window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak lawan Sienta dan Freed, Nissan bakal hadir dengan MPV kompak baharu tahun 2023!

Haris ยท Oct 25, 2022 09:00 AM

Nak lawan Sienta dan Freed, Nissan bakal hadir dengan MPV kompak baharu tahun 2023! 01

Imej lakaran oleh BestCarWeb

Musim MPV nampaknya makin rancak apabila ketiga-tiga jenama Jepun arus perdana dijangka akan memperkenalkan lebih banyak model MPV dalam masa terdekat.

Nissan misalnya, dikhabarkan tidak berpuas hati dengan hanya satu model dalam pasaran MPV iaitu Nissan Serena C28 dan mahu membangunkan MPV baharu yang diposisikan di bawah Serena.

Menurut laporan BestCarWeb, Nissan sedang membangunkan MPV baharu berasaskan platform CMF-B yang digunakan oleh Nissan Note, ditujukan tepat kepada pesaing seperti Toyota Sienta dan Honda Freed.

Nak lawan Sienta dan Freed, Nissan bakal hadir dengan MPV kompak baharu tahun 2023! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada masa ini, model dengan jarak roda terpanjang yang dibangunkan pada platform CMF-B ialah Renault Arcana, dengan ukuran 2,720 mm. BestCarWeb mendakwa bahawa MPV Nissan baharu akan mendapat jarak roda yang sama dan oleh itu disasar tepat kepada Sienta (2,750 mm) dan Honda Freed (2,740 mm).

Seperti pesaing utamanya, MPV baharu itu berkemungkinan akan mempunyai konfigurasi tempat duduk 3 baris, menempatkan 7-penumpang dengan pintu gelangsar.

Baca: Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum?

Nak lawan Sienta dan Freed, Nissan bakal hadir dengan MPV kompak baharu tahun 2023! 01

Sistem Nissan Note e-Power

Dari segi kuasa, MPV Nissan baharu ini hampir pasti menerima enjin 1.2 liter hibrid e-Power petrol-elektrik sama seperti Nissan Note. Sistem ini mirip dengan Perodua Ativa Hybrid yang ada di Malaysia atau ikuti pautan di bawah untuk lebih huraian mengenainya.

Sumber pendorong utama ialah motor elektrik EM47 yang menghasilkan 116 PS dan 280 Nm, walaupun dalam kes kenderaan 7-penumpang yang lebih berat, motor itu mampu menambah kuasa sehingga 136 PS dan 320 Nm.

Baca: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

Nak lawan Sienta dan Freed, Nissan bakal hadir dengan MPV kompak baharu tahun 2023! 02

Nissan Note generasi E13

BestCarWeb turut memberi spekulasi bahawa MPV Nissan 7-penumpang baharu ini dijangka muncul selepas musim bunga 2023. Menariknya, sekali lagi rujukan kepada Nissan Note, ia mungkin akan meminjam perincian rekaan daripada hatchback itu, di mana ia adalah antara model terlaris Nissan di negara matahari terbit.

Baca: 8 daripada 10 kereta terlaris di Jepun untuk 2021 adalah Toyota, Nissan Note tapau Honda Jazz

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda