window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak Mercedes-Benz anda menyerlah? Cycle & Carriage tawar dandanan kereta sempena CNY

Faisal · Jan 26, 2022 07:00 PM

Nak Mercedes-Benz anda menyerlah? Cycle & Carriage tawar dandanan kereta sempena CNY 01

Bagi anda yang belum tahu, perayaan Tahun Baru Cina juga bermaksud penyucian yang mana segala harta benda yang bersih akan membawa nasib dan tuah yang baik. Mereka yang berbangsa Cina pasti akan memakai pakaian perayaan mereka untuk nampak menyerlah. Jadi dah alang-alang, apa kata hantar Mercedes-Benz anda ke Cycle & Carriage untuk digilap sebelum menyambut atau pulang ke kampung?

Untuk makluman anda, servis dandanan kereta oleh Cycle & Carriage seperti Vehicle Exterior Polish & Wax, Windscreen Polishing, Vehicle Interior dan Wheel Detailing adalah antara perkhidmatan yang ditawarkan untuk Mercedes kesayangan anda.

Nak Mercedes-Benz anda menyerlah? Cycle & Carriage tawar dandanan kereta sempena CNY 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda mahu, set penuh buat produk dandanan Mercedes-Benz Grooming seperti syampoo kereta, pembersih roda dan cermin ada dijual di kesemua cawangan Cycle & Carriage dengan diskaun sebanyak 18%.

Dalam masa yang sama, Cycle & Carriage turut menawarkan diskaun 18% untuk Vehicle Interior and Air Conditioning Cleaning dengan atau tanpa penapis.

Nak Mercedes-Benz anda menyerlah? Cycle & Carriage tawar dandanan kereta sempena CNY 01

Bagi memastikan Mercedes-Benz anda sihat untuk pulang ke kampung, Cycle & Carriage Vehicle Family Reunion Health juga turut ditawarkan yang mana pemeriksaan 30-titik ini (termasuk tayar, brek, bendalir, pengelap cermin, bahagian bawah kenderaan, & sistem) dikenakan caj sebanyak RM 88 sahaja. Kalau ada yang perlu ditukar, pemilik akan ditawarkan diskaun sebanyak 18%.

Nak Mercedes-Benz anda menyerlah? Cycle & Carriage tawar dandanan kereta sempena CNY 02

Kalau anda berminat dengan aksesori Mercedes-Benz yang boleh dipakai sewaktu perayaan Tahun Baru CIna pula, sesetengah cawangan Cycle & Carriage ada menjual pelbagai pilihan baju, jam, cermin mata hitam dan beg.

Nak Mercedes-Benz anda menyerlah? Cycle & Carriage tawar dandanan kereta sempena CNY 03

Bercakap mengenai perayaan, Cycle & Carriage mempunyai liputan yang luas di Semenanjung Malaysia. Sekiranya kereta anda ada isu, anda boleh terus hubungi Cycle & Carriage Service Assistants untuk bantuan yang terpantas.

Secara amnya, segala penjimatan dan tawaran istimewa ini ditawarkan bermula sekarang hingga 15 Februari 2022. Mereka yang berminat boleh membuat janji temu bersama Cycle & Carriage Autohaus dengan menghubungi 1800-22-8000 atau klik di sini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda