window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak minta pihak berkuasa betulkan jalan? Pacak batu nisan dalam lubang

Mersita · Jun 18, 2020 03:13 PM

Nak minta pihak berkuasa betulkan jalan? Pacak batu nisan dalam lubang 01

Gambar-gambar menunjukkan seorang lelaki memacak batu nisan ke dalam lubang jalan di Klang telah tular di media sosial baru-baru ini. Beliau nampaknya dah geram menunggu pihak berwajib untuk membaiki lubang di jalan tersebut. Oleh itu, beliau mengambil langkah drastik seperti ini untuk ‘memaksa’ mereka supaya bertindak pantas.

Menjadi juga ya, bang. Syabas!

Nak minta pihak berkuasa betulkan jalan? Pacak batu nisan dalam lubang 02

Gambar menunjukkan lelaki tersebut memacak batu nisan ke dalam lubang jalan yang sangat dalam telah dimuatnaik dalam grup Facebook Ikatan Silaturrahim Brotherhood Shah Alam. Lelaki tersebut juga mengambil peluang ini untuk ‘bakar’ lagi dengan berdoa di sebelah batu nisan tersebut.

Nak minta pihak berkuasa betulkan jalan? Pacak batu nisan dalam lubang 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Muatnaik itu juga digandingkan lagi dengan mesej berbaur rasa kesal yang teramat, mendakwa yang Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah sekian lama tidak mengendahkan aduan yang dibuat orang ramai berkenaan lubang besar di jalanraya tersebut.

Mereka juga menyatakan yang batu nisan tersebut adalah simbol untuk nyawa-nyawa yang bakal atau telah berhadapan risiko kemalangan disebabkan oleh lubang jalan yang merbahaya itu.

Nak minta pihak berkuasa betulkan jalan? Pacak batu nisan dalam lubang 01

Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar yang dimuatnaik, sememangnya lubang pada jalan tersebut teramatlah dalam. Bahagian bawah batu nisan tersebut tenggelam hampir 5 inci! Asbab tindakan memacak batu nisan ini adalah semata-mata untuk mengambil perhatian pihak berkuasa, dan ternyata ianya berkesan!

Setelah gambar ini tular di media sosial, pihak berkuasa datang ke tempat kejadian kurang dari 12 jam kemudian untuk membaiki lubang tersebut. Kumpulan Brotherhood tersebut memuatnaik lagi gambar lubang yang telah ditampal bersama satu video yang menunjukkan isu tersebut telahpun diselesaikan.

Nak minta pihak berkuasa betulkan jalan? Pacak batu nisan dalam lubang 02

Muatnaik kedua itu juga mempersoalkan kelambatan tindakan pihak berkuasa yang mengambil masa berbulan lamanya untuk memberi respon terhadap aduan yang diterima.

Ikatan Silaturrahim Brotherhood ialah satu kumpulan keselamatan jalanraya yang terkenal dengan usaha mereka membetulkan jalanraya menggunakan wang mereka sendiri. Kumpulan tersebut diasaskan oleh pelakon Malaysia Azlan Sani Zawawi, juga dikenali sebagai Lando, yang telah membantu membaiki sendiri lubang di jalanraya awam sejak tahun 2007.

Nak minta pihak berkuasa betulkan jalan? Pacak batu nisan dalam lubang 03

Lando memulakan inisiatif ini setelah kehilangan beberapa orang rakan rapat yang ditimpa kemalangan jalanraya disebabkan oleh kualiti jalan yang teruk. Misi utama kumpulan ini adalah untuk menjamin keselamatan pengguna jalanraya dengan memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengambil langkah sepatutnya dalam menyediakan jalanraya yang selamat bagi rakyat Malaysia.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda