window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak menang 'YSuku', Honda RS150R? Sertai peraduan 'Siapa Punya Motor?’ anjuran Cub Prix!

Khairil · Sep 17, 2021 07:00 PM

Nak menang 'YSuku', Honda RS150R? Sertai peraduan 'Siapa Punya Motor?’ anjuran Cub Prix! 01

Sempena penyambungan semula saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 yang tertangguh susulan penularan Covid-19, penganjur perlumbaan terkemuka tempatan itu mengumumkan sesuatu yang 'mengasyikkan'.

Perlumbaan Cub Prix 2021 kembali beraksi bermula di Pusingan 3 dan 4 pada 18 dan 19 September ini di Litar Sepang Utara namun ia masih kekal tanpa kehadiran penonton.

Nak menang 'YSuku', Honda RS150R? Sertai peraduan 'Siapa Punya Motor?’ anjuran Cub Prix! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun untuk memeriahkan perlumbaan yang boleh ditonton secara langsung di kaca televisyen dan maya itu, pihak penganjur menawarkan pelbagai hadiah menarik  termasuk memenangi 8 buah motosikal.

Lapan buah motosikal itu adalah 4 buah motosikal 'Super moped' Honda RS150R sumbangan Boon Siew Honda dan 4 buah Yamaha Y15ZR sumbangan Hong Leong Yamaha Motor yang sedia untuk dimenangi bagi baki 8 pusingan musim ini. 

Nak menang 'YSuku', Honda RS150R? Sertai peraduan 'Siapa Punya Motor?’ anjuran Cub Prix! 01

Honda RS150R

Selain motosikal, pelbagai hadiah menarik lain bernilai RM 100,000 juga berpeluang dimenangi dengan menyertai peraduan ’Siapa Punya Motor?’ 

Setiap pusingan akan menawarkan sebuah motosikal sebagai hadiah utama disamping pelbagai hadiah menarik sumbangan Racing Boy, UMA Racing, Corsa, ARC, RKM, SCK, KYT, FDR, Maxxis dan Presa untuk dimenangi.

Nak menang 'YSuku', Honda RS150R? Sertai peraduan 'Siapa Punya Motor?’ anjuran Cub Prix! 02

Yamaha Y15ZR

Penyertaan adalah percuma dan penonton hanya perlu menghantar kod rahsia, 5 soalan dan satu slogan di pautan yang akan diberikan ketika siaran langsung perlumbaan. 

Kod rahsia akan diselitkan dalam hantaran di rangkaian media sosial Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas manakala 5 soalan akan diberikan ketika siaran langsung perlumbaan.

Untuk mendapatkam info terkini daripada Cub Prix, ia boleh didapati di www.malaysiancubprix.com

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda