.

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia! 17

Kami harap lebih banyak lagi jenama ‘mainstream’ akan menawarkan fungsi ini pada model akan datang. Perodua sudahpun membuktikan bahawa ciri keselamatan yang sebegini canggih boleh ditawarkan pada orang ramai dengan harga yang berpatutan.

 

 

 

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda