window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak letak basikal atau kargo di atas Proton X50? Maaf, ianya kurang sesuai - kenapa eh?

Zamil Syaheer · Oct 9, 2021 06:00 PM

Nak letak basikal atau kargo di atas Proton X50? Maaf, ianya kurang sesuai - kenapa eh? 01

Oleh kerana beberapa negeri di Malaysia sudahpun beralih ke Fasa 3 menurut Pelan Pemulihan Nasional, beberapa individu dengan gaya hidup aktif mungkin sudah berfikir untuk menjelajah ke daerah lain. Sebilangan daripadanya mungkin ingin menambahkan aksesori seperti rak bumbung ke SUV mereka yang dengan gaya aktif, seperti Proton X50.

Nak letak basikal atau kargo di atas Proton X50? Maaf, ianya kurang sesuai - kenapa eh? 02

Chup! Sebelum anda membeli-belah dalam talian, kami ada berita yang kurang enak untuk pemilik X50. SUV anda tidak dapat menampung keperluan aktif anda – rak bumbung X50 tidak direka untuk memegang sebarang jenis barangan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia!

Nak letak basikal atau kargo di atas Proton X50? Maaf, ianya kurang sesuai - kenapa eh? 01

Macam yes tapi bukan.

"Tapi, tunggu, X50 dilengkapi dengan rel bumbung," mungkin ada pemilik X50 berpendapat. "WapCar perlu betulkan fakta, ‘confirm-lah roof rack’ kat atas tu boleh ‘support’ basikal saya ketika saya menuju ke Elmina."

Minta maaf, ini bukan kami yang kata, tetapi buku panduan pemilik Proton X50 sendiri ada tertera penyataan mengenai rel bumbung.

Nak letak basikal atau kargo di atas Proton X50? Maaf, ianya kurang sesuai - kenapa eh? 02

Pada muka surat 180, ia menyatakan bahawa "rak bagasi hanya digunakan sebagai hiasan untuk kenderaan yang lengkap, jadi bagasi atau kargo tidak dapat diletakkan di atasnya". Oleh itu, rel bumbung yang terdapat pada varian Premium dan Flagship X50 hanya untuk gaya sahaja.

Nak letak basikal atau kargo di atas Proton X50? Maaf, ianya kurang sesuai - kenapa eh? 03

Jangan rasa kecewa, kerana ada rak bumbung universal yang boleh dibeli di laman e-dagang yang dikatakan sesuai dengan X50. Malah, PR Geely sendiri telah memasang rak bumbung di Geely Binyue miliknya yang berdasarkan X50.

Juga baca: Geely Binyue PHEV (Proton X50): PR Geely sendiri kongsikan pengalaman pemilikan beliau

Nak letak basikal atau kargo di atas Proton X50? Maaf, ianya kurang sesuai - kenapa eh? 04

Diambil dari buku manual Perodua Axia.

Kami tidak kata bahawa anda tidak boleh meletakkan rak bumbung pada X50 anda tetapi seperti apa yang ditulis dalam manual pemilik, memang tidak patut. Ini bermakna rel bumbung X50 serupa dengan Perodua Axia Style di mana ia sebenarnya tidak mampu menampung beban yang berat, terutamanya untuk jangka masa yang panjang.

Juga baca: Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya?

Nak letak basikal atau kargo di atas Proton X50? Maaf, ianya kurang sesuai - kenapa eh? 05

Diambil dari buku manual Subaru XV.

Walaupun pada kenderaan yang membolehkan rak bagasi dan kotak bumbung dipasang, ada hadnya. Kadang-kadang, ia tidak dinyatakan secara mendalam dalam manual pemilik tetapi rata-rata berat yang boleh ditampung sekitar 60-80 kg.

Nak letak basikal atau kargo di atas Proton X50? Maaf, ianya kurang sesuai - kenapa eh? 06

Diambil dari buku manual Perodua Nautica.

Sebilangan kereta membolehkan anda untuk mecabut rak bumbung. Biasanya, ia untuk membantu meningkatkan penjimatan ekonomi minyak kereta sekiranya pemilik tidak memerlukannya. Seperti kami nyatakan, rujuk manual pemilik sekiranya ada tertulis soal ini.

Nak letak basikal atau kargo di atas Proton X50? Maaf, ianya kurang sesuai - kenapa eh? 07

Sekiranya anda ingin juga meletakkan rak bumbung pada X50 anda, kami mempunyai panduan yang menunjukkan kebaikan dan keburukan pemasangan benda ini. Memang anda boleh menambahkan lebih banyak ruang penyimpanan ke X50 anda atau ruang untuk basikal anda, tetapi ia tidaklah begitu digalakkan menurut Proton, jadi pandai-pandailah ya.

Juga baca: Nak pasang roof box dan roof rack - apa kelebihan dan kekurangannya?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda