window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak larikan diri? Tak perlu supercar, Perodua Myvi pasti tak kantoi!

Mersita · Oct 16, 2020 07:00 PM

Nak larikan diri? Tak perlu supercar, Perodua Myvi pasti tak kantoi! 01

“Myvi buat hal lagi...” Perodua Myvi memang betul-betul hero kampung. Sering digelar sebagai ‘supercar’ Malaysia, anda boleh lihat hatchback popular ini dalam posisi dan situasi yang kadang kala menghairankan tapi cukup menarik perhatian.

Berbalik kepada tajuk – kenapa Perodua Myvi boleh jadi kereta terbaik untuk melarikan diri? Ya, orang kaya sememangnya tak pernah kurang dari segi pilihan kereta. Mereka boleh saja pandu kereta-kereta berprestasi tinggi seperti Toyota Supra atau BMW M3. Tapi, kenapa Myvi jadi pilihan? Keberkesanannya terbukti di hujung artikel.

Nak larikan diri? Tak perlu supercar, Perodua Myvi pasti tak kantoi! 02

Sebab utamanya ialah Perodua Myvi kereta yang paling sukar dikesan di jalanraya Malaysia

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setiap kali anda keluar rumah, mesti anda tak pernah tak nampak Perodua Myvi walau sekali pun, kan? Kalau anda nak tahu, Perodua Myvi ialah model paling laris di Malaysia dengan pencapaian produksi unit kesejuta dicapai pada pertengahan tahun 2017. Itu pencapaian 3 tahun lalu, oleh itu bayangkan saja jumlah kereta Myvi yang ada di jalanraya Malaysia hari ini.

Nak larikan diri? Tak perlu supercar, Perodua Myvi pasti tak kantoi! 01

Setakat bulan Julai 2020, Perodua Myvi mencatatkan jualan sebanyak 29,313 unit tahun ini. Kira-kira 4,188 unit terjual setiap bulan walaupun pada musim pandemik! Myvi juga dikatakan kereta paling laris dalam pasaran kereta terpakai - hanya bertahan selama beberapa jam sahaja dan tidak berada lama di pusat jualan.

Yang pasti, kalau anda nak lari dari sesuatu atau seseorang dan tak mahu dikesan, lupakan saja kereta berpengecas turbo anda di rumah – bunyinya saja dah cukup untuk bangunkan orang yang sedang tidur.

Nak larikan diri? Tak perlu supercar, Perodua Myvi pasti tak kantoi! 02

Ada pembaca SmartTag yang 'build-in', ok... berdesup!

Bagaimana Myvi boleh jadi kereta paling laris di Malaysia?

Perodua Myvi adalah hatchback segmen B yang dijual pada harga sekitar RM 42,790 hingga RM 54,090. Ia didatangkan dengan 2 pilihan enjin – enjin petrol 4 silinder ‘naturally aspirated’ 1.3 liter dan 1.5 liter. Enjin 1.5 liter ini juga digunakan di dalam Toyota Vios tapi dengan talaan yang berbeza sedikit. Enjin 1.3 liter mampu menjana 95 PS dan 121 Nm, manakala enjin 1.5 liternya pula menjana 105 PS dan 137 Nm.

Nak larikan diri? Tak perlu supercar, Perodua Myvi pasti tak kantoi! 03

Tambahan pula, ruang kabinnya cukup luas! Ia lebih luas daripada Honda Jazz apabila dikira dari aspek ruang kaki tempat duduk belakang. Orang yang tinggi, dan juga berbadan besar, boleh masuk dengan mudah dan selesa ke dalam Myvi.

Keberkesanannya terbukti apabila ada saspek utama jenayah penggubahan wang haram yang berjaya meloloskan diri dari bangunan SPRM yang dikatakan melompat pagar dan melarikan diri dengan menaiki sebuah Perodua Myvi.

Nak larikan diri? Tak perlu supercar, Perodua Myvi pasti tak kantoi! 04

Oopps... Baca kisah lompat pagar ini di sini

Walaupun tren kuasanya biasa-biasa saja, nampak gayanya buah fikiran yang kreatif adalah lebih utama dalam aksi meloloskan diri – bukannya kuasa kuda dan tork semata-mata. Apa pendapat anda tentang kehebatan Perodua Myvi? Jom kongsikan di ruangan komen WapCar - BM nanti.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda